SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Wednesday, June 29, 2022

CIKGU AZMI DATO TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH

 Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

INNALILLAHIWAINNALILLAHIROJIUN

Dukacita dimaklumkan Cikgu Amiluddin Bin Ismail atau Cikgu Azmi telah kembali ke Rahmatullah subuh tadi mengikut sumber ciapan yang dikeluarkan oleh keluarga Allahyarham.


Sama sama kita doakan semoga dkurniakan keampunan dan roh Allahyarham ditempat bersama golongan solehin.


Al-Fatihah 


Terima kasih Cikgu diatas nasihat & ilmu yang telah dicurahkan selama ini. Damailah dikau disana. Sampai bertemu lagi suatu masa nanti.


#Belasungkawa



Monday, June 27, 2022

PERANCANGAN LIAN PADUKAN LAKSAMANA : KELAS LATIHAN & KULIAH LIAN PADUKAN DI IPOH

 Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum WBT,

Setelah mendapat beberapa permohonan dan permintaan, kami berhasrat untuk membuka kelas latihan dan kuliah Lian Padukan di Ipoh. Untuk permulaan , kami mungkin menumpang fasiliti rumah salah seorang ahli keluarga Paduka Ayahanda Cikgu Juhann disana. 

Sekiranya kehadiran dan sokongan padu warga Ipoh memberangsangkan Insha Allah kami akan mencari fasiliti yang lebih besar dan selesa.

Nantikan kemaskini mengenai tarikh , hari dan masa mula kelas latihan.

#Senjata8Gayang5 #LianPadukanMalaysia #LianPadukanLaksamana

KEMASKINI BLOG TERKINI

 Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

Lama tidak mengemaskini blog kerana lebih menumpukan mengemaskini media sosial seperti Facebook , Instagram dan Tik Tok.

Insha Allah kami akan kembali mengemaskini blog ini dimasa akan datang selari dengan media sosial lain. 

Monday, September 9, 2019

PROGRAM MAJLIS MELANGIR SENJATA LIAN PADUKAN 2019 / MUHARAM 1440H

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

Pada 7hb September 2019 Lian Padukan Malaysia Gelanggang Pusat telah menganjurkan program Melangir Senjata Lian Padukan bagi tahun 2019. 

Saya bersama anak kedua saya Qaliph Juhann Sauffi bersama 2 anak murid kanan Gelanggang Laksamana Shah Alam telah bergerak dr Shah Alam selepas Asar 6hb September 2019 (Jumaat) kerana kami ditugaskan untuk mengambil kunci rumah tumpangan (homestay) dr Tuan Rumah.Rumah Tumpangan tersebut yg terletak di Taman Daya,Johor Bahru.Alhamdulillah perjalanan dr Shah Alam ke Johor Bahru dipermudahkan Allah SWT.

Pada Sabtu lebih kurang jam 9pagi rombongan dr Gelanggang Kapar dan Port Klang tiba dan beristirehat sementara menunggu Zohor.Selepas Zohor kami ke Pasar Besar Larkin membeli barangan2 tambahan utk kegunaan program.

Selepas Asar semua ahli rombongan bersiap2 untuk ke lokasi berlangsungnya program iaitu dirumah adat Lian Padukan ,Jalan Rosmerah Johor Jaya.

Apabila semua peserta tiba di lokasi kami disambut oleh Yg Mulia Ayahanda Paktuan Guru Utama dan penyerahan tugas telah diamanah kepada Guru Gelanggang Kapar iaitu Yg Berbahagia Cikgu Tn Haji Nur Azhar sebagai Ketua Program.

Cikgu Tn Hj Nur Azhar telah memberi taklimat ringkas kpd semua peserta mengenai protokol ,disiplin serta prosedur perjalanan program.Beliau turut mengingatkan langkah-langkah keselamatan yg harus diutama serta dititikberatkan agar tidak berlaku perkara yg tidak diingini.

Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah & solat Jamak Isyak (kpd peserta yg berstatus musafir).Solat Jemaah telah diimamkan oleh Saudara Fadzlie (Pak Bilal). Setelah itu program diteruskan dengan acara Tahlil & bacaan Yassin berjemaah dkhususkan kepada semua Guru2 Buah Pukul seperti yg tersenarai di Nukil Lian Padukan serta tazkirah yg diketuai oleh Yg Berbahagia Guru Pengerusi Johor iaitu Pak Dine Gondrong yg turut dibantu oleh Yg Berbahagia Cikgu Bayam.

Setelah selesai acara Tahlil dan Yassin program diteruskan dengan sedikit jamuan kpd tetamu yg tidak ditugaskan untuk acara Melangir Senjata.Jamuan yg disediakan oleh kerabat Ayahanda Paktuan(jutaan terima kasih kpd Bonda Hajjah Fiffy,Chut dan Fateha).

Alhamdulillah program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.Acara Melangir Senjata telah berlangsung selama 4 jam dan tamat pada jam 1 pagi.Selepas acara tersebut peserta mengambil peluang menjamu selera dan mandi limau yg dilakukan oleh Pak Dine Gondrong,Cikgu Hj Nur Azhar, Cikgu Ahmad dan saya sendiri.

Acara seterusnya adalah tazkirah dan tarbiah dr Ayahanda Paktuan bagi peserta yang menzahirkan berbaiah.

Acara selesai selepas solat Subuh berjemaah pada jam 6.30 pagi.

Alhamdulillah acara program seperti ini tidak hanya memberi pendedahan kpd acara tahunan Lian Padukan Malaysia malah mengeratkan silaturahim ikhwanul muslimin antara peserta dari setiap gelanggang.

Berikut antara gambar2 sepanjang perjalanan dr Shah Alam ke Johor Bahru ...perjalanan program dan perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Shah Alam,Kapar dan Port Klang :-





Saturday, August 31, 2019

KOLEKSI GAMBAR LATIHAN LIAN PADUKAN LAKSAMANA

Bismillahirahmanirahim 

Berikut merupakan gambar2 latihan Lian Padukan.


Thursday, July 18, 2019

KUNJUNGAN YDP & PENGISYTIHARAN RASMI

Bismillahirahmanirahim

Pada 12hb Julai 2019 (Jumaat) yg lepas Yg Mulia Yang DiPertua /Mahaguru Utama, Ayahanda Paktuan telah mengambil peluang berkunjung ziarah beramah mesra dgn anak2 Lian Padukan Malaysia. Gelanggang LP Laksamana (cawangan Shah Alam) dibawah pimpinan Paduka Ayahanda Cikgu Johnny telah menjadi tuan rumah.

Dlm pertemuan kali ini Ayahanda Paktuan telah mengumumkan beberapa perkara penting.Perkara pertama, bersaksikan 23 orang tetamu dr kalangan anak2 murid gelanggang Laksamana, Kapar & Port Klang.Perkara seterusnya ialah Paduka Ayahanda Cikgu Johnny telah sekali lagi diberi penghormatan dilantik sebagai Setiausaha Agong LP Malaysia menggantikan Dato Man Tan Sri.

Setelah pengisytiharan dibuat Ayahanda Paktuan berkenan mengendalikan potong limau bagi anak2 Lian Padukan yg mempunyai hajat.Paduka Cikgu Johnny juga menghadiahkan kerambit tempur kesayangannya kepada Che'Puan El Mahsyur.













G

Saturday, June 15, 2019

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2019 DR DIN MISAI

Assalamualaikum wbt

Sesuai suasana Aidilfitri, YM Ayahanda Dr. Din Misai menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri & Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke 60 (12 Jun 1959-12 Jun 2019).Ia berlangsung di kediaman  rasmi & gelanggang induk Lian Padukan Kuala Lumpur / Selangor.

Ramai anak anak murid/ didik Dr.Din Misai hadir dari generasi  kekanda2 saya Cikgu Raziman sehingga generasi terkini.

Sesungguhnya ia pertemuan yg  amat bermakna.Selamat Hari Raya Aidilfitri Abang Besar ku YM Ayahanda Dr. Din Misai , Kak Ida , adinda Cikgu Wana dan adinda Cikgu Imran.Mohon Maaf Zahir & Batin.