Assalamualaikum wbt,
Bismillahirahmanirahim
Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Seni Silat Lian Padukan Malaysia (Lian Padukan Malaysia) akan mengadakan majlis melangir pedang dan senjata pada hari Sabtu 9hb November 2013 bertempat di Rumah Adat/Induk di Johor Jaya,Johor Bahru.diharap ahli2 yang baru mengambil peluang ini untuk sama-sama berkumpul dan beramah mesra bersama ahli-ahli keluarga lama serta cikgu-cikgu Lian Padukan.
Pada Allah Diserahkan Untuk Keselamatan Anda [ PADUKAN MELAYU MUSLIM ]
SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN
( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )
Thursday, October 24, 2013
Sunday, October 20, 2013
SEMANGAT JUANG LAKSAMANA DARI GUNUNG NUANG
Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt,
"SETIAP YANG MENGAKU MEREKA PEJUANG BUKAN HANYA DIBIBIR NAMUN HATI MESTI TEKAD DAN BERANI TANPA ADA RASA TAKUT DAN GENTAR WALAU BERJUANG SERTA BERTARUNG DILAMAN MUSUH."
Assalamualaikum wbt,
"SETIAP YANG MENGAKU MEREKA PEJUANG BUKAN HANYA DIBIBIR NAMUN HATI MESTI TEKAD DAN BERANI TANPA ADA RASA TAKUT DAN GENTAR WALAU BERJUANG SERTA BERTARUNG DILAMAN MUSUH."
Thursday, September 26, 2013
LATIHAN SELEPAS CUTI PANJANG
Assalamualaikum WBT,
Selepas lama cuti panjang sempena Ramadhan & Aidilfitri Gelanggang Lian Padukan di Laksamana Shah Alam & Alam Megah/Putra Heights dibuka semula pada Jumaat (20/9/2013) & Sabtu (21/9/2013) lepas.
Semakin meriah dengan kehadiran anak-anak Laksamana berlatih dikedua-dua gelanggang.Dalam pada itu gelanggang menerima beberapa ahli keluarga yang baru.Saudara Azhari a.k.a Achik dan Saudara Afiq.secara kebetulan mereka tinggal berhampiran yakni seksyen 20 & sekyen 15 Shah Alam dan kebetulan berasal dari Kota Tinggi,Johor.Alhamdulilah selepas dua kelas sesi 'salam orientasi' mereka masih mahu kekal berlatih dan ingin terus komitmen bergelanggang.
Anak-Anak latihan yang lain turut sama memeriahkan gelanggang memanaskan badan & mengulang kaji silabus-silabus pelajaran bagi menghadapi ujian kenaikan tahap yang bakal diadakan kelak.Antara yang hadir Saudara Yaseer Al Jahsyi,Saudara Hafizuddin Nippon, Saudara Syed Ahmad Rahmat,Saudara Farid Raz, Saudara Aqif Aqie,Saudara Amer Mikhail.
Semoga Yang Dicutikan sempena persiapan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2013) & Penilaian Menengah Rendah (PMR 2013) tidak berkarat kelak apabila mula aktif selepas tamat peperiksaan & semoga mereka beroleh kejayaan yang lebih baik dari batch-batch abang mereka sebelumnya.Sesungguhnya Lian Padukan tidak menjadi liabiliti kerana latihan yang dibuat hanya seminggu sekali.Ia dapat dijadikan senaman atau latihan melepaskan stress dan tekanan dalam membuat persiapan peperiksaan.
Senarai Cuti SPM 2013
Saudara Haziq Yeop,Saudara Izzad Afwat,Saudara Hussien, Saudara Syed Furqan,Saudara Faris Noop,Saudara Kimmy,Saudara Abd Rahman,Saudara Bayya dan lain-lain.
Senarai Cuti PMR 2013(Anak-Anak Angkat)
Anakanda Amirul,Anakanda Sollah,Anakanda Aiman,Anakanda Akmal, Anakanda Alfie,Anakanda Ammar dan lain-lain
Saya doakan kejayaan mereka.Semoga mereka menjadi anak bangsa yang terdidik dan terpelajar serta akan menggunakan setiap ilmu kearah kebaikan dan bermanfaat.
Tuesday, September 17, 2013
KURSUS LIAN SINGKIR TAPAK 100 (Siri 01/13)
Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t,
Bersyukur dengan rahmatNya Kontijen Kuala Lumpur/Selangor berjaya menganjurkan Kursus Lian Singkir Tapak 100 pada 15hb September 2013 bersamaan 9 Zulkaedah 1434 bertempat di Studio MMA Madman USJ 21.
Tahniah kepada semua jentera kerja KL/Selangor pimpinan Ayahanda Dr Shahruddin Ahmad a.k.a Ayahanda Dr. Din Misai dan Timbalannya Guru Nur Azhar Hj Nawawi.Kredit juga harus diberikan kepada Cikgu Nor Azri Mokhtar diatas usaha yang tak kenal erti penat lelah dalam memastikan segalanya siap dan berjalan lancar.Terima kasih juga kepada pemilik Studio Madman yang sudi menyediakan tempat dengan suasana & infrastruktur yang amat memuaskan dan selesa.
Penghargaan turut diberikan kepada wakil kontijen Johor iaitu Guru Zaharudin a.k.a Guru Din Gondrong selaku Pengerusi Johor bersama Cikgu Ipman & Cikgu Jefri.Walaupun Cikgu Jefri dalam keuzuran dan Cikgu Ipman masih belum benar2 sembuh dari demam campak namun kesungguhan yang dipamerkan sungguh mengagumkan.
Tidak dilupakan dengan kehadiran Cikgu Aimi & Cikgu Raziiman yang membekalkan makan tengahari kepada peserta kursus dengan menu yang amat menyelerakan iaitu Nasi Penyet ala Mydin...(hehehe)
Tahniah kepada semua peserta iaitu Cikgu Fauzi "Achik Genkey",Cikgu Megat Komeng,Cikgu Addy, Cikgu Pojie Klana Jaya, Cikgu Imran Al Haqeem, Cikgu Luqman,Cikgu Ahmad Sammo Hung,Cikgu Nazri Kaji Cuaca,Cikgu Amir Putrajaya,Cikgu Sir Tokpin Rawang, Cikgu Farid Selayang,Cikgu Rizal Kezma,Cikgu Fahmy "Kacip", Cikgu Bayam,Cikgu Salleh Boss Petronas..
Family Forever
Monday, August 19, 2013
TAHNIAH CIKGU SYAZWANA DAN SUAMI
Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum WBT,
Tahniah kepada pasangan Wan Mohd Akram dan Isterinya,Cikgu Syazwana Dr.Shahrudin diatas kehadiran insan baru dalam keluarga mereka pagi tadi.Berita ini turut dikongsi oleh Ayahanda Dr. Shahruddin Ahmad yang juga merupakan Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur/Selangor..
bagi yang berkesempatan marilah kita sama-sama meraikan kehadiran ahli keluarga baru ini dengan menziarahi mereka.Tunggu turn Cikgu Nasrul & isteri pulak...Alhamdulillah dengarnya bakal dikurniakan kembar setelah sekian lama menanti.Tahniah Cikgu Ha dan isteri.
Saturday, July 27, 2013
KEJAYAAN TIDAK ADA JALAN PINTAS
Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t,
Didalam zaman yang serba moden dan penuh pancaroba banyak golongan manusia yang ingin memperolehi kejayaan dalam masa yang singkat.Dalam perspekstif Lian Padukan ia sangat-sangat dititikberatkan.Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam erti kata mudah tiada kejayaan melalui pintu belakang.
Kejayaan melalui pintu belakang hanya bersifat sementara dan bakal melahirkan ahli dan mungkin juga jurulatih yang tidak berkeupayaan serta tidak berkualiti tidak setara nilai dan kualiti permainan Lian Padukan itu sendiri.Ia juga boleh melahirkan generasi ahli yang biadap serta tidak mengenal adab serta susila perguruan.
Para pelatih baru Lian Padukan tidak harus hanya menumpukan kepada pelajaran silabus semata-mata.Mereka harus melihat sesi pembelajaran dari perspektif yang lebih luas.Adab berguru,adab sesama ahli pelatih samada senior mahupun junior.Tutur kata yang berhemah.Berapa ramai yang sedar keberkatan dan keberkesanan 'Lian Emas Sepuluh"? Berapa ramai yang mengejar kasih sayang guru tanpa melukakan sahabat-sahabat lain? berapa ramai yang benar-benar faham konsep pandai dan redha dalam sesi latihan? Berapa ramai yang mendekati senior-senior menghulurkan silaturahim dengan hati yang ikhlas demi sebuah rantaian pertalian hubungan? Apakah zaman berubah maka sikap biadap manusia turut terserlah?
Dalam pada itu tanggungjawab sebagai murid kepada guru harus sentiasa dijaga dan dipelihara.Kebajikannya harus diperhati sentiasa walau ia berkemampuan dalam segi materialnya namun dari sudut adab dan susila seorang murid harus sentiasa berbakti membalas budi dan ilmu yang dicurahkan malah masa yang dikongsikan dengan anak-anak murid.Bayaran yuran usahlah ditunggu ditanya.Malah keperluan-keperluan lain turut diambil kira.
Monday, July 8, 2013
FIDYAHKAN AL-FATIHAH KEPADA GURU-GURU KITA
Assalamualaikum w.b.t,
Bismillahirahmanirahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Pengasihani)
Bismillahirahmanirahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Pengasihani)
Syukur kepada Allah SWT kita diberikan ruang dan masa olehNya untuk terus menikmati limpah kurniaNya sehari-hari..Alhamdulillahirabbilalamin.Kasihkan dan ikhlaslah kita terhadap guru-guru kita yang pernah dan sedang mendidik kita.
Saya ingin memohon maaf serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru saya didalam konteks perguruan Lian Padukan,saya ingin sentiasa mohon maaf kepada semua yang terbabit malah masih aktif mendidik saya iaitu YM Cikgu Nur Azhar Hj Nawawi,YM Dr. Shahruddin Ahmad,Ayahanda YDP Dr. Hj Muhammad Hasyim Salleh.Tidak dilupakan semua senior2 kekanda yang banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan mereka sejak saya berkecimpung didalam Lian Padukan.
Saya menyeru kepada semua,hormatilah,kasihilah dan ikhlaskanlah hubungan kita dengan guru-guru kita Insha Allah ganjaranNya akan dinikmati manisnya.Al-Fatihah doaku fidyahkan kepada semua.Semoga mereka kekal mendapat rahmat dan kebahagiaan dariNya..Amin
Monday, June 17, 2013
PERPADUAN TONGGAK KEMAJUAN LIAN PADUKAN MALAYSIA
Bismillahirahmahirahim...
Assalamualaikum wbt,
PERPADUAN dapat didefinasikan sebagai satu proses yang meyatupadukan seluruh masyarakat atau negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanahair.Disamping itu mengikut Kamus Dewan edisi 1994,Perpaduan membawa maksud proses penggabungan,penyesuaian,perihal berpadu iaitu bersatu,berpakat dan sebagainya sesuai dengan perguruan kita Lian PADUKAN.Mengemaskan yang longgar.
TONGGAK adalah Tiang, Asas kepada kekuatan sesuatu bangunan,premis atau organisasi masyarakat dan negara.Setiap ahli sesebuah keluarga,masyarakat dan rakyat sesebuah negara merupakan tonggak kepada unit-unit perkumpulan yang dinyatakan maka tonggak haruslah kemas dan kuat dalam melaksanakan sebarang agenda perjuangan atau aktiviti.
KEMAJUAN boleh didefinasikan sebagai proses pertambahan,pertumbuhan positif, perkembangan dan kejayaan.
Apabila kita gabungkan atau PADUKAN kata-kata ini maka ia membawa maksud yang sangat besar agendanya.Sangat besar pengorbangan dan langkah yang perlu dilakukan baik dari individu didalamnya dari tingkat pimpinan,ahli-ahli yang terbabit malah kepada keluarga.Kalau ia dirancang dan dilaksanakan sebaik mungkin tanpa perjuangan individualistik maka hasilnya Insha Allah menakjubkan dan akan menjadi contoh dan model.Kepada Allah SWT Kita Berserah & Memohon Pertolongan.Dengan perlantikan baru diperingkat nasional atau kebangsaan dan diperingkat negeri bagi sesi 2013/2015 diharap ia berjalan sewajarnya dan berjaya capai matlamat pergerakan.Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih. Yang perlu berubah diharap lakukan perubahan demi pergerakan, Yang perlu Menghormati dan Dihormati diharap dan berdoa ia dengan keikhlasan.Dalam perbedaan/perbezaan kita berusaha cari titik persamaan agar kita berjaya dalam mencapai matlamat bersama.
Bagi kekanda dan adinda yang sudah khatam marilah kita sama-sama bersatu padu dalam menggerakkan dan mendaulatkan permainan dan pergerakan Lian Padukan.
Sunday, May 26, 2013
PENGAMBILAN AHLI BARU LIAN PADUKAN
Assalamualaikum WBT
Bismilillahirahmanirahim,
Bismilillahirahmanirahim,
Kepada masyarakat yang tinggal di Shah Alam dan berminat mempelajari Lian Padukan iaitu salah satu sekolah beladiri aliran Buah Pukul yang berasal dari pemainan Buah Pukul Mersing/Buah Pukul Endau boleh datang sendiri ke Padang Bola Sepak Seksyen U11,Bukit Bandaraya Shah Alam setiap Jumaat jam 9 malam atau hubungi 013-322 7081 Cikgu Juhann.Seni tempur warisan negeri Johor ini pernah dipelajari dan diamalkan DYMM Almarhum Sultan Ibrahim Abu Bakar (Sultan Johor 1895-1959) serta Askar Timbalan Setia Negeri Johor ( Johore Military Force ).
Yuran pendaftaran (Sekali Seumur Hidup)
i) Bagi pesilat dewasa atau yang telah bekerja yuran pendaftaran ialah RM 150
ii) Bagi pesilat pelajar pula yuran pendaftarannya ialah RM 100
Yuran Kuliah
i) Bagi Dewasa atau Yang telah bekerja RM 50.00 sebulan(4 Kuliah& latihan sebulan)
ii) Bagi Pelajar IPTA/IPTS pula yurannya RM 35.00 sebulan ( 4 kuliah&latihan sebulan)
iii)Bagi Pelajar sekolah menengah dan rendah yurannya RM 30.00 sebulan
bagi maklumat lanjut boleh hubungi Cikgu Juhann Laksamana atau layari www.lianpadukan.com
Thursday, May 9, 2013
NOTIS PEMBERITAHUAN : AGM LIAN PADUKAN MALAYSIA
Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t
Kepada semua kekanda dan adinda dan ahli-ahli Lian Padukan Malaysia,mohon perhatian sewajarnya daripada anda semua..Anda semua adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agong yg pertama bagi Lian Padukan Malaysia yang bakal berlangsung pada 18hb Mei 2013 (Sabtu) bertempat di Wednesday Ditch Farm & Resort,Pontian Johor.
Diharap Kekanda dan Adinda Keluarga Lian Padukan beserta Ahli-ahli yang berminat untuk mengikuti mendaftarkan nama anda dengan segera kepada penganjur iaitu Encik Wan Halim di talian 013 677 6222. Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi membawa Lian Padukan Malaysia kearah kemajuan.
Wednesday, May 1, 2013
SAKSI UTAMA MALAM AIB
Bismilillahirahmanirahim..
Kepada semua pembaca yang sedang didatangi oleh seseorang dengan membawa kisah sedih dirinya konon di aniayai oleh bekas suami dan bekas murid2nya sila hubungi saya.Saya adalah saksi utama perjalanan kes yang aib.Mulanya saya ambil sikap berdiam diri kerana ingin pihak terbabit muhasabah diri namun nampaknya apabila maruah bekas suami dan gurunya di jual dijaja dengan cerita-cerita FITNAH saya terpanggil untuk menegakkan keadilan sebenar.
" Dengan lafaz Bismilillahirahmanirahim...Wallahi,Wabillahi,Watallahi..segala yang saya bakal dedahkan didalam medium ini atau di facebook atau secara lisan adalah benar sebenar2nya tanpa ada selindung"
Pendedahan 1
Walaupun mewarisi ilmu tempur serta ilmu2 yang berkaitan dan manfaat serta pernah digelar srikandi ianya tidaklah lebih kerana pernah menjadi isteri kepada Guru.Sebagai seorang guru dan suami kpd yang terbabit sudah tentulah meletakkan isterinya ketika masih bersama di tempat sewajarnya dengan penghormatan yang diterima,kemudahan-kemudahan yang dinikmati serta martabatnya agar pengiktirafan berjalan seiring namun Takdir Allah SWT melebihi segalanya hubungan yang disangka panas hingga ke petang akhirnya hujan di tengahari.Walau sejauhmana cuba diselamatkan namun Allah SWT ingin menunjuki Pak Guru bahawa jodohnya ini bukan sehingga ke jannah.Diakhir-akhir sebelum terzahir oleh Allah perbuatan mungkarnya isteri,Pak Guru sempat berikhtiar dengan alim ulama bagi mendoakan semula kebahagian mereka berdua.(INI BUKAN DARI SUMBER DENGAR CERITA,INI PENGALAMAN SAYA SENDIRI) .Benarlah Allah SWT melindungi hamba-hambaNya yang soleh walau terlihat berat penderitaan ditanggung.Disini saya tak ingin mengulas secara terperinci biarlah ia dalam bentuk poin-poin.Bagi mereka yang mengetahui lebih lanjut mampirlah kerumah saya atau kita bertemu dimana-mana.:-
* Tarikh Kejadian : 1/3/2013
* Hari Kejadian : Jumaat
* Tempat : Hotel Bajet Seksyen 22,Shah Alam
* Jenis Kejadian : Khalwat
* Bukti2 kejadian :
a) telefon bimbit pasangan lelaki yang mengandungi MMS (gambar-gambar berahi) & SMS ( mesej-mesej berahi) antara kedua2nya disamping mesej yang menyatakan tujuan bermalam di tempat kejadian adalah untuk berdua-duaan bermadu kasih.
b) rakaman pengakuan pasangan lelaki mengenai sudah berlaku aktiviti mungkar diantara mereka sejak 3-4 bulan sebelum kejadian (sudah berlaku perbuatan curang/khianat sebelum bercerai ?! ) & lain2 pengakuan visual dan audio dari pasangan lelaki yang terbabit.
Kesimpulannya secara peribadi :-
1. Pada masa kejadian dia masih dalam keadaan EDAH dimana seperti yang kita semua maklum dalam keadaan EDAH hanya bekas suaminya sahaja boleh mendatangi isterinya dan dengan perbuatan ini maka terbatallah penceraian tersebut namun didalam kejadian ini individu wanita terbabit telah melanggar syara'
2. Pada masa kejadian ianya berlaku secara spontan dalam ilmu HAKIKAT ia sebenarnya kezahiran yang ingin ditunjukkan Allah Azzawajalla kepada mahklukNya bahawa sesuatu perbuatan mungkar lambat laun pasti terbongkar tambahan pula perlakuan aniaya jatuh kepada seorang suami yang baik.Anak angkat isteri pertama telah menemui secara tidak sengaja kenderaan 4x4 milik Pak Guru yang akhirnya membawa kepada pembongkaran aibnya sendiri.
3. Telah berlaku perlakuan khianat amanah diantara isteri dengan suaminya melalui penemuan MMS dan SMS serta pengakuan dalam bentuk audio dan visual semenjak 3 - 4 bulan sebelum cerai.
4. Tidak layak seseorang yang berakhlak sebegini dipercayai sumber keterangannya kerana ia khianat.Sekiranya dengan bekas suami yang juga gurunya ia berkhianat maka tidak mustahil juga ia berkhianat dalam persahabatan yang lain dengan modus operandi memburuk2kan dan memfitnah.Tidak layak juga dia diangkat oleh sesetengah pihak sebagai guru kerana moral diri dan ahlak dipersoalkan.
Thursday, April 18, 2013
QASIDAH - YA HA NA NA
Bismillahirahmanirahim
[Dengan Menyebut Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang]
Asssalamualaikum wbt,
[Dengan Menyebut Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang]
Asssalamualaikum wbt,
BELASUNGKAWA -BONDA CIKGU ISKANDAR DZULKARNAIN
Bismilillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt,
Saya ingin merakamkan rasa kesedihan yang harus dikongsi semua diatas pemergian untuk selamanya Bonda kepada Cikgu Iskandar Dzulkarnain yang telah kembali ke Rahmahtullah semalam.Saya mewakili gelanggang Lian Padukan Laksamana ( Shah Alam, Alam Megah dan Lenggeng ) mengucapkan takziah kepada Cikgu Iskandar sekeluarga.Diharap Cikgu sekeluarga tabah dan sabar diatas ketentuan ini. Semoga roh Allahyarhamah bonda ditempatkan bersama solehin..Al-Fatihah

Tuesday, April 9, 2013
PEGANG ASAS DENGAN KUAT AGAR SELAMAT ( BAHAGIAN 3)
Sambungan dari bahagian 3....
Sifu Azhar juga menekankan latihan-latihan pelampas agar otot dan anggota badan yang digunakan mempunyai ketahanan dan stamina yang sepatutnya ada pada setiap pelatih.Walaupun corak latihannya santai namun kualiti yang dilakukan tidak dikompromi. Katanya lagi kadang-kadang dalam pertempuran kita tidak perlu menggunakan jurus kerana kita hanya menggunakan latihan pelampas. Apakah latihan pelampas itu?? Datanglah ke gelanggang sebagai murid yang ingin belajar pasti akan ditunjukkan dan diajar pelampas itu..Selepas melihat ketahanan diri didalam pelampas maka diperturunkan Jurus Pengenalan Senjata Lapan.Dididik saya dan lain-lain agar setiap perbuatan yang diajar mempunyai ceritanya yang tersendiri.Tidak ditinggalkan satu pun rukun yang membentuk Jurus.Setelah sekian lama didalam latihan Jurus beliau menerapkan sikap yang perlu ada ditahap ini didalam setiap pelatih.Latihan yang selalunya bermula jam 9 malam pasti akan berakhir jam 4.30 pagi.Setiap sesi kelas pasti ada sesi soal jawab dan muzakarah maka dengan ini setiap pelatih dipastikan faham sebelum pulang kerumah masing-masing.(Kami yang segelanggang selalu menghubungi satu sama lain tidak sabar menunggu kelas seterusnya).
Sifu Azhar seorang yang amat terbuka dalam minggu kedua atau ketiga saya dikenalkan dengan guru beliau iaitu Guru Din Misai diKelana Jaya.Guru Din Misai yang juga merupakan Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur/Selangor adalah berlatar belakang permaianan Buah Endau sebagai asasnya dan lain-lain senibeladiri seperti Muay Thai,Gayong dan Karate.Beliau yang tegas orangnya sentiasa menasihati saya agar faham permainan gerak menjadi lebih mudah.Sentiasa menekankan bahawa dalam Lian Padukan pelatih harus mempunyai kualiti atlet pertarungan.Tidak hairanlah beliau yang sudah berusia lewat 40an ketika itu mempunyai tubuh badan yang masih sendo dan bidang.Beliau yang masih mampu berlari-lari anak (jogging) sejauh 6 km tanpa henti sering mengingatkan kami yang muda agar sentiasa cergas dan cerdas dalam mengamal Lian Padukan.Beliau sama seperti Sifu Azhar tiidak kedekut ilmu dan pengalaman.Diberkati dengan 2 zuriat yang hebat iaitu Srikandi Lian Padukan pertama iaitu Sifu Syazwana dan Imran Al Haqeem(adik seperkhataman saya).Kedua-duanya aktif dalam Lian Padukan dan sering bersama Guru Dr. Din Misai dalam mengendalikan seminar kefahaman dan aplikasi penggunaan senjata dalam permainan.
Begitulah kedua-dua guru saya yang amat menitik beratkan asas yang kuat.Dari mereka lahirlah saya.Terima kasih kedua-duanya dan tidak dilupakan guru-guru kecil saya iaitu senior-senior yang baik Cikgu Nasrul a.k.a Ha Lurus, Master Arifffin Suratman dan Cikgu Faizal.Guru-guru lain yang tidak disebutkan juga amat pemurah dan sangat baik apabila saya bertandang menuntut ilmu.Next saya akan bercerita permainan orang rendah...hehehe comel!!
PEGANG ASAS DENGAN KUAT AGAR SELAMAT ( BAHAGIAN 2)
Bismillahirahmanirahim,
Syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurniaNya saya dan isteri diberkati dengan lahirnya zuriat kami yang ketiga pada 31hb Mac 2013 jam 3.31 pagi di Klinik Perbidanan UMRA,Seksyen 13 Shah Alam.
Dengan ilhamNya diberikan bayi perempuan kami ini dengan nama Rosemaryam Juhann Sauffi. Keduanya sihat kini.Alhamdulillah..
Berbalik kepada tajuk diatas adalah kesinambungan dari bahagian 1 yang lepas.Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dalam mempelajari Buah Pukul Mersing/Endau dan terkini Lian Padukan.Ketika remaja saya berkesempatan mempelajarinya dari seorang guru yang diperkenalkan oleh ayah saya sendiri.Latihannya berlangsung dari Isnin-Rabu sebelah malam.Latihan yang dikendalikan amat rejimental dan sangat lasak tanpa peri kemanusiaan.Dengan latihan sebegitu maka ia mencorak siapa diri saya semasa remaja.Dimana kedudukan saya antara rakan sebaya.Mempunyai semangat juang yang tinggi dan berkobar-kobar serta berkeyakinan.Terima kasih guruku..
Setelah tamat persekolahan dan pelajaran lanjutan dengan ilmu yg dibekalkan saya adaptasi didalam pekerjaan dan latihan perniagaan yang diterapkan oleh ayah saya sendiri.Bekerja dalam menguruskan syarikat keselamatan bukan seperti perniagaan biasa.Ia amat memerlukan mereka yang berdisiplin tak kira berlatar belakangkan ketenteraan,polis atau senibeladiri.Dengan latar belakang asas beladiri yang kuat saya mengharungi latihan pengurusan dan perniagaan dengan cekal dan tabah.Kadang-kadang dengan ilmu yang dibekalkan terpaksa saya gunakan apabila jalan diplomasi gagal.Melalui pengalaman-pengalaman seperti ini saya terbuka luas kepada permainan yang lebih bebas dan jalanan.Sesungguhnya pembelajaran dan penimbaan ilmu serta pengalaman masih dan sedang berlaku.Kata orang jauh berjalan luas pandangan dan pengetahuan sehingga satu hari saya menemui permainan yang lebih advance dari permainan asal amalan saya...iaitu Lian Padukan
Tidak sangka permainan yang sudah lama bertapak dan beribu pejabat di kawasan perumahan lama saya ketika di Johor Bahru kini menjadi amalan peribadi saya dan adinda2 saya(ertinya ia telah menjadi amalan permainan rasmi keluarga Kapitan Sauffi & Laksamana ).Penemuan saya ketika itu baru keluar di pawagam Filem YipMan (Maestro Wing Chun) sekitar 2008.Setelah pulang menyaksikan bersama isteri tersayang,saya dibantu oleh isteri mencari-cari gelanggang melalui internet.Maka keluarlah LIAN PADUKAN.Lalu saya terus cuba menghantar mesej melalui sms kepada beberapa individu yang terdapat didalam laman internet dan akhirnya jodoh Allah swt menemukan saya dengan Sifu Lian Padukan gelanggang Kapar iaitu Sifu Nur Azhar Hj Nawawi.Maka bermulalah asuhan dan didikan beliau.Beliau yg sangat menitik beratkan bahawa segala pelajaran harus dipegang asas kuat dan kemas.Maka latihan pelampas dan jurus2 diperturunkan tanpa jemu dan beliau sangat pemurah.Melalui beliau juga latihan tubi dan pecahan-pecahan aplikasi pelampas dan jurus-jurus bagi tujuan kefahaman diperkenalkan.
Friday, March 22, 2013
PEGANG ASAS DENGAN KUAT AGAR SELAMAT (BAHAGIAN 1)
Bismillahirahmanirahim,
Syukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana isteri bakal melahirkan puteri ketiga tidak berapa lama lagi. Saya berdoa kepadaNya semoga diberi kemudahan kepada isteri tersayang dalam proses melahirkan zuriat kami..Bersyukur juga kepadaNya kerana menyelesaikan masalah2 yang dipikul bersama samada dalam keluarga, perniagaan mahupun khidmat komuniti didalam BELAMISKIN,jemaah pimpinan saya dan Lian Padukan Malaysia.
Hari ini saya ingin menyentuh kepada asas permainan Lian Padukan.Dimasa saya masih pengamal Buah Pukul Mersing dizaman remaja,guru-guru saya sering mengingatkan tak perlu banyak buah kalau satu pun tak boleh digunakan.Biar satu dua buah yang dipelajari,dilatih-tubi dan diamal ianya pasti berkat.Lagilah bonus kalau semua buah setiap peringkat di latih tubi, difahami dan diamalkan.Dulu-dulu guru lama saya kata kalau seseorang pelatih ni dah sampai Lian 1 atau Lian 2 dah boleh pukul dan mempertahankan diri serta dah boleh berkhidmat sebagai 'Abang Kawasan' kerana untuk memasuki peringkat Lian bukanlah satu perkara yang mudah kerana banyak kriteria yang perlu dilepasi oleh seseorang pelatih untuk menepati standard guru.
Didalam konteks Lian Padukan, setiap pelatih yang baru malah ditekankan kepada pelatih-pelatih yang lama agar tidak membuang mana-mana sukatan lama ditambah baik tidak menjadi masalah malah digalakkan agar sentiasa relevan mingikut zaman.Aspek yang paling dan harus diambil perhatian oleh setiap pelatih ialah latihan-latihan pelampas ( latihan pemanas badan / pra jurus ) serta latihan-latihan jurus serta aplikasinya.Dengan melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan bersungguh-sungguh akan melahirkan kualiti pendekar Lian Padukan yang sejati malah jurulatih yang berkebolehan serta berketrampilan dan mampu memimpin persatuan / perguruan kearah kejayaan.
Untuk melakukan Jurus-Jurus Senjata Lapan dengan baik dan kemas harus mempergiatkan latihan pelampas yang tidak kunjung jemu dan tidak kenal erti penat. Dengan ini otot-otot dan senjata lapan yang dilatih sudah biasa serta mempertajamkan teknik-teknik yang diperkenalkan..
Wednesday, March 6, 2013
BANGUNLAH PENDEKAR2!! AYOH KITA PERTAHANKAN KEDAULATAN IBU PERTIWI
Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt
Kepada semua rakyat Malaysia terutama pelatih-pelatih Lian Padukan Malaysia terutama gelanggang Laksamana Shah Alam saya menyeru pertingkatkan latihan Lian Padukan anda.Mahirkan setiap gerak-geri dan rahsia permainan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Negara yang kini dalam kancah ketidak stabilan politik yang bercampur baur sentimen Agama Islam dipermain-mainkan, Bangsa Melayu dirobek-robek persaudaraannya dan Kedaulatan Tanahair yang kini di ganggu gugat oleh elemen yang cuba mencetuskan peperangan era ini setelah perletakkan senjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1988,Gerakan Acheh Merdeka (GAM) 2008-09 dan perolehan kedamaian di Selatan Filipina akhir 2012.Kini timbul pula Kesultana Sulu yang ingin menuntut bumi Sabah.Tanpa prejudis disebabkan agenda-agenda politik yang sempit saya ingin menyeru semua ANAK-ANAK LIAN PADUKAN bersatu dan berikrar sumpah taat setia kita kepada Bumi Malaysia ( dari Perlis sehingga ke Sabah).
Jangan kita biarkan Agama Islam di permain-mainkan sedangkan tolenrasi kita terhadap kebebasan beragama di bumi ini harus di pandang dan dipertimbangkan.Jangan ulangi peristiwa Natrah d Singapura, Peristiwa berdarah Sambutan Maulud Nabi di Singapura, dan Pergaduhan Agama di Ambon,Indonesia menjadi titik hitam di bumi Malaysia ini.Jangan biarkan Melayu dirobek2 persaudaraannya kelak akan terbakar dan tercetusnya AMOKAN Melayu seperti Tragedi 13 Mei 1969 dan Peristiwa Penentangan Komunis Melayu Batu Pahat.Perkataan AMOK amat sinonim dengan bangsa Melayu sehingga ia diiktiraf oleh Eropah dan Barat bahawa sifat semulajadi Melayu yang dalam keadaan aman ia lemah lembuh dan bertatasusila tinggi serta marahnya pun berupa sindiran usah disimbahkan lagi dengan minyak sehingga berubah sifat menjadi amok.Amokan Melayu tidak akan pernah surut sehingga semuanya menjadi padang jarak padang tekukur.Sebelum ianya terjadi usahlah dicuba...usahlah disudi kependekarannya...usahlah dihina caci bangsa kaumnya...
Malaysia adalah ibu pertiwi.Negaraku Tanah Tumpahnya Darahku!! Bangun Anak-Anak Bangsa Agama Ku!! Bangun Kita Pertahankan Islam,Melayu & Malaysia Kita sehingga titisan darah terakhir!

Tuesday, March 5, 2013
Al-Fatihah Kepada Semua Pejuang Negara
Bismillahirahmanirahim,
Pagi ini saya mendapat khabar mengenai Serangan Gempur yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia keatas kubu musuh yang menceroboh di Lahad Datu.
Semoga Allah s.w.t merahmati dan melindungi mereka.Allah Hu Akbar!! Allah Hu Akbar!! Allah Hu Akbar!!

YANG MUNGKAR AKHIRNYA TERZAHIR
Bismillahirahmanirahim
Allah Hu Akbar! Allah Hu Akbar! Allah Hu Akbar!
Allah s.w.t Maha Besar! Allah s.w.t Maha Adil!...Bagaimana seseorang yang mungkar menyembunyikan perbuatan busuk dan jahatnya akhirnya terzahir jua. Jaga diri kita agar tidak umpama MENGETUK DULANG PAKU SERPIH,MENGATA ORANG DIA SEBENARNYA YANG LEBIH..
Masyallah!! Subhanallah!! Astaghfirullah!! Walaupun diri masih angkuh dan bongkak terhadap nikmatNya Dia tidak menghukum dengan hukuman yang lebih aib..Syukurlah! Bukti telah terzahir secara nyata dan maya.Sedarlah agar kembali kejalan yang diredhai..In shaa Allah Dia akan menunjuki jalanNya.
Diharap kita sama2 tarik jurus dan melihat diri kita semula,MUHASABAH & ISTIQOMAH . Allah s.w.t Maha Hebat!!

Saturday, January 19, 2013
CIKGU ZANI TELAH PULANG KE RAHMATULLAH-AL FATIHAH
Bismillahirahmanirahim..
Jam 6.30 pagi tadi saya menerima berita sedih yang mengejutkan dari kekanda Cikgu Fairus Lian a.k.a Cikgu Megat Komeng dari Gelanggang Selayang yang menyatakan Cikgu Muhammad Shazani Abd Muttalib telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan.
Diminta semua cikgu-cikgu dan sahabat taulan yang mengenali Allahyarham menziarahi beliau dan menghulurkan bantuan seupaya kepada famili Allahyarham yang hilang tempat bergantung. (Allahyarham merupakan tonggak famili).
Mari kita sama-sama menyedekahkan Umul Kitab kepada Allahyarham semoga beliau ditempatkan didalam golongan solehin..Al-Fatihah

Tuesday, January 8, 2013
Selamat Menyambut Sambutan Jubli Emas Buah Pukul Ke 118 Tahun.
Bismillahirahmanirahim,
Kepada semua pengamal-pengamal seni Lian Buah Pukul : Selamat Mengadakan Sambutan Jubli Emas 1895-2013.Sudah lebih kurang 118 Tahun ianya bertapak di bumi tercinta ini..Dari era Syed Abdul Rahman Yunan sehingga 2013 sudah ramai guru- guru yang menabur bakti mengembangkan Seni Tempur gabungan yang berasal dari Saidina Semaun Al-Radzi.
Guru-guru yang lahir bercambah biak bukti ilmu tempur ini berevolusi dari masa ke masa & sentiasa relevan mengikut peredaran zaman.Di era ini ia dapat dilihat dengan lahirnya banyak sekolah2 latihan berorientasikan Buah Pukul..Lian Padukan,Buah Pukul Mersing,Gayang Lima,Buah Lian,Lian Timur,Gerak Lian,Gayang Lian dan pelbagai lagi yang tidak dapat disebutkan disini mewarnai Dunia Seni Silat Melayu..Menggalakan kembali selera anak2 muda kembali bergelanggang.
Walau dari sekolah mana pun anda marilah menyahut seruan penyatuan agar kita sentiasa dipandang tinggi tidak hnya kerana permainan malah semangat setiakawan serta perpaduan yang dibina..Buang yang keruh ambil yang jernih?mari kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah Kepada semua guru2 yang masih hidup mahupun yang yelah kembali ke Rahmatllah.
Terima kasih Kepada Ayahnda Mahaguru,Dr. Haji Muhamad Hasyim, DR. Din Misai, Guru Nur Azhar Kapar Dan sahabat2 Seperjuangan...

Subscribe to:
Posts (Atom)