SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Tuesday, August 28, 2012

Kesedihan & Kegembiraan

Bismillahirahmanirahim,

Awal pagi Ahad yang lepas (26/8/2012),Saya dikejutkan dengan dua berita yang mengejutkan.Bercampur baur,Sedih & Gembira.

Sedihnya dalam jam 4 pagi saya menerima panggilan telefon dari adik angkat saya yang juga murid Lian Padukan (Gelanggang Laksamana Shah Alam),iaitu Adinda Mohd Shahril.Beliau memberi perkhabaran sedih.Opah yang menjaganya dari kecil sehingga kini telah menyahut panggilan Illahi..
Innalillahiwainalillahirojiun..Al-Fatihah.Allahyarhamah Opah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21,Shah Alam.Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat keatas rohnya..

Dalam kesedihan ini juga saya turut menerima panggilan telefon dari adinda segelanggang,Cikgu Ahmad Johannes.Beliau mohon restu & doa dari saya sebagai kekandanya kerana beliau melangsungkan pertunangan dengan pilihan hati di Batang Kali.Alhamdulillah syukur kehadratNya.Cikgu Ahmad a.k.a Sammo Hung ni amat berahsia orangnya..namun Allah telah menyatakan kuasaNya menyatukan dua insan yang bakal diijabkabulkan kelak..Tahniah kepada beliau.Insyaallah doa kami berserta tuan....

Saturday, August 25, 2012

Semoga Cepat Sembuh & Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran

Bismillahirahmanirahim..

Salam Aidilfitri 1433 H kepada semua terutama family Lian Padukan.Saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon tuan-puan mendoakan agar Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur/Selangor,Guru Dr. Din Misai cepat sembuh.Mari kita sama-sama fidyahkan Al-Fatihah kepadanya.Beliau yg sgt rapat dgn saya lebih dipanggil Abg Din baru-baru ini dimasukkan ke wad di SJMC,Subang Jaya bagi prosedur susulan.Terima kasih kepada isterinya,Kak Ida dan puteri & puteranya,Cikgu Wana Srikandi LP & Cikgu Imran Al-Haqeem yang menyalurkan info-info terkini.Semoga Abang Din segera sembuh.

Pada 24hb Ogos pula signal kalendar fb saya berbunyi menunjukkan ada birthday lady yang menyambut ulang tahun kelahirannya.Beliau yang dimaksudkan ialah Cikgu Ain Srikandi LP.Saya mendoakan semoga Cikgu Ain sentiasa dirahmati dan dikurniakan kebahagiaan.

Bagi saudara-saudari yang ingin beraya dirumah saya,pintu rumah sentiasa terbuka buat kalian(tetapi dr jam 10 pagi-6 petang).Sesi malam dr jam 8.30-10.30 malam.Sila mampir mengeratkan silaturahim.Salam Aidilfitri.Mohon Maaf Zahir & Batin

Monday, August 13, 2012

Sambutan Aidilfitri 2012.

Bismillahirahmanirahim...

Salam 7 Ramadhan yang terakhir,semoga kita kekal bertenaga,keredhaan dan kesabaran yang tinggi mengerjakan ibadah puasa.Didalam bulan Ramadhan yg penuh rahmat ini banyak manfaat yang dapat kita pelajari.

Saya ingin mengambil kesempatan ini,mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Mohon maaf zahir & batin kepada semua guru-guru yang mendidik saya didalam seni persilatan amnya dan khususnya kepada guru-guru Lian Padukan,Cikgu Nur Azhar Hj Nawawi (Gelanggang Kapar),Guru Dr. Din Misai,Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur & Selangor(Gelanggang Kelana Jaya/Selayang),Guru Din Gondrong,Pengerusi Lian Padukan Johor(Gelanggang JB) serta guru-guru lain yang turut memberi dorongan dan semangat yang tidak kunjung padam.Tidak dilupakan kepada Mahaguru Lian Padukan,Ayahanda Dr. Hj. Mohamad Hasyim Hj Salleh diatas kepercayaan beliau kepada saya sepanjang saya berkecimpung didalam Lian Padukan.Dengan seikhlasnya saya mohon maaf zahir dan batin sekira ada terkasar bahasa,perbuatan yang melampau batasan susila.

Kepada semua murid-murid,cikgu mohon maaf sekiranya ada yang terlebih atau terkurang semasa latihan dijalankan.Kamu semua anak-anak murid yang baik dan taat.Alhamdulillah teruskan perjuangan kamu mempelajari Lian Padukan.Man Jadda Wa Jadda Insyaallah dengan niat & hati yang ikhlas pasti kamu akan lebih berjaya.

Dijemput bertandang kerumah saya dihari Raya pertama & kedua bagi yang berhari raya di Shah Alam & Kuala Lumpur.