SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Thursday, April 18, 2013

QASIDAH - YA HA NA NA

Bismillahirahmanirahim
[Dengan Menyebut Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang]

Asssalamualaikum wbt,



BELASUNGKAWA -BONDA CIKGU ISKANDAR DZULKARNAIN

Bismilillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt,

Saya ingin merakamkan rasa kesedihan yang harus dikongsi semua diatas pemergian untuk selamanya Bonda  kepada Cikgu Iskandar Dzulkarnain yang telah kembali ke Rahmahtullah semalam.Saya mewakili gelanggang Lian Padukan Laksamana ( Shah Alam, Alam Megah dan Lenggeng ) mengucapkan takziah kepada Cikgu Iskandar sekeluarga.Diharap Cikgu sekeluarga tabah dan sabar diatas ketentuan ini. Semoga roh Allahyarhamah bonda ditempatkan bersama solehin..Al-Fatihah



Tuesday, April 9, 2013

PEGANG ASAS DENGAN KUAT AGAR SELAMAT ( BAHAGIAN 3)

 Sambungan dari bahagian 3....


Sifu Azhar juga menekankan latihan-latihan pelampas agar otot dan anggota badan yang digunakan mempunyai ketahanan dan stamina yang sepatutnya ada pada setiap pelatih.Walaupun corak latihannya santai namun kualiti yang dilakukan tidak dikompromi. Katanya lagi kadang-kadang dalam pertempuran kita tidak perlu menggunakan jurus kerana kita hanya menggunakan latihan pelampas. Apakah latihan pelampas itu?? Datanglah ke gelanggang sebagai murid yang ingin belajar pasti akan ditunjukkan dan diajar pelampas itu..Selepas melihat ketahanan diri didalam pelampas maka diperturunkan Jurus Pengenalan Senjata Lapan.Dididik saya dan lain-lain agar setiap perbuatan yang diajar mempunyai ceritanya yang tersendiri.Tidak ditinggalkan satu pun rukun yang membentuk Jurus.Setelah sekian lama didalam latihan Jurus beliau menerapkan sikap yang perlu ada ditahap ini didalam setiap pelatih.Latihan yang selalunya bermula jam 9 malam pasti akan berakhir jam 4.30 pagi.Setiap sesi kelas pasti ada sesi soal jawab dan muzakarah maka dengan ini setiap pelatih dipastikan faham sebelum pulang kerumah masing-masing.(Kami yang segelanggang selalu menghubungi satu sama lain tidak sabar menunggu kelas seterusnya).

Sifu Azhar seorang yang amat terbuka dalam minggu kedua atau ketiga saya dikenalkan dengan guru beliau iaitu Guru Din Misai diKelana Jaya.Guru Din Misai yang juga merupakan Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur/Selangor adalah berlatar belakang permaianan Buah Endau sebagai asasnya dan lain-lain senibeladiri seperti Muay Thai,Gayong dan Karate.Beliau yang tegas orangnya sentiasa menasihati saya agar faham permainan gerak menjadi lebih mudah.Sentiasa menekankan bahawa dalam Lian Padukan pelatih harus mempunyai kualiti atlet pertarungan.Tidak hairanlah beliau yang sudah berusia lewat 40an ketika itu mempunyai tubuh badan yang masih sendo dan bidang.Beliau yang masih mampu berlari-lari anak (jogging) sejauh 6 km tanpa henti sering mengingatkan kami yang muda agar sentiasa cergas dan cerdas dalam mengamal Lian Padukan.Beliau sama seperti Sifu Azhar tiidak kedekut ilmu dan pengalaman.Diberkati dengan 2 zuriat yang hebat iaitu Srikandi Lian Padukan pertama iaitu Sifu Syazwana dan Imran Al Haqeem(adik seperkhataman saya).Kedua-duanya aktif dalam Lian Padukan dan sering bersama Guru Dr. Din Misai dalam mengendalikan seminar kefahaman dan aplikasi penggunaan senjata dalam permainan.

Begitulah kedua-dua guru saya yang amat menitik beratkan asas yang kuat.Dari mereka lahirlah saya.Terima kasih kedua-duanya dan tidak dilupakan guru-guru kecil saya iaitu senior-senior yang baik Cikgu Nasrul a.k.a Ha Lurus, Master Arifffin Suratman dan Cikgu Faizal.Guru-guru lain yang tidak disebutkan juga amat pemurah dan sangat baik apabila saya bertandang menuntut ilmu.Next saya akan bercerita permainan orang rendah...hehehe comel!!

PEGANG ASAS DENGAN KUAT AGAR SELAMAT ( BAHAGIAN 2)


Bismillahirahmanirahim,

Syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurniaNya saya dan isteri diberkati dengan lahirnya zuriat kami yang ketiga pada 31hb Mac 2013 jam 3.31 pagi di Klinik Perbidanan UMRA,Seksyen 13 Shah Alam.
Dengan ilhamNya diberikan bayi perempuan kami ini dengan nama Rosemaryam Juhann Sauffi. Keduanya sihat kini.Alhamdulillah..

Berbalik kepada tajuk diatas adalah kesinambungan dari bahagian 1 yang lepas.Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dalam mempelajari Buah Pukul Mersing/Endau dan terkini Lian Padukan.Ketika remaja saya berkesempatan mempelajarinya dari seorang guru yang diperkenalkan oleh ayah saya sendiri.Latihannya berlangsung dari Isnin-Rabu sebelah malam.Latihan yang dikendalikan amat rejimental dan sangat lasak tanpa peri kemanusiaan.Dengan latihan sebegitu maka ia mencorak siapa diri saya semasa remaja.Dimana kedudukan saya antara rakan sebaya.Mempunyai semangat juang yang tinggi dan berkobar-kobar serta berkeyakinan.Terima kasih guruku..


Setelah tamat persekolahan dan pelajaran lanjutan dengan ilmu yg dibekalkan saya adaptasi didalam pekerjaan dan latihan perniagaan yang diterapkan oleh ayah saya sendiri.Bekerja dalam menguruskan syarikat keselamatan bukan seperti perniagaan biasa.Ia amat memerlukan mereka yang berdisiplin tak kira berlatar belakangkan ketenteraan,polis atau senibeladiri.Dengan latar belakang asas beladiri yang kuat saya  mengharungi latihan pengurusan dan perniagaan dengan cekal dan tabah.Kadang-kadang dengan ilmu yang dibekalkan terpaksa saya gunakan apabila jalan diplomasi gagal.Melalui pengalaman-pengalaman seperti ini saya terbuka luas kepada permainan yang lebih bebas dan jalanan.Sesungguhnya pembelajaran dan penimbaan ilmu serta pengalaman masih dan sedang berlaku.Kata orang jauh berjalan luas pandangan dan pengetahuan sehingga satu hari saya menemui permainan yang lebih  advance dari permainan asal amalan saya...iaitu Lian Padukan

Tidak sangka permainan yang sudah lama bertapak dan beribu pejabat di kawasan perumahan lama saya ketika di Johor Bahru kini menjadi amalan peribadi saya dan adinda2 saya(ertinya ia telah menjadi amalan permainan rasmi keluarga Kapitan Sauffi & Laksamana ).Penemuan saya ketika itu baru keluar di pawagam Filem YipMan (Maestro Wing Chun) sekitar 2008.Setelah pulang menyaksikan bersama isteri tersayang,saya dibantu oleh isteri mencari-cari gelanggang melalui internet.Maka keluarlah LIAN PADUKAN.Lalu saya terus cuba menghantar mesej melalui sms kepada beberapa individu yang terdapat didalam laman internet dan akhirnya jodoh Allah swt menemukan saya dengan Sifu Lian Padukan gelanggang Kapar iaitu Sifu Nur Azhar Hj Nawawi.Maka bermulalah asuhan dan didikan beliau.Beliau yg sangat menitik beratkan bahawa segala pelajaran harus dipegang asas kuat dan kemas.Maka latihan pelampas dan jurus2 diperturunkan tanpa jemu dan beliau sangat pemurah.Melalui beliau juga latihan tubi dan pecahan-pecahan aplikasi pelampas dan jurus-jurus bagi tujuan kefahaman diperkenalkan.