SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Monday, August 13, 2012

Sambutan Aidilfitri 2012.

Bismillahirahmanirahim...

Salam 7 Ramadhan yang terakhir,semoga kita kekal bertenaga,keredhaan dan kesabaran yang tinggi mengerjakan ibadah puasa.Didalam bulan Ramadhan yg penuh rahmat ini banyak manfaat yang dapat kita pelajari.

Saya ingin mengambil kesempatan ini,mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Mohon maaf zahir & batin kepada semua guru-guru yang mendidik saya didalam seni persilatan amnya dan khususnya kepada guru-guru Lian Padukan,Cikgu Nur Azhar Hj Nawawi (Gelanggang Kapar),Guru Dr. Din Misai,Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur & Selangor(Gelanggang Kelana Jaya/Selayang),Guru Din Gondrong,Pengerusi Lian Padukan Johor(Gelanggang JB) serta guru-guru lain yang turut memberi dorongan dan semangat yang tidak kunjung padam.Tidak dilupakan kepada Mahaguru Lian Padukan,Ayahanda Dr. Hj. Mohamad Hasyim Hj Salleh diatas kepercayaan beliau kepada saya sepanjang saya berkecimpung didalam Lian Padukan.Dengan seikhlasnya saya mohon maaf zahir dan batin sekira ada terkasar bahasa,perbuatan yang melampau batasan susila.

Kepada semua murid-murid,cikgu mohon maaf sekiranya ada yang terlebih atau terkurang semasa latihan dijalankan.Kamu semua anak-anak murid yang baik dan taat.Alhamdulillah teruskan perjuangan kamu mempelajari Lian Padukan.Man Jadda Wa Jadda Insyaallah dengan niat & hati yang ikhlas pasti kamu akan lebih berjaya.

Dijemput bertandang kerumah saya dihari Raya pertama & kedua bagi yang berhari raya di Shah Alam & Kuala Lumpur.

No comments: