SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Friday, July 20, 2012

ALHAMDULILLAH RAMADHAN SUDAH DATANG.

Bismillahirahmanirahim,

Salam Ramandhan yang Mulia kepada semua pembaca dan Buah Pukul fans (specially Lian Padukan),saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri saya samada kapasiti sebagai pelajar mahupun sebagai cikgu gelanggang Shah Alam.

Selamat beramal dibulan yg penuh barokah...Insyaallah kita akan berjaya.Disamping itu jangan lupa kepada yang kurang bernasib baik.Hulurkanlah sedekah semampu mungkin kerana disetiap rezeki yang kita perolehi ada bahagian orang lain.Insyaallah setiap rezeki yang diusahakan akan bersih dari unsur-unsur negatif..


Tuesday, July 17, 2012

Kursus Khas Lian Padukan

Bismillahirahmanirahim

Berikut adalah video-video rakaman kursus yang dianjurkan oleh Lian Padukan Martial Arts Academy. Yang diatas adalah rakaman Kursus Lian Kipas Nandung,rakaman yang kedua pula menunjukkan Lian Belantali dan yang akhir adalah Lian Tasbih.Sesungguhnya ia harus sentiasa dievolusi agar relevan disetiap masa dan  ketika.Ilmu,Kemahiran dan Pengalaman harus berjalan serentak bagi perkembangan ilmu.Selamat menonton dan mempelajari dan mendalami Lian Padukan.









Wednesday, July 11, 2012

Terima Kasih Saudaraku

Bismillahirahmanirahim

Semalam saya berkesempatan singgah kerumah sahabat yg telah saya anggap seperti saudara iaitu Cikgu Abdullah Siddiq Mohamad a.k.a Doul BPM.Pertemuan walaupun singkat banyak info & pandangan dapat disalurkan.Pelbagai cerita-cerita perjuangan dapat dikongsi dalam mengembangkan seni warisan bangsa yang cukup terkenal di Johor amnya dan bumi Mersing khususnya.Untuk pengetahuan umum,Allahyarham iaitu bapa kepada saudara saya ini merupakan salah seorang rakan seguru Haji Sulieman Ariffin (Pak Mat Samurai).Mereka berdua sama-sama berguru dengan Allahyarham Imam Jaafar.

Kalau dicoretkankan apa yang diluahkan pasti mengundang kontoversi dan mengaibkan individu-individu tertentu.Pada saya dalam memperjuangkan Seni Silat /Pertarungan warisan bangsa harus ada penyatuan dan ukhwah.Sama-sama berjuang bukan sama-sama menikam antara satu sama lain sehingga Agama,Bangsa & Tanahair tergadai dan dalam kerugian.Jangan kerana sifat dengki dan hasad menguasai diri kita mengadu domba serta memburukkan.

Monday, July 2, 2012

Dunia Seni Silat Melayu 6 - Lian Padukan