SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Thursday, October 30, 2014

Kebarangkalian : Asal - Usul Seni Tempur Lian @ Buah Pukul

Assalamualaikum wbt

Bismillahirahmanirahim

Berikut adalah video-video yang saya ekstrak dari laman youtube.Buah Pukul yang dibawa oleh Syed Abdul Rahman Yunan  dipengaruhi oleh paduan seni wushu yang mantap dan padu.Cukup dengan penafasan,teknik-teknik pukulan samadan serangan mahupun belaan.taktik dan strategi pertempuran malah apabila ia dibawa dan diperturunkan kepada pendekar-pendekar Melayu Johor yang terbilang ia diasimilisasikan dengan paduan seni silat/pukulan amalan asal pendekar -pendekar tersebut.Maka timbullah istilah ia seni tempur yang telah dimelayukan kerana pelbagai petua telah diadun agar sesuai dengan situasi pertempuran.

Sesungguhnya kita harus berterima kasih dan sentiasa mendoakan guru-guru lama mahupun yang baru dalam membuat ia sentiasa relevan sebilang masa agar tak hilang dek peredaran zaman.Inilah yang dikatakan Seni Tempur yang turut tinggi daulatnya..Al Fatihah kepada semua guru-guru Seni Lian / Seni Buah Pukul.Tidak hairanlah mengapa pendekar-pendekar amat yakin Seni Lian/Seni Buah Pukul ampuh,kemas dan sikap kependekarannya tidak lari dari medan peperangan.




Selamat menonton dan meneliti sendiri apa yang cuba sampaikan.


Friday, October 24, 2014

AWAL MUHARAM 1436 HIJRAH & SEMBAH TAHNIAH KEPADA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Bismillahirahmanirahim

Salam Maal Hijrah 1436 kepada seluruh umat Islam khususnya Keluarga Lian Padukan Malaysia pimpinan Y.M Ayahanda Dr. Haji Muhammad Hasyim Haji Muhammad Salleh.Insha Allah pada 31hb Oktober 2014 ini kita akan berkumpul di Rumah Adat Lian Padukan d Johor Jaya,Johor Bahru sempena acara tahunan perguruan iaitu Majlis Melangir Pedang di Awal Muharam.Dijemput semua pesilat-pesilat dan saudara-saudara senior hadir memgambil bahagian disamping mengeratkan silaturahim antara kita.

Patik turut ingin merafak Sembah Tahniah kepada DYAM Tunku Mahkota Johor,Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim diatas limpah kurniaNya DYAM Tunku bersama pasangan Cik Khaleeda telah selamat diijabkabulkan hari ini sebelum solat Jumaat.Semoga DYAM Tunku Mahkota bersama pasangan hidup kekal bahagia ,sihat walfiat dan dikurniakan putera -putera bijaksana,gagah perkasa mempunyai pekerti yang tinggi selaku pewaris Kesultanan Melayu Johor dan puteri-puteri yang jelitawan disayangi rakyat jelata..amin doa patik sentiasa mengiringi kebawah Duli Yang Amat Mulia Tunku.