SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Monday, December 31, 2018

PERUTUSAN GELANGGANG LAKSAMANA TAHUN 2019 MASEHI

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat Tahun Baru Masehi 2019 kepada semua pembaca blog ini khususnya kpd peminat serta anak anak Lian Padukan serta Buah Pukul.

Tahun 2019 menanti 1001 dugaan, cabaran, kegagalan serta kejayaan dihadapan.

Mari kita sahut 2019 dengan penuh keberanian,kegigihan,positif walau apa pun yg datang.Kurangkan konflik lebihkan produktiviti.Sentiasa dahulukan urusan Allah , kedua ibubapa & keluarga Insha Allah jalan keberkatan menanti kita.

Saya sebagai salah seorg anak & aktivis Lian Padukan dari Gelanggang Laksamana berdoa semoga Lian Padukan Malaysia terus melangkah maju tidak hanya dipersada tanahair malah antarabangsa.Pelbagai aktiviti dari Ujian Kenaikan Tahap,Kursus Intensif,hari keluarga dan lain2 aktiviti manfaat kpd setiap anak Lian Padukan.

Semoga 2019 membawa sinar keteguhan persaudaraan Lian Padukan khususnya dan Orang Melayu amnya.Menuntut Ilmu dan mengamalkan kearah kebaikkan dan manfaat sejagat.Saya ingin merakam jutaan terima kasih kepada isteri yg memahami minat dan amanah.Terima kasih juga kpd kedua ibubapa dan mentua juga guru guru Lian Padukan yg telah dan masih giat mendidik serta melatih saya .Terima kasih Yg Berbahagia Cikgu Hj Nur Azhar ,Cikgu Dr Din Misai dan Yg Dihormati  Ayahanda Paktuan Dr Hj Muhammad Hasyim (YDP /Mahaguru Lian Padukan Malaysia) .Terima kasih juga kpd Mahaguru Ayahanda Hj Abd Rahim Yatmon @ Wak Yiem ( Mahaguru Pati Serendeng).

Wednesday, December 26, 2018

KELAS TAMBAHAN APLIKASI SEMPENA CUTI HARI NATAL 2018

Assalamualaikum w.b.t, 

Hari ni diadakan kelas tambahan buah - buah aplikasi.Kelas latihan dipimpin oleh Cikgu Saleh.





Sunday, December 23, 2018

KELAS TAMBAHAN : LATIHAN INTENSIF

Assalamualaikum W.B.T,

Sesuai dgn prinsip Man Jadda Wa Jadda, saya menerima kunjungan ziarah dan permintaan kelas tambahan secara santai untuk aplikasi pergaduhan jalanan (streetfight).

Maaf zahirnya mungkin pakaian mereka tidak sesuai dlm persilatan melayu namun bagi memberi suasana yg realistik maka saya benarkan mereka menukar pakaian latihan seperti paparan di video.Ia merupakan dril dril yg dokumenkan samada di warisi dari guru guru saya terdahulu mahupun gubahan sendiri melalui pengalaman streetfight saya.