Sambungan dari bahagian 3....
Sifu Azhar juga menekankan latihan-latihan pelampas agar otot dan anggota badan yang digunakan mempunyai ketahanan dan stamina yang sepatutnya ada pada setiap pelatih.Walaupun corak latihannya santai namun kualiti yang dilakukan tidak dikompromi. Katanya lagi kadang-kadang dalam pertempuran kita tidak perlu menggunakan jurus kerana kita hanya menggunakan latihan pelampas. Apakah latihan pelampas itu?? Datanglah ke gelanggang sebagai murid yang ingin belajar pasti akan ditunjukkan dan diajar pelampas itu..Selepas melihat ketahanan diri didalam pelampas maka diperturunkan Jurus Pengenalan Senjata Lapan.Dididik saya dan lain-lain agar setiap perbuatan yang diajar mempunyai ceritanya yang tersendiri.Tidak ditinggalkan satu pun rukun yang membentuk Jurus.Setelah sekian lama didalam latihan Jurus beliau menerapkan sikap yang perlu ada ditahap ini didalam setiap pelatih.Latihan yang selalunya bermula jam 9 malam pasti akan berakhir jam 4.30 pagi.Setiap sesi kelas pasti ada sesi soal jawab dan muzakarah maka dengan ini setiap pelatih dipastikan faham sebelum pulang kerumah masing-masing.(Kami yang segelanggang selalu menghubungi satu sama lain tidak sabar menunggu kelas seterusnya).
Sifu Azhar seorang yang amat terbuka dalam minggu kedua atau ketiga saya dikenalkan dengan guru beliau iaitu Guru Din Misai diKelana Jaya.Guru Din Misai yang juga merupakan Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur/Selangor adalah berlatar belakang permaianan Buah Endau sebagai asasnya dan lain-lain senibeladiri seperti Muay Thai,Gayong dan Karate.Beliau yang tegas orangnya sentiasa menasihati saya agar faham permainan gerak menjadi lebih mudah.Sentiasa menekankan bahawa dalam Lian Padukan pelatih harus mempunyai kualiti atlet pertarungan.Tidak hairanlah beliau yang sudah berusia lewat 40an ketika itu mempunyai tubuh badan yang masih sendo dan bidang.Beliau yang masih mampu berlari-lari anak (jogging) sejauh 6 km tanpa henti sering mengingatkan kami yang muda agar sentiasa cergas dan cerdas dalam mengamal Lian Padukan.Beliau sama seperti Sifu Azhar tiidak kedekut ilmu dan pengalaman.Diberkati dengan 2 zuriat yang hebat iaitu Srikandi Lian Padukan pertama iaitu Sifu Syazwana dan Imran Al Haqeem(adik seperkhataman saya).Kedua-duanya aktif dalam Lian Padukan dan sering bersama Guru Dr. Din Misai dalam mengendalikan seminar kefahaman dan aplikasi penggunaan senjata dalam permainan.
Begitulah kedua-dua guru saya yang amat menitik beratkan asas yang kuat.Dari mereka lahirlah saya.Terima kasih kedua-duanya dan tidak dilupakan guru-guru kecil saya iaitu senior-senior yang baik Cikgu Nasrul a.k.a Ha Lurus, Master Arifffin Suratman dan Cikgu Faizal.Guru-guru lain yang tidak disebutkan juga amat pemurah dan sangat baik apabila saya bertandang menuntut ilmu.Next saya akan bercerita permainan orang rendah...hehehe comel!!
No comments:
Post a Comment