SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Friday, September 19, 2014

MAJLIS LANGIR SENJATA 2013

Bismillahirahmanirahim

Dalam setiap perguruan ada adat-adat yang dipelihara bagi tidak hilang ditelan zaman.Umpamanya didalam Lian Padukan Malaysia sudah menjadi acara tahunan kami menganjurkan Majlis Langir Senjata.Ianya adalah majlis istiadat membersihkan semua senjata-senjata tradisional yang dimiliki samada oleh Mahaguru Utama,Ayahanda Dr. Haji Mohamad Hasyim sendiri atau ahli-ahli pesilat Lian Padukan.Antara koleksi yang akan dicuci dan dipulihara ialah Keris,Pedang Adat,Kerambit,Tombak,Beliung Adat dan lain-lain senjata.

Majlis sering kali bermula dengan ahli-ahli Lian Padukan dari segenap negeri berkumpul pada petang Jumaat di Rumah Adat Johor Jaya.Dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah diselangi oleh majlis bacaan Yassin dan Tahlil buat guru-guru Buah Pukul samada yang telah meninggal dunia mahupu yang masih hidup.Setelah selesai para hadirin dijamukan dengan juadah yang disediakan.Lazimnya ia berkonsepkan 'pot-luck' dan buffet secara santai bagi memberi ruang para hadirin bersembang-sembang merapatkan silaturahim antara mereka..pastinya banyak cerita yang disembangkan..

Seterusnya selesai jamuan majlis berlangir dimulakan..setiap senjata dipersembahkan diatur secara terbuka..bagi bilah-bilah yang tidak mempunyai hulu dan sarungnya ketika inilah ia di mandikan bersama.


















PERTEMUAN LAGENDA BUAH PUKUL- TOK RAJA ALI RAJA SALLEH AL HAJ

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

Saya telah dipelawa oleh Mahaguru Utama Lian Padukan Malaysia,Ayahanda Dr. Haji Muhammad Hasyim untuk menemani menziarahi salah seorang guru beliau di Semerah,Batu Pahat.Guru yang saya maksudkan ialah Tok Raja Ali Bin Raja Salleh Al-Haj,pewaris Gayang Lima. 9hb September 2014 merupakan hari yang penuh bersejarah kepada saya.

Dari Johor Bahru saya dan Ayahanda Dr.Haji Hasyim telah ke Setia Alam untuk mengambil Tokmak long yang mempunyai pertalian rapat dengan Tok Raja Ali Al Haj.Semasa dalam perjalanan ke Batu Pahat banyak topik perbualan berkisar ahli keluarga rapat.Dalam senyap saya terkejut betapa rapatnya Ayahanda Dr.Haji Hasyim dengan keluarga rapat Tok Raja Ali Al-Haj.Sejurus tiba di rumah beliau sudahpun menunggu kehadiran kami di anjung rumah.Beliau terus meluru keluar dan setelah menjawab salam Ayahanda mereka berpelukan melepaskan rindu bak anak beranak.Tok Raja Ali Al Haj dan isteri Tok Mak Suminah menjemput kami masuk.Sementara Tok Mak dan Tok Maklong masuk menyiapkan hidangan makan tengahari(walaupun dah jam 3.40 ptg),kami berborak2 diluar. Ayahanda telah memperkenalkan saya dengan Tok Raja Ali.Sesungguhnya saya masih dalam keadaan terkesima.Apa tak nya..menjejakkan kaki ke rumah salah seorang lagenda Buah Pukul Mersing (Gayang Lima) yang masih hidup.Beliau mengajak saya duduk disebelahnya..hebat..memang hebat aura yang terpancar.Kali pertama dan terakhir saya bertemu dengan beliau ialah pada tahun 2009 ketika beliau dijemput sebagai tetamu majlis khatam istiadat Lian Padukan di Johor Jaya,Johor Bahru.Ketika itu saya sempat bergambar dengan beliau.Kali ini secara 'in-person' saya berbual-bual dengan beliau.

Dalam 15 minit kami berborak Tok Mak Suminah memanggil kami semua untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.Antara hidangan yang dijamu ialah lauk pauk kegemaran Ayahanda Dr Haji Hasyim iaitu Ikan Asam Pedas,Ayam Goreng kunyit dan Sayur Kobes Goreng.Macamana saya tahu kegemaran Ayahanda? Tok Mak Suminah sendiri yang cakap lauk-pauk itu khas menyambut kehadiran anak angkatnya yang sudah hampir 2 tahun tidak bertemu.Rindu dia pada Ayahanda sekeluarga.

Sementara Ayahanda menunaikan solat,saya dan Tok Raja Ali berborak-borak diluar.Tok Raja menanyakan beberapa perkara mengenai diri saya seperti asal keturunan,bermastautin dimana,tempoh berguru dengan Ayahanda Dr Haji dan lain-lain..beliau turut mengimbas kembali nostalgia pernah tinggal di Shah Alam selama 14 hari dan terpaksa ditukarkan ke Segamat oleh pegawai atasan kerana terlibat dalam insiden pergaduhan..hehehe.."dah dia yang cabar dan minta,Tok bagilah..." begitulah kata-katanya.Tok Raja juga telah sudi berkongsi beberapa ilmu dan petua Buah Pukul dan yang paling istimewa ialah Lian Hantuk Kepala.Beliau telah menghantukkan kepalanya ke dinding dan grill rumahnya gara-gara ingin menunjukkan hasil amalan ilmu yang dikongsikan.Beliau juga bermurah hati mengongsikan serta mengijazahkan Lian 1 dan Lian 2 serta petua bertempur/berdiri dengan musuh kepada saya (dah tentu nak ilmu kena sparing).Siap sparring hantuk kepala lagi 3 round.hehehehe..Syukur Alhamdulillah bertuah sungguh rasa diri ini..Beliau gedung ilmu tanpa membuka kitab beliau lancar mengungkapkan bacaan2 Surah Yassin,beberapa jenis selawat yang menjadi amalan dan mantera kehidupan beliau.. Terima kasih Tok Raja Ali Al Haj...


Sesungguhnya tiada perkataan yang boleh diucapkan selain terima kasih tidak terhingga kepada Ayahanda Mahaguru Utama,Ayahanda Dr. Haji Hasyim kerana sudi membawa saya mendapatkan restu dari lagenda Buah Pukul iaitu bapa angkatnya Tok Raja Ali Raja Salleh Al-Haj untuk meneruskan tugasan rasmi saya selaku Setiausaha Agong Lian Padukan Malaysia dan sesungguhnya sesiapa yang kenal mereka berdua pasti bersetuju mengatakan bahawa hubungan kedua-dua guru besar buah pukul ini sememangnya erat umpama bapa dan anak malah lebih erat .. Kedua-dua saling mempunyai pertalian persaudaraan.Tok Raja Ali Al Haj sentiasa teringatkan kepada sahabat2 perjuangannya seperti Allahyarham Pak Mat Kedidi,Allahyarham Pak Andak Wahab malah turut menyebutkan Allahyarham Pak Atan Air Batu Kluang mempunyai jasa besar kepada beliau kerana Pak Atan adalah guru Buah Pukulnya..-Al- Fatihah kepada semua guru-guru yang telah kembali ke Rahmatullah..

Banyak lagi yang ingin ku coretkan disini..Insha Allah akan ku kemaskini coretan pertemuan dengan beliau..Sama2 kita saksikan beberapa gambar yang ingin ku kongsikan buat tatapan peminat pembaca.