SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Friday, March 22, 2013

PEGANG ASAS DENGAN KUAT AGAR SELAMAT (BAHAGIAN 1)


Bismillahirahmanirahim,

Syukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana isteri bakal melahirkan puteri ketiga tidak berapa lama lagi. Saya berdoa kepadaNya semoga diberi kemudahan kepada isteri tersayang dalam proses melahirkan zuriat kami..Bersyukur juga kepadaNya kerana menyelesaikan masalah2 yang dipikul bersama samada dalam keluarga, perniagaan mahupun khidmat komuniti didalam BELAMISKIN,jemaah pimpinan saya dan Lian Padukan Malaysia.

Hari ini saya ingin menyentuh kepada asas permainan Lian Padukan.Dimasa saya masih pengamal Buah Pukul Mersing dizaman remaja,guru-guru saya sering mengingatkan tak perlu banyak buah kalau satu pun tak boleh digunakan.Biar satu dua buah yang dipelajari,dilatih-tubi dan diamal ianya pasti berkat.Lagilah bonus kalau semua buah setiap peringkat di latih tubi, difahami dan diamalkan.Dulu-dulu guru lama saya kata kalau seseorang pelatih ni dah sampai Lian 1 atau Lian 2 dah boleh pukul dan mempertahankan diri serta dah boleh berkhidmat sebagai 'Abang Kawasan' kerana untuk memasuki peringkat Lian bukanlah satu perkara yang mudah kerana banyak kriteria yang perlu dilepasi oleh seseorang pelatih untuk menepati standard guru.

Didalam konteks Lian Padukan, setiap pelatih yang baru malah ditekankan kepada pelatih-pelatih yang lama agar tidak membuang mana-mana sukatan lama ditambah baik tidak menjadi masalah malah digalakkan agar sentiasa relevan mingikut zaman.Aspek yang paling dan harus diambil perhatian oleh setiap pelatih ialah latihan-latihan pelampas ( latihan pemanas badan / pra jurus ) serta latihan-latihan jurus serta aplikasinya.Dengan melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan bersungguh-sungguh akan melahirkan kualiti pendekar Lian Padukan yang sejati malah jurulatih yang berkebolehan serta berketrampilan dan mampu memimpin persatuan / perguruan kearah kejayaan.

Untuk melakukan Jurus-Jurus Senjata Lapan dengan baik dan kemas harus mempergiatkan latihan pelampas yang tidak kunjung jemu dan tidak kenal erti penat. Dengan ini otot-otot dan senjata lapan yang dilatih sudah biasa serta mempertajamkan teknik-teknik yang diperkenalkan..


Wednesday, March 6, 2013

BANGUNLAH PENDEKAR2!! AYOH KITA PERTAHANKAN KEDAULATAN IBU PERTIWI

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum wbt

Kepada semua rakyat Malaysia terutama pelatih-pelatih Lian Padukan Malaysia terutama gelanggang Laksamana Shah Alam saya menyeru pertingkatkan latihan Lian Padukan anda.Mahirkan setiap gerak-geri dan rahsia permainan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Negara yang kini dalam kancah ketidak stabilan politik yang bercampur baur sentimen Agama Islam dipermain-mainkan, Bangsa Melayu dirobek-robek persaudaraannya dan Kedaulatan Tanahair yang kini di ganggu gugat oleh elemen yang cuba mencetuskan peperangan era ini setelah perletakkan senjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1988,Gerakan Acheh Merdeka (GAM) 2008-09 dan perolehan kedamaian di Selatan Filipina akhir 2012.Kini timbul pula Kesultana Sulu yang ingin menuntut bumi Sabah.Tanpa prejudis disebabkan agenda-agenda politik yang sempit saya ingin menyeru semua ANAK-ANAK LIAN PADUKAN bersatu dan berikrar sumpah taat setia kita kepada Bumi Malaysia ( dari Perlis sehingga ke Sabah).

Jangan kita biarkan Agama Islam di permain-mainkan sedangkan tolenrasi kita terhadap kebebasan beragama di bumi ini harus di pandang dan dipertimbangkan.Jangan ulangi peristiwa Natrah d Singapura, Peristiwa berdarah Sambutan Maulud Nabi di Singapura, dan Pergaduhan Agama di Ambon,Indonesia menjadi titik hitam di bumi Malaysia ini.Jangan biarkan Melayu dirobek2 persaudaraannya kelak akan terbakar dan tercetusnya AMOKAN Melayu seperti Tragedi 13 Mei 1969 dan Peristiwa Penentangan Komunis Melayu Batu Pahat.Perkataan AMOK amat sinonim dengan bangsa Melayu sehingga ia diiktiraf oleh Eropah dan Barat bahawa sifat semulajadi Melayu yang dalam keadaan aman ia lemah lembuh dan bertatasusila tinggi serta marahnya pun berupa sindiran usah disimbahkan lagi dengan minyak sehingga berubah sifat menjadi amok.Amokan Melayu tidak akan pernah surut sehingga semuanya menjadi padang jarak padang tekukur.Sebelum ianya terjadi usahlah dicuba...usahlah disudi kependekarannya...usahlah dihina caci bangsa kaumnya...

Malaysia adalah ibu pertiwi.Negaraku Tanah Tumpahnya Darahku!! Bangun Anak-Anak Bangsa Agama Ku!! Bangun Kita Pertahankan Islam,Melayu & Malaysia Kita sehingga titisan darah terakhir!

Tuesday, March 5, 2013

Al-Fatihah Kepada Semua Pejuang Negara

Bismillahirahmanirahim,

Pagi ini saya mendapat khabar mengenai Serangan Gempur yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia keatas kubu musuh yang menceroboh di Lahad Datu.

Semoga Allah s.w.t merahmati dan melindungi mereka.Allah Hu Akbar!! Allah Hu Akbar!! Allah Hu Akbar!!

YANG MUNGKAR AKHIRNYA TERZAHIR

Bismillahirahmanirahim

Allah Hu Akbar! Allah Hu Akbar! Allah Hu Akbar!

Allah s.w.t Maha Besar! Allah s.w.t Maha Adil!...Bagaimana seseorang yang mungkar menyembunyikan perbuatan busuk dan jahatnya akhirnya terzahir jua. Jaga diri kita agar tidak umpama MENGETUK DULANG PAKU SERPIH,MENGATA ORANG DIA SEBENARNYA YANG LEBIH..
Masyallah!! Subhanallah!! Astaghfirullah!! Walaupun diri masih angkuh dan bongkak terhadap nikmatNya Dia tidak menghukum dengan hukuman yang lebih aib..Syukurlah! Bukti telah terzahir secara nyata dan maya.Sedarlah agar kembali kejalan yang diredhai..In shaa Allah Dia akan menunjuki jalanNya.

Diharap kita sama2 tarik jurus dan melihat diri kita semula,MUHASABAH & ISTIQOMAH . Allah s.w.t Maha Hebat!!