SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-121 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Saturday, November 10, 2018

CIKGU SALLEH TIGER GURU PANEL GELANGGANG LAKSAMANA


Cikgu Salleh Tiger salah seorang sparring partner sejak lebih 10 tahun yg lalu..Beliau merupakan salah seorang panel pengajar kpd Gelanggang Laksamana Shah Alam. 

GAMBAR GAMBAR KENANGAN SEPANJANG MAJLIS RESEPSI GIGIRL


#LIANPADUKANMALAYSIA #SENJATA8GAYANG5  #MAJLISRESEPSIGIGIRL
#1SEPT2018 #JOHORBAHRU
#LIAN★PADUKAN★BROTHERHOOD



Henzi Andalas Sedang Mendalami Lian Padukan





Henzi Andalas merupakan salah seorg artis yg mempunyai 1001 potensi dan kemahiran baik sebagai pelakon,penulis skrip,emcee,penyanyi Rap malah seorang yg mempunyai kemahiran tinggi dalam seni mempertahankan diri dan mempunyai ramai guru dari pelbagai aliran senibeladiri tempatan dan luar negara.

Mempunyai semangat dan sgt komited dgn latihan gelanggang diluar sebarang sesi pergambaran.

#HenziAndalasNusantara
#Senjata8Gayang5
#LianPadukanMalaysia
#GelanggangLaksamana
#CloseHand2HandFightingArts
#LegasiAyahandaPaktuanDrHjHasyim


GALERI GELANGGANG LIAN PADUKAN LAKSAMANA 2018





Latihan Mingguan Gelanggang Laksamana


#Senjata8Gayang5 #CloseHand2HandFightingArts  #Lian7&Aplikasi  #Lian8&Aplikasi

Friday, November 9, 2018

BENGKEL KESELAMATAN DIRI (ASAS PERTAMA)

BENGKEL KESELAMATAN DIRI
(ASAS PERTAMA)

Bengkel seni mempertahankan diri yg pertama dianjurkan oleh gelanggang Laksamana mengikut perspektif LIAN PADUKAN.

TAJUK :
1. UKUR & JANGKA
2. PENGENALAN SENJATA 8
3. DRIL/LATIH TUBI

Lokasi : Jalan U11/36A,Seksyen U11,Shah Alam.

Tarikh : 11hb November 2018 / Ahad

Masa : 2.30 ptg - 6.30 ptg

Pakaian : Tshirt / Seluar Track & Berkasut sukan

Peserta : Terbuka kepada Jantina & Kaum berumur 15 tahun keatas.

Bayaran : RM 85/ peserta (termasuk nota bengkel, minum petang & sijil)

Pendaftaran & Pembayaran selewat-lewatnya jam 7 ptg Jumaat 9hb November 2018 utk penyediaan pengurusan program. Byrn boleh dibuat ke akaun CIMB 760-1511-253 Zureen Mokhtar dan whtsapp slip bank in serta nama dan no.i/c ke 013-322 7081

Tuesday, October 31, 2017

PELAMPAS SANGAT PENTING DALAM LATIHAN LIAN PADUKAN ( BAHAGIAN 1)

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum WBT kepada semua pembaca.

Pelampas merupakan latihan pemanas serta penyejuk badan sebelum dan selepas dalam sesuatu latihan aktiviti sukan.Dalam konteks Lian Padukan ia perlu dititikberatkan kepada semua pelatih agar dalam melahirkan pelatih yang tahan lasak,berstamina yang tinggi serta mampu menjadi atlet sukan tempur yang hebat.

Pelampas dalam bahasa moden 'warming up exercise/cooling down exercise' sering ditinggalkan pelatih kerana beranggapan ia latihan membuang masa sedangkan ia penting dalam melatih pernafasan agar stamina ,kekuatan serta ketahan otot-otot senjata lapan dapat berfungsi sebaiknya.Dalam melatih pelatih yang ingin menjadi petarung Lian Padukan yang ampuh serta hebat semua slot pelampas harus dilakukan tanpa 'skip' .