Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t,
Didalam zaman yang serba moden dan penuh pancaroba banyak golongan manusia yang ingin memperolehi kejayaan dalam masa yang singkat.Dalam perspekstif Lian Padukan ia sangat-sangat dititikberatkan.Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam erti kata mudah tiada kejayaan melalui pintu belakang.
Kejayaan melalui pintu belakang hanya bersifat sementara dan bakal melahirkan ahli dan mungkin juga jurulatih yang tidak berkeupayaan serta tidak berkualiti tidak setara nilai dan kualiti permainan Lian Padukan itu sendiri.Ia juga boleh melahirkan generasi ahli yang biadap serta tidak mengenal adab serta susila perguruan.
Para pelatih baru Lian Padukan tidak harus hanya menumpukan kepada pelajaran silabus semata-mata.Mereka harus melihat sesi pembelajaran dari perspektif yang lebih luas.Adab berguru,adab sesama ahli pelatih samada senior mahupun junior.Tutur kata yang berhemah.Berapa ramai yang sedar keberkatan dan keberkesanan 'Lian Emas Sepuluh"? Berapa ramai yang mengejar kasih sayang guru tanpa melukakan sahabat-sahabat lain? berapa ramai yang benar-benar faham konsep pandai dan redha dalam sesi latihan? Berapa ramai yang mendekati senior-senior menghulurkan silaturahim dengan hati yang ikhlas demi sebuah rantaian pertalian hubungan? Apakah zaman berubah maka sikap biadap manusia turut terserlah?
Dalam pada itu tanggungjawab sebagai murid kepada guru harus sentiasa dijaga dan dipelihara.Kebajikannya harus diperhati sentiasa walau ia berkemampuan dalam segi materialnya namun dari sudut adab dan susila seorang murid harus sentiasa berbakti membalas budi dan ilmu yang dicurahkan malah masa yang dikongsikan dengan anak-anak murid.Bayaran yuran usahlah ditunggu ditanya.Malah keperluan-keperluan lain turut diambil kira.
No comments:
Post a Comment