SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Sunday, April 22, 2012

Terima Kasih Perjalanan Baru Bakal Bermula

Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillahirabbilalamin...hari ini sudah 22hb April 2012.Bermakna tinggal 14 hari lagi saya dan saudara2 lain bakal dikhatamkan iaitu pada 5hb Mei 2012 (Sabtu),InsyaAllah.Menoleh sebentar kebelakang dari bermula saya ditemukan dgn perguruan ini,berkenalan & berguru dengan Alhamdulillah syukur guru-guru yang hebat personaliti dan pembawaan,melafazkan persaudaraan dan banyak lagi pengalaman sepanjang proses bergelar murid.Semuanya menarik & adventure. Orang yang pertama & bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan permainan Lian Padukan ialah Cikgu Nur Azhar Hj Nawawi a.k.a Cikgu Azhar.Saya yang juga pengamal Buah Pukul (oldskool)sebelum ini, mengakui keegoan,kesombongan & tahap konfiden yang tinggi musnah lebur apabila dititik,dipolek tendang oleh Cikgu Azhar pada hari pertama saya diterima berlatih...hehehe..Beliau adalah guru gelanggang Kapar.Seorang yang berperwatakan cool,sempoi,terbuka tetapi disiplin dalam latihan tubi..penekanan asas amat dititikberatkan dari pelampas sehingga perbuatan dan langkahan jurus.Di gelanggang beliau saya ditemukan dan disaudarakan dengan beberapa pelatih yang juga baru berlatih disana.Mereka adalah saudara Meor Mohd Faizal a.k.a Meor,Saudara Muhammad Nazri Hj Noordin a.k.a Nazri Kajicuaca,Saudara Ahmad Johannes a.k.a Ahmad (kemudian baru diberi gelar Sammo Hung oleh Ayahanda Mahaguru)dan Saudara Amir Khalid a.k.a Amir.Tidak dilupakan kami juga ada pelatih yang lebih senior walaupun usianya lebih muda dari kami.Dia kami gelarkan Otai atau nama sebenarnya Yusuf Bin Musa.Beliau juga anak kepada Imam disurau berhadapan gelanggang kami..Dalam perjalanan bersama mereka ada pelatih yang datang dan pergi tetapi Alhamdulillah berkat doa guru kami dan semua disamping sikap ikhlas dan redha serta saling hormat menghormati,kami tetap masih utuh bersaudara dan menjadi murid sulong Cikgu Azhar yang bakal dikhatamkan. Minggu keempat atau kelima saya diberi peluang oleh Cikgu Azhar untuk berkenalan dan berlatih dibawah tunjuk ajar gurunya.Individu yang dimaksudkan ialah Guru Shahrudin Ahmad a.k.a Cikgu Din Misai.Beliau merupakan Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur/Selangor.Dengan jawatan yang disandang saya amat yakin ketika itu saya berguru dengan cikgu-cikgu buah pukul yang bukan calang-calang reputasinya.Manakan tidak terdapat kisah yang luar biasa dan amat terkenal tentang bagaimana beliau mula bersama Lian Padukan(Biar anda/pembaca mencari sendiri bagaimana dia bermula).Saya tak ingin bercerita tentang beliau kerana biarlah ia kekal misteri mengenai diri beliau tetapi apa yang penting beliau seorang guru yang kreatif dan inovatif.Kepelbagaian didalam latihan boleh saya anggap beliau guru buah pukul zaman moden,sofiskated antara genius buah pukul.Ketika saya mula2 berkenalan dan belajar dibawah asuhan beliau,terdapat 3 buah gelanggang dibawah kawal selia beliau secara langsung.Pertama di Surah Al-Akidah,Kelana Jaya..Kedua di Gelanggang Tabung Haji,Kelana Jaya dan yang ketiga ialah di Selayang.Ketika itu beliau banyak menghabiskan waktu di ketiga-tiga gelanggang disamping membantu secara aktif rawatan tradisional dirumah sifu beliau di Gombak.Abang Din begitulah panggilan yang beliau mahu anak-anak murid panggil namanya.Digelanggang Kelana Jaya,saya mula berkenalan dengan 3 orang senior yang kemudian rapat dan bersahabat.Mereka ialah saudara Nasrul,saudara Faizal dan Saudara Tokpin ( selepas dikhatamkan pada 2009 mereka bertiga digelar Cikgu).Saya turut berkenalan dengan seorang pelatih yang asasnya beliau pengamal Sendeng.Beliau yang saya maksudkan saudara Salleh.disini saya menghaluskan permainan saya setelah dididik asas oleh Cikgu Azhar di Kapar.Persahabatan dengan senior-senior saya juga banyak membantu saya bergerak aktif didalam aktiviti perguruan. Setelah sekian perjalanan saya mula berkenalan dengan guru-guru lain yang menjadi saudara khatam kepada Cikgu Azhar.Mereka ialah Cikgu Sham (Setiausaha),Cikgu Aimi,Cikgu Raziman dan Srikandi Anakanda Cikgu Din Misai,Cikgu Syazwana.Alhamdulillah perjalanan saya diberkati dan lancar.Melalui Cikgu Din Misai,saya diperkenalkan dengan Mahaguru sekitar 2009 ketika beliau datang ke Kuala Lumpur. Selepas itu perjalanan sebagai murid dan sahabat berjalan dengan takdir Yang Maha Esa.Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran semuanya ditempuhi dengan penuh berhati-hati.Sesungguhnya pengalaman yang dicoretkan tidak hanya seperti diatas..ianya sungguh panjang dan boleh dibukukan.. Saya melangkah sejauh ini..berjurus dan berlian sejauh ini..bukan perkara mudah.saya bersyukur..Terima kasih kepada semua.Terima kasih guru-guru ku,terima kasih saudara-saudaraku...

Monday, April 2, 2012

BUAH PUKUL MANU LANZI



Bismillahirmanirahim,

Latihan yang konsisten mampu membuat kita setanding koreograf beliau malah lebih baik..Selamat Menonton & Berlatih