Bismillahirahmanirahim
Dalam setiap perguruan ada adat-adat yang dipelihara bagi tidak hilang ditelan zaman.Umpamanya didalam Lian Padukan Malaysia sudah menjadi acara tahunan kami menganjurkan Majlis Langir Senjata.Ianya adalah majlis istiadat membersihkan semua senjata-senjata tradisional yang dimiliki samada oleh Mahaguru Utama,Ayahanda Dr. Haji Mohamad Hasyim sendiri atau ahli-ahli pesilat Lian Padukan.Antara koleksi yang akan dicuci dan dipulihara ialah Keris,Pedang Adat,Kerambit,Tombak,Beliung Adat dan lain-lain senjata.
Majlis sering kali bermula dengan ahli-ahli Lian Padukan dari segenap negeri berkumpul pada petang Jumaat di Rumah Adat Johor Jaya.Dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah diselangi oleh majlis bacaan Yassin dan Tahlil buat guru-guru Buah Pukul samada yang telah meninggal dunia mahupu yang masih hidup.Setelah selesai para hadirin dijamukan dengan juadah yang disediakan.Lazimnya ia berkonsepkan 'pot-luck' dan buffet secara santai bagi memberi ruang para hadirin bersembang-sembang merapatkan silaturahim antara mereka..pastinya banyak cerita yang disembangkan..
Seterusnya selesai jamuan majlis berlangir dimulakan..setiap senjata dipersembahkan diatur secara terbuka..bagi bilah-bilah yang tidak mempunyai hulu dan sarungnya ketika inilah ia di mandikan bersama.
No comments:
Post a Comment