SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Saturday, July 27, 2013

KEJAYAAN TIDAK ADA JALAN PINTAS

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t,

Didalam zaman yang serba moden dan penuh pancaroba banyak golongan manusia yang ingin memperolehi kejayaan dalam masa yang singkat.Dalam perspekstif Lian Padukan ia sangat-sangat dititikberatkan.Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam erti kata mudah tiada kejayaan melalui pintu belakang.

Kejayaan melalui pintu belakang hanya bersifat sementara dan  bakal melahirkan ahli dan mungkin juga jurulatih yang tidak berkeupayaan serta tidak berkualiti tidak setara nilai dan kualiti permainan Lian Padukan itu sendiri.Ia juga boleh melahirkan generasi ahli yang biadap serta tidak mengenal adab serta susila perguruan.

Para pelatih baru Lian Padukan tidak harus hanya menumpukan kepada pelajaran silabus semata-mata.Mereka harus melihat sesi pembelajaran dari perspektif yang lebih luas.Adab berguru,adab sesama ahli pelatih samada senior mahupun junior.Tutur kata yang berhemah.Berapa ramai yang sedar keberkatan dan keberkesanan 'Lian Emas Sepuluh"? Berapa ramai yang mengejar kasih sayang guru tanpa melukakan sahabat-sahabat lain? berapa ramai yang benar-benar faham konsep pandai dan redha dalam sesi latihan? Berapa ramai yang mendekati senior-senior menghulurkan silaturahim dengan hati yang ikhlas demi sebuah rantaian pertalian hubungan? Apakah zaman berubah maka sikap biadap manusia turut terserlah? 

Dalam pada itu tanggungjawab sebagai murid kepada guru harus sentiasa dijaga dan dipelihara.Kebajikannya harus diperhati sentiasa walau ia berkemampuan dalam segi materialnya namun dari sudut adab dan susila seorang murid harus sentiasa berbakti membalas budi dan ilmu yang dicurahkan malah masa yang dikongsikan dengan anak-anak murid.Bayaran yuran usahlah ditunggu ditanya.Malah keperluan-keperluan lain turut diambil kira.


Monday, July 8, 2013

FIDYAHKAN AL-FATIHAH KEPADA GURU-GURU KITA

Assalamualaikum w.b.t,

Bismillahirahmanirahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Pengasihani)

Syukur kepada Allah SWT kita diberikan ruang dan masa olehNya untuk terus menikmati limpah kurniaNya sehari-hari..Alhamdulillahirabbilalamin.Kasihkan dan ikhlaslah kita terhadap guru-guru kita yang pernah dan sedang mendidik kita.

Saya ingin memohon maaf serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru saya didalam konteks perguruan Lian Padukan,saya ingin sentiasa mohon maaf kepada semua yang terbabit malah masih aktif mendidik saya iaitu YM Cikgu Nur Azhar Hj Nawawi,YM Dr. Shahruddin Ahmad,Ayahanda YDP Dr. Hj Muhammad Hasyim Salleh.Tidak dilupakan semua senior2 kekanda yang banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan mereka sejak saya berkecimpung didalam Lian Padukan.

Saya menyeru kepada semua,hormatilah,kasihilah dan ikhlaskanlah hubungan kita dengan guru-guru kita Insha Allah ganjaranNya akan dinikmati manisnya.Al-Fatihah doaku fidyahkan kepada semua.Semoga mereka kekal mendapat rahmat dan kebahagiaan dariNya..Amin