SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Wednesday, November 4, 2015

PERSEDIAAN UJIAN KENAIKAN LIAN PADUKAN KEBANGSAAN

Bismillahirahmanirahim

Persediaan anak-anak gelanggang untuk diuji insha Allah pada 26hb Disember 2015.Tumpuan adalah pegangan asas silibus termasuk pelampas, perbuatan,langkah dan niatnya..serta semangat juangnya pengamal pelatih Lian Padukan..Kualiti yang dititik beratkan bukan kuantiti jumlah ahli kerana ia merupakan tanggungjawab yang besar kepada Cikgu-Cikgu Gelanggang.

Tiada jalan mudah dalam mengecapi kejayaan..semuanya harus melalui latihan ...latihan...latihan dan ketaat serta kasih sayang guru...sentiasa ikhlas dalam berguru sentiasa harmoni dalam menuntut ilmu...kerna guru dikurniakan Allah SWT kelebihan yang dilihatnya...walau guru kelihatan bengis dan garang guru2 dikurniakan kelebihan..Ambillah teladan dalam berguru seperti kisah Nabi Musa A.S dalam menuntut ilmu bersama gurunya Nabi Khidir A.S...sentiasa ingat dalam menuntut ilmu bukan kita sahaja mendapat manfaat guru jua lebih mendapat keberkatan...Dalam Lian Padukan ia sentiasa diterap dalam ilmu Lian Emas Sepuloh..Berkat doa guru-guru kita Insha Allah dikurniakan kehebatan...

Al Fatihah kepada semua guru-guru yang wujud kini dan pernah wujud terdahulu....Selamat berlatih dan diuji