SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Saturday, January 19, 2019

MENERIMA KUNJUNGAN ADINDA2 DAN LATIHAN MINGGUAN

Assalamualaikum w.b.t

Pada latihan 18hb Januari 2019 gelanggang Laksamana menerima kunjungan ukhwah drp adinda kandung (Zeto Darith Sauffi waris Pukulan Pati Serendeng & pengamal Lian Padukan Laksamana) dan adinda seperjuangan (bertemu semula selepas 18 tahun terpisah iaitu Sdra Asy'ari Sutan Ibrahim yg juga waris Buah Pukul Mersing dr sanad Pak Ngah Bentan).

Mereka berdua telah meluangkan masa berkongsi ilmu & pengalaman dlm berguru,mengamalkan ilmu Buah Pukul dijalanan dari zaman remaja sehingga ke alam karier masing-masing.

Mereka berdua mohon diri tepat jam 12 tghmalam utk pandu pulang ke Johor Bahru.Terima kasih diatas perkongsian ilmu dan pengalaman.

Latihan dilanjutkan bagi setiap tahap pelatih baru ,tahap satu sehingga tahap empat dengan melakukan latihan dril rutin,lian sehingga aplikasi setiap tahap disertakan latihan nafas yg betul.

Berikut adalah gambar gambar kenangan sepanjang latihan gelanggang.












Thursday, January 17, 2019

VIDEO ISTIMEWA DARI GURU SAYA

Assalamualaikum w.b.t,

Beliaulah guru yg pertama mengajar & mendidik saya dalam Lian Padukan lebih sedekad yg lalu.Masih teringiang -ngiang beliau melancarkan serangan jurus empat ketika itu yg mengakibatkan saya merafak emas sepuloh kepada beliau tanda berguru.


Kini beliau menjadi guru rujukan setiap anak anak Lian Padukan Malaysia.Semoga Allah SWT sentiasa merahmati serta mengurniakan hasanah dunia dan akhirat kepada beliau sekeluarga.Terima kasih guruku Cikgu Hj Nur Azhar Hj Nawawi
(Gelanggang Kapar)




BBQ SANTAI ANAK2 LIAN PADUKAN GELANGGANG LAKSAMANA

Assalamualaikum w.b.t,

Pada Ahad lepas anak2 gelanggang Laksamana menganjurkan BBQ Santai bagi mengeratkan ukhwah sesama mereka.

Insha Allah akan diadakan aktiviti luar seterusnya utk kalendar gelanggang Laksamana.




Wednesday, January 2, 2019

LATIHAN MULA 2019

Assalamualaikum w.b.t,

Latihan mula 2019 telah diadakan pada malam 31 Disember 2018 yg lepas bagi cukupkan syarat pembukaan 2019.

Kelas dihadiri oleh Sdra Din Impiana & Sdra Fazren bagi fasa ke2 latihan Lian Peringkat Dua (Lian 5 hingga 8 serta aplikasi) .Diperingkat ini pelatih mengambil semangat yg pernah ditunjukkan oleh Allahyarham Grandmaster Abd Razak Syariff (Razak Yahudi).Tahap Rebut & Reju.