SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Tuesday, December 28, 2010

Cadangan Tahlil Pada 5 Januari 2011

Bismillahirahmanirahim..

Pada 5hb Januari 2011 adalah Hari Jubli Emas Lian Buah Pukul yang 114 Tahun.Marilah kita sama-sama bersatu kearah penyatuan.Jika Buah Pukul,Sunting & Sendeng boleh bersatu membentuk permainan Lian Buah Pukul saya tidak nampak kenapa para pengamal disiplin ini tidak boleh duduk semeja dan akrab kembali.Setiap perguruan yang terbabit berkongsi moyang pengasas iaitu Y.M Syed Abdul Rahman AL Yunani,Dato Awang Ali a.k.a Awang Daik & Pak Long Mohamad Yassin a.k.a Long Mamat.Jadi semua pengamal adalah bersaudara.

Sementara itu pada hari tersebut dicadangkan jua Majlis Tahlil oleh setiap perguruan Buah Pukul bagi arwah guru-guru buah pukul yang telah meninggal dunia disamping turut mendoakan guru-guru yang masih menabur bakti dan ilmu.Semoga roh mereka ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Insyallah.Berikut nama-nama guru buah pukul (mengikut nukil) :-

1. Saidina Semaon

2. Tok Bertuah Kemiyan

3. Dato' Abu Hassan Dato' Patinggi

4. Raja Haji Raja Tahlil

5. Syed Abdullah Alsagof Yunan

6. Haji Abdullah

7. Awang Bin Ali S.M.J

8. Paklong Mohamad Yasin

9. Pak Teh Mohamad Yasin Kubong

10. Abdul Rahman Bin Chik (Chu Aman)

11. Mohamad Bin Chik ( Pak Mat Kedidi)

12. Haji Hasyim Bin Haji Salleh

Sunday, December 26, 2010

Cadangan Sambutan Hari Buah Pukul Kebangsaan 2011

Saya ingin mencadangkan bahawa agar diadakan satu hari khas menyambut hari ulang tahun Permainan Lian Buah Pukul yang diperkenalkan di Tanah Melayu.Tarikh yang tepat bila kedatangan Syeikh Abdul Rahman ke sini sukar ditetapkan kerana terdapat banyak versi dari pelbagai sekolah(aliran) buah pukul.

Maka bertitik tolak dengan itu saya ingin mencadangkan Sambutan Hari Lian Buah Pukul diadakan pada setiap 5hb Januari setiap tahun.Tarikh ini diambil atau dicadangkan kerana pada tarikh inilah Nukil Buah Pukul diserahkan kepada Dato' Awang Ali a.k.a Awang Daik Al-Hakim iaitu pada 5hb Januari 1897.Jika ingin membuat sambutan secara tahun...ini bermakna untuk 5hb Januari 2011 merupakan "Sambutan Jubli Emas Ke-114 Tahun" permainan Buah Pukul wujud di Tanah Melayu.Sambutan ini saya kira penting disamping mengenang jasa guru-guru buah pukul yang telah meninggal dunia atau yang masih hidup,kita dapat mengeratkan silaturahim & ukhwah sesama pengamal Buah Pukul tanpa mengira aliran mana. Tidak kira anda dari perguruan Lian Padukan,Gayang Lima,Gerak Lian,Lian Yunan hatta Buah Pukul Mersing dan lain-lain aliran buah pukul yang tak dapat saya sebutkan sekalipun yang berkongsi moyang pengasas dan pengembang akan duduk semeja beramah mesra,bertukar-tukar pendapat,idea dan interaksi akrab akan terjalin sesama ahli dan pengamal.

Diharap cadangan ini mendapat sokongan para pembaca yang juga pengamal Permainan Aliran Buah Pukul.Komen dan maklumbalas membina daripada saudara-saudari amat dialu-alukan.Sukacita dimaklumkan sekiranya mendapat Green Light saudara-saudari serta restu Ayahanda Guru Utama Tuan Haji Hasyim.Satu pertemuan pertama akan diadakan bagi membentuk Jawatankuasa Penaja bagi menguruskan sambutan ini.Diharap cadangan ini dilihat dari perspektif positif dan ikhlas agar tidak timbul sebarang fitnah dikemudian hari.

Akhir kata "BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH" mari kita memulakan fasa baru dalam dunia sekolah Buah Pukul kearah penyatuan & perpaduan.Rugi sekiranya kita saling bercakaran dan tidak membawa sebarang kemajuan dalam perkembangan ilmu dan perguruan.

Senjata Yang Tidak Dipersoal




Bismillahirahmanirahim...

Agak lama saya tidak 'blogging'.Ada kalangan rakan-rakan bertanya.Rupa-rupanya ada juga peminat blog yang tidak seberapa ni.Terima kasih kepada anda.Kali ini saya mendapat inspirasi ketika berbelanja barangan sekolah untuk adinda bongsu di sebuah pasaraya besar di Shah Alam.Dalam isteri melayan adinda,saya mengambil peluang merayap..tatkala saya berpusing tanpa arah tujuan saya memasuki ruang alatan pertanian.Lama saya disitu..pelbagai reka bentuk itulah yang menarik perhatian saya.

Satu persatu alatan dibelek.'Stainless Steel Fork'..'Mini Shavel'..'Gardening Shovel'..'Baba Caltivator'..'2 way Hose & Rake'..'Steel Weeder'..ini antara alatan yang saya belek..saya hayati satu persatu..terdetik dihati " Wah,lepas dah tak perlu bawak parang..katana kecil dan sebagainya seperti yang diamalkan oleh orang lain.Bawa alatan seperti ini juga ok.Boleh diandalkan..dual purpose." lepas ni dah tidak perlu terlampau risau memandu kereta dengan adanya alatan seperti ini sebagai persediaan kecemasan.Lagi pula sekiranya ditahan mungkin boleh digunakan alasan baru pulang dari melawat kebun.

Dahulu semasa sekolah saya pernah terbaca artikel,alatan seumpama ini digunakan secara meluas oleh para petani disebuah kepulauan Jepun sebagai senjata melawan kekejaman Daimyo.Maka turut dikatakan lahirlah senjata seperti tekpi @ sai hasil dari evolusi aplikasi oleh petani-petani tersebut.Apa yang penting kena tahu menggunakannya apabila diperlukan.Pernah rakan saya menemplak salah seorang rakannya yang menghina senibeladiri melayu dengan mengatakan lebih baik menggunakan senjatapi dizaman moden ini.Kata rakan saya kalau ada senjatapi sekalipun jika tidak tau menggunakannya pasti senjata makan tuan.Dalam hal ini cara menggunakannya penting..teknik dan taktik perlu dipelajari agar 'Tahu Pakai'.

Didalam konteks Lian Padukan sedar atau tidak semua pelatih diajar cara atau teknik melancarkan serangan,lapis melapis serta penyudah yang bleh diaplikasikan menggunakan senjata tradisional,moden serta apa jua yang boleh dijadikan senjata selain kebergantungan kita kepada Senjata Lapan.Dari sinilah pelatih harus menghayati serta menghargai setiap teknik dan taktik yang diperturunkan semasa latihan di gelanggang masing-masing.Setiap penyampaian ada tersirat setiap rahsia serta cerita.Maka pelajarilah sedalam-dalamnya..Insyallah beroleh apa yang dicita.