SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Sunday, November 9, 2014

KUNJUNGAN MERAPATKAN UKHWAH DARI KANDA GAJAH

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirahmanirahim ..

Syukur kepada Allah SWT setiap pertemuan mencatatkan satu usaha merapatkan silaturahim antara insan.Ia sesungguhnya perbuatan yang mulia.Pada 8hb November 2014 (Sabtu) Yand DiPertua Persatuan Seni Silat Lian Padukan Malaysia Y.M Ayahanda Dr. Haji Mohd Hasyim telah dengan gembiranya menerima kehadiran kunjungan tetamu dari Mersing, Johor.Tetamu yang dimaksudkan ialah Tuan Shah Reza Bin Jelani atau lebih dikenali di alam Facebook(Fb) sebagai Kanda Gajah De Legend.Beliau merupakan salah seorang pengamal Buah Pukul Mersing yang bersusur galur permainan dari Pendekar Hussin Gajah.

Tuan Shah Reza atau Kanda Gajah amat dikenali didalam alam Fb sebagai salah seorang pencinta dan pejuang pemeliharaan dan pemuliharaan seni tempur Buah Pukul Mersing.Beliau sanggup memanjangkan langkah merapatkan silaturahim dan kini Lian Padukan Induk merasa amat bertuah menerima kunjungan beliau.Beliau yang turut hadir bersama isteri dan anak-anak semalam bertukar-tukar info dan maklumat disamping mengambil peluang merasai sendiri dari tangan Ayahanda Mahaguru Utama permainan Lian Padukan malah mendengar sendiri dari tuan empunya diri mengenai kontroversi-kontroversi selama ini.

Buang yang keruh ambil yang jernih.Sesungguhnya setiap yang terjadi adalah takdir Allah SWT..Insha Allah dengarnya Tuan Shah Reza telah mengzahirkan sendiri ingin membawa kembali Lian Padukan ke bumi Mersing.Semoga niat dan usaha yang baik kita doakan kejayaannya..ameen.

Terima kasih daun keladi kalau free datang lagi..semoga kita terus berbudi agar bahasa dan pekerti kekal tinggi..berikut adalah beberapa gambar yang ingin dikongsi bersama.




LIAN PADUKAN MALAYSIA : MAJLIS LANGIR PEDANG 1436/2014

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillahirabbilalamin...syukur kehadrat Allah SWT diatas izinNya LP Malaysia sekali lagi menganjurkan acara tahunan Majlis Langir Pedang di rumah Adat di Johor Jaya dengan suasana sederhana tetapi meriah.Terima kasih kepada Yang DiPertua,Ayahanda Dr. Hj Mohamad Hasyim dan Bonda Hjh Fiffy Salleh yang memberi izin kepada kami menggunakan kemudahan dan fasiliti yang ada.

Majlis dimulakan dengan solat mahgrib disusuli dengan bacaan Yasin serta Tahlil buat seluruh guru-guru Buah Pukul sejak dari Saidina Semaon Ar Radzi sehingga terkini samada yang masih hidup mahupun yang telah awal pergi menghadap Illahi..Ramai cikgu-cikgu yang turut hadir memeriahkan suasana.Saya mewakili YDP Lian Padukan Malaysia,Ayahanda Dr. Hj Hasyim merakamkan jutaan terima kasih kepada insan-insan tersebut diatas sumbangan menjayakan majlis ini.Mereka adalah :-
a) Bonda Hjh Fiffy - menyediakan pelbagai fasiliti dan kemudahan serta menyediakan kudapan karipap sardin / kentang

b) Guru Din Gondrong (Pengerusi LP Johor) /Kak Jun - menyediakan mee kari

c) Cikgu Akmal  - menyediakan Sup Gearbox

d)  Cikgu Junaidi Jamil a.k.a Ato - menyediakan Buah-buahan

e)  Cikgu Bayam  - menyediakan kelengkapan langir

f)  Puan Farah (Murid Gelanggang Pusat)  - menyediakan bubur hitam

Turut ingin merakamkan penghargaan diatas kehadiran dari Cikgu-cikgu serta murid-murid Lian Padukan Selangor/Kuala Lumpur ,Melaka dan Singapura malah tidak dilupakan dari gelanggang pusat sendiri  :-

a) Cikgu Haji Nur Azhar (Timb.Pengerusi KL/Selangor) serta anak-anaknya

b) Cikgu Ahmad Johannes a.k.a Sammo Hung serta anak-anak murid gelanggang Port Kelang

c) Cikgu Muhaimin ( Singapura )

d) Cikgu Firdaus ( Melaka)

e) Cikgu Ipman

f) Cikgu Avatar

g)  Cikgu Jefri

i) pemilik blog sendiri dari gelanggang Shah Alam

Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun diselangi 'insiden' yang saya kira menambahkan lagi asam garam perjalanan majlis.Terima kasih juga diucapkan kepada detektif Special Branch yang membuat liputan bagi pihak PDRM.Semoga perhubungan antara peserta bertambah erat perpaduan.Insha Allah jika diizinkanNya tahun depan 1437 Hijrah 2015 Masihi kita bertemu lagi.


Gambar 1 : Ayahanda Cikgu Juhann Laksamana  
membuka bilah Beliung Adat LP yang pertama

Gambar 2 : Ayahanda Cikgu Juhann Laksamana diamanah 
membuka bilah Beliung Adat LP yang kedua

Gambar 3 : Saudara Asmaei dari Gelanggang Laksamana (Shah Alam)
menikmati 'gearbox' sumbangan Cikgu Akmal JB

Gambar 4 : Cikgu Akmal dan Cikgu Avatar membantu 
Cikgu Bayam dalam 'insiden' kecil.

Gambar 5 : Ayahanda Cikgu Juhann memandikan anak gelanggang

Gambar 6 : Ayahanda Cikgu Juhann memandikan anak gelanggang

Gambar 7 : Cikgu-cikgu Lian Padukan Malaysia membantu
proses melangir senjata

Gambar 8 : Pengerusi LP Johor,Cikgu Din Gondrong

Gambar 9 : Cikgu Haji Nur Azhar (Timb.Pengerusi KL/Selangor) 
dan Cikgu Ahmad a.k.a Sammo Hung (Port Kelang)

Gambar 10 : Antara koleksi senjata milik Cikgu Haji Nur Azhar
 yang dilangirkan

Gambar 11 : Antara koleksi senjata milik Cikgu Haji Nur Azhar
yang dilangirkan

Gambar 12: Senjata-senjata yang didalam proses 'mencuci'

Gambar 13 : Antara Dua (2) bilah keris yang dicuci

Gambar 14 : Tumbuk Lada

Gambar 15 : Antara Tekpi yang dicuci dan dilangirkan

Gambar 16 : Ayahanda Cikgu Juhann mengambil peluang beramah 
mesra dan bertanya perkembangan dengan Cikgu Firdaus (Melaka) 

Gambar 17 : Saudara Abd Rahman mengimamkan solat Subuh

Gambar 18 : YDP,Ayahanda Dr. Hj Hasyim walaupun dah subuh namun
masih bertenaga dan bersemangat

Gambar 19 : Cikgu Haji Nur Azhar dan Cikgu Ahmad sedang membelek
bilah-bilah senjata

Gambar 20 : Ayahanda Cikgu Juhann bergambar kenangan
 bersama anak-anak gelanggang Port Kelang pimpinan 
Cikgu Ahmad Sammo Hung

Gambar 21 : Hidup Lian Padukan ! Senjata 8 Gayang 5 
Ta' Lian Padukan Hilang Di Dunia

Thursday, October 30, 2014

Kebarangkalian : Asal - Usul Seni Tempur Lian @ Buah Pukul

Assalamualaikum wbt

Bismillahirahmanirahim

Berikut adalah video-video yang saya ekstrak dari laman youtube.Buah Pukul yang dibawa oleh Syed Abdul Rahman Yunan  dipengaruhi oleh paduan seni wushu yang mantap dan padu.Cukup dengan penafasan,teknik-teknik pukulan samadan serangan mahupun belaan.taktik dan strategi pertempuran malah apabila ia dibawa dan diperturunkan kepada pendekar-pendekar Melayu Johor yang terbilang ia diasimilisasikan dengan paduan seni silat/pukulan amalan asal pendekar -pendekar tersebut.Maka timbullah istilah ia seni tempur yang telah dimelayukan kerana pelbagai petua telah diadun agar sesuai dengan situasi pertempuran.

Sesungguhnya kita harus berterima kasih dan sentiasa mendoakan guru-guru lama mahupun yang baru dalam membuat ia sentiasa relevan sebilang masa agar tak hilang dek peredaran zaman.Inilah yang dikatakan Seni Tempur yang turut tinggi daulatnya..Al Fatihah kepada semua guru-guru Seni Lian / Seni Buah Pukul.Tidak hairanlah mengapa pendekar-pendekar amat yakin Seni Lian/Seni Buah Pukul ampuh,kemas dan sikap kependekarannya tidak lari dari medan peperangan.




Selamat menonton dan meneliti sendiri apa yang cuba sampaikan.


Friday, October 24, 2014

AWAL MUHARAM 1436 HIJRAH & SEMBAH TAHNIAH KEPADA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Bismillahirahmanirahim

Salam Maal Hijrah 1436 kepada seluruh umat Islam khususnya Keluarga Lian Padukan Malaysia pimpinan Y.M Ayahanda Dr. Haji Muhammad Hasyim Haji Muhammad Salleh.Insha Allah pada 31hb Oktober 2014 ini kita akan berkumpul di Rumah Adat Lian Padukan d Johor Jaya,Johor Bahru sempena acara tahunan perguruan iaitu Majlis Melangir Pedang di Awal Muharam.Dijemput semua pesilat-pesilat dan saudara-saudara senior hadir memgambil bahagian disamping mengeratkan silaturahim antara kita.

Patik turut ingin merafak Sembah Tahniah kepada DYAM Tunku Mahkota Johor,Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim diatas limpah kurniaNya DYAM Tunku bersama pasangan Cik Khaleeda telah selamat diijabkabulkan hari ini sebelum solat Jumaat.Semoga DYAM Tunku Mahkota bersama pasangan hidup kekal bahagia ,sihat walfiat dan dikurniakan putera -putera bijaksana,gagah perkasa mempunyai pekerti yang tinggi selaku pewaris Kesultanan Melayu Johor dan puteri-puteri yang jelitawan disayangi rakyat jelata..amin doa patik sentiasa mengiringi kebawah Duli Yang Amat Mulia Tunku.




Friday, September 19, 2014

MAJLIS LANGIR SENJATA 2013

Bismillahirahmanirahim

Dalam setiap perguruan ada adat-adat yang dipelihara bagi tidak hilang ditelan zaman.Umpamanya didalam Lian Padukan Malaysia sudah menjadi acara tahunan kami menganjurkan Majlis Langir Senjata.Ianya adalah majlis istiadat membersihkan semua senjata-senjata tradisional yang dimiliki samada oleh Mahaguru Utama,Ayahanda Dr. Haji Mohamad Hasyim sendiri atau ahli-ahli pesilat Lian Padukan.Antara koleksi yang akan dicuci dan dipulihara ialah Keris,Pedang Adat,Kerambit,Tombak,Beliung Adat dan lain-lain senjata.

Majlis sering kali bermula dengan ahli-ahli Lian Padukan dari segenap negeri berkumpul pada petang Jumaat di Rumah Adat Johor Jaya.Dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah diselangi oleh majlis bacaan Yassin dan Tahlil buat guru-guru Buah Pukul samada yang telah meninggal dunia mahupu yang masih hidup.Setelah selesai para hadirin dijamukan dengan juadah yang disediakan.Lazimnya ia berkonsepkan 'pot-luck' dan buffet secara santai bagi memberi ruang para hadirin bersembang-sembang merapatkan silaturahim antara mereka..pastinya banyak cerita yang disembangkan..

Seterusnya selesai jamuan majlis berlangir dimulakan..setiap senjata dipersembahkan diatur secara terbuka..bagi bilah-bilah yang tidak mempunyai hulu dan sarungnya ketika inilah ia di mandikan bersama.


















PERTEMUAN LAGENDA BUAH PUKUL- TOK RAJA ALI RAJA SALLEH AL HAJ

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

Saya telah dipelawa oleh Mahaguru Utama Lian Padukan Malaysia,Ayahanda Dr. Haji Muhammad Hasyim untuk menemani menziarahi salah seorang guru beliau di Semerah,Batu Pahat.Guru yang saya maksudkan ialah Tok Raja Ali Bin Raja Salleh Al-Haj,pewaris Gayang Lima. 9hb September 2014 merupakan hari yang penuh bersejarah kepada saya.

Dari Johor Bahru saya dan Ayahanda Dr.Haji Hasyim telah ke Setia Alam untuk mengambil Tokmak long yang mempunyai pertalian rapat dengan Tok Raja Ali Al Haj.Semasa dalam perjalanan ke Batu Pahat banyak topik perbualan berkisar ahli keluarga rapat.Dalam senyap saya terkejut betapa rapatnya Ayahanda Dr.Haji Hasyim dengan keluarga rapat Tok Raja Ali Al-Haj.Sejurus tiba di rumah beliau sudahpun menunggu kehadiran kami di anjung rumah.Beliau terus meluru keluar dan setelah menjawab salam Ayahanda mereka berpelukan melepaskan rindu bak anak beranak.Tok Raja Ali Al Haj dan isteri Tok Mak Suminah menjemput kami masuk.Sementara Tok Mak dan Tok Maklong masuk menyiapkan hidangan makan tengahari(walaupun dah jam 3.40 ptg),kami berborak2 diluar. Ayahanda telah memperkenalkan saya dengan Tok Raja Ali.Sesungguhnya saya masih dalam keadaan terkesima.Apa tak nya..menjejakkan kaki ke rumah salah seorang lagenda Buah Pukul Mersing (Gayang Lima) yang masih hidup.Beliau mengajak saya duduk disebelahnya..hebat..memang hebat aura yang terpancar.Kali pertama dan terakhir saya bertemu dengan beliau ialah pada tahun 2009 ketika beliau dijemput sebagai tetamu majlis khatam istiadat Lian Padukan di Johor Jaya,Johor Bahru.Ketika itu saya sempat bergambar dengan beliau.Kali ini secara 'in-person' saya berbual-bual dengan beliau.

Dalam 15 minit kami berborak Tok Mak Suminah memanggil kami semua untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.Antara hidangan yang dijamu ialah lauk pauk kegemaran Ayahanda Dr Haji Hasyim iaitu Ikan Asam Pedas,Ayam Goreng kunyit dan Sayur Kobes Goreng.Macamana saya tahu kegemaran Ayahanda? Tok Mak Suminah sendiri yang cakap lauk-pauk itu khas menyambut kehadiran anak angkatnya yang sudah hampir 2 tahun tidak bertemu.Rindu dia pada Ayahanda sekeluarga.

Sementara Ayahanda menunaikan solat,saya dan Tok Raja Ali berborak-borak diluar.Tok Raja menanyakan beberapa perkara mengenai diri saya seperti asal keturunan,bermastautin dimana,tempoh berguru dengan Ayahanda Dr Haji dan lain-lain..beliau turut mengimbas kembali nostalgia pernah tinggal di Shah Alam selama 14 hari dan terpaksa ditukarkan ke Segamat oleh pegawai atasan kerana terlibat dalam insiden pergaduhan..hehehe.."dah dia yang cabar dan minta,Tok bagilah..." begitulah kata-katanya.Tok Raja juga telah sudi berkongsi beberapa ilmu dan petua Buah Pukul dan yang paling istimewa ialah Lian Hantuk Kepala.Beliau telah menghantukkan kepalanya ke dinding dan grill rumahnya gara-gara ingin menunjukkan hasil amalan ilmu yang dikongsikan.Beliau juga bermurah hati mengongsikan serta mengijazahkan Lian 1 dan Lian 2 serta petua bertempur/berdiri dengan musuh kepada saya (dah tentu nak ilmu kena sparing).Siap sparring hantuk kepala lagi 3 round.hehehehe..Syukur Alhamdulillah bertuah sungguh rasa diri ini..Beliau gedung ilmu tanpa membuka kitab beliau lancar mengungkapkan bacaan2 Surah Yassin,beberapa jenis selawat yang menjadi amalan dan mantera kehidupan beliau.. Terima kasih Tok Raja Ali Al Haj...


Sesungguhnya tiada perkataan yang boleh diucapkan selain terima kasih tidak terhingga kepada Ayahanda Mahaguru Utama,Ayahanda Dr. Haji Hasyim kerana sudi membawa saya mendapatkan restu dari lagenda Buah Pukul iaitu bapa angkatnya Tok Raja Ali Raja Salleh Al-Haj untuk meneruskan tugasan rasmi saya selaku Setiausaha Agong Lian Padukan Malaysia dan sesungguhnya sesiapa yang kenal mereka berdua pasti bersetuju mengatakan bahawa hubungan kedua-dua guru besar buah pukul ini sememangnya erat umpama bapa dan anak malah lebih erat .. Kedua-dua saling mempunyai pertalian persaudaraan.Tok Raja Ali Al Haj sentiasa teringatkan kepada sahabat2 perjuangannya seperti Allahyarham Pak Mat Kedidi,Allahyarham Pak Andak Wahab malah turut menyebutkan Allahyarham Pak Atan Air Batu Kluang mempunyai jasa besar kepada beliau kerana Pak Atan adalah guru Buah Pukulnya..-Al- Fatihah kepada semua guru-guru yang telah kembali ke Rahmatullah..

Banyak lagi yang ingin ku coretkan disini..Insha Allah akan ku kemaskini coretan pertemuan dengan beliau..Sama2 kita saksikan beberapa gambar yang ingin ku kongsikan buat tatapan peminat pembaca.