SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Tuesday, December 28, 2010

Cadangan Tahlil Pada 5 Januari 2011

Bismillahirahmanirahim..

Pada 5hb Januari 2011 adalah Hari Jubli Emas Lian Buah Pukul yang 114 Tahun.Marilah kita sama-sama bersatu kearah penyatuan.Jika Buah Pukul,Sunting & Sendeng boleh bersatu membentuk permainan Lian Buah Pukul saya tidak nampak kenapa para pengamal disiplin ini tidak boleh duduk semeja dan akrab kembali.Setiap perguruan yang terbabit berkongsi moyang pengasas iaitu Y.M Syed Abdul Rahman AL Yunani,Dato Awang Ali a.k.a Awang Daik & Pak Long Mohamad Yassin a.k.a Long Mamat.Jadi semua pengamal adalah bersaudara.

Sementara itu pada hari tersebut dicadangkan jua Majlis Tahlil oleh setiap perguruan Buah Pukul bagi arwah guru-guru buah pukul yang telah meninggal dunia disamping turut mendoakan guru-guru yang masih menabur bakti dan ilmu.Semoga roh mereka ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Insyallah.Berikut nama-nama guru buah pukul (mengikut nukil) :-

1. Saidina Semaon

2. Tok Bertuah Kemiyan

3. Dato' Abu Hassan Dato' Patinggi

4. Raja Haji Raja Tahlil

5. Syed Abdullah Alsagof Yunan

6. Haji Abdullah

7. Awang Bin Ali S.M.J

8. Paklong Mohamad Yasin

9. Pak Teh Mohamad Yasin Kubong

10. Abdul Rahman Bin Chik (Chu Aman)

11. Mohamad Bin Chik ( Pak Mat Kedidi)

12. Haji Hasyim Bin Haji Salleh

Sunday, December 26, 2010

Cadangan Sambutan Hari Buah Pukul Kebangsaan 2011

Saya ingin mencadangkan bahawa agar diadakan satu hari khas menyambut hari ulang tahun Permainan Lian Buah Pukul yang diperkenalkan di Tanah Melayu.Tarikh yang tepat bila kedatangan Syeikh Abdul Rahman ke sini sukar ditetapkan kerana terdapat banyak versi dari pelbagai sekolah(aliran) buah pukul.

Maka bertitik tolak dengan itu saya ingin mencadangkan Sambutan Hari Lian Buah Pukul diadakan pada setiap 5hb Januari setiap tahun.Tarikh ini diambil atau dicadangkan kerana pada tarikh inilah Nukil Buah Pukul diserahkan kepada Dato' Awang Ali a.k.a Awang Daik Al-Hakim iaitu pada 5hb Januari 1897.Jika ingin membuat sambutan secara tahun...ini bermakna untuk 5hb Januari 2011 merupakan "Sambutan Jubli Emas Ke-114 Tahun" permainan Buah Pukul wujud di Tanah Melayu.Sambutan ini saya kira penting disamping mengenang jasa guru-guru buah pukul yang telah meninggal dunia atau yang masih hidup,kita dapat mengeratkan silaturahim & ukhwah sesama pengamal Buah Pukul tanpa mengira aliran mana. Tidak kira anda dari perguruan Lian Padukan,Gayang Lima,Gerak Lian,Lian Yunan hatta Buah Pukul Mersing dan lain-lain aliran buah pukul yang tak dapat saya sebutkan sekalipun yang berkongsi moyang pengasas dan pengembang akan duduk semeja beramah mesra,bertukar-tukar pendapat,idea dan interaksi akrab akan terjalin sesama ahli dan pengamal.

Diharap cadangan ini mendapat sokongan para pembaca yang juga pengamal Permainan Aliran Buah Pukul.Komen dan maklumbalas membina daripada saudara-saudari amat dialu-alukan.Sukacita dimaklumkan sekiranya mendapat Green Light saudara-saudari serta restu Ayahanda Guru Utama Tuan Haji Hasyim.Satu pertemuan pertama akan diadakan bagi membentuk Jawatankuasa Penaja bagi menguruskan sambutan ini.Diharap cadangan ini dilihat dari perspektif positif dan ikhlas agar tidak timbul sebarang fitnah dikemudian hari.

Akhir kata "BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH" mari kita memulakan fasa baru dalam dunia sekolah Buah Pukul kearah penyatuan & perpaduan.Rugi sekiranya kita saling bercakaran dan tidak membawa sebarang kemajuan dalam perkembangan ilmu dan perguruan.

Senjata Yang Tidak Dipersoal




Bismillahirahmanirahim...

Agak lama saya tidak 'blogging'.Ada kalangan rakan-rakan bertanya.Rupa-rupanya ada juga peminat blog yang tidak seberapa ni.Terima kasih kepada anda.Kali ini saya mendapat inspirasi ketika berbelanja barangan sekolah untuk adinda bongsu di sebuah pasaraya besar di Shah Alam.Dalam isteri melayan adinda,saya mengambil peluang merayap..tatkala saya berpusing tanpa arah tujuan saya memasuki ruang alatan pertanian.Lama saya disitu..pelbagai reka bentuk itulah yang menarik perhatian saya.

Satu persatu alatan dibelek.'Stainless Steel Fork'..'Mini Shavel'..'Gardening Shovel'..'Baba Caltivator'..'2 way Hose & Rake'..'Steel Weeder'..ini antara alatan yang saya belek..saya hayati satu persatu..terdetik dihati " Wah,lepas dah tak perlu bawak parang..katana kecil dan sebagainya seperti yang diamalkan oleh orang lain.Bawa alatan seperti ini juga ok.Boleh diandalkan..dual purpose." lepas ni dah tidak perlu terlampau risau memandu kereta dengan adanya alatan seperti ini sebagai persediaan kecemasan.Lagi pula sekiranya ditahan mungkin boleh digunakan alasan baru pulang dari melawat kebun.

Dahulu semasa sekolah saya pernah terbaca artikel,alatan seumpama ini digunakan secara meluas oleh para petani disebuah kepulauan Jepun sebagai senjata melawan kekejaman Daimyo.Maka turut dikatakan lahirlah senjata seperti tekpi @ sai hasil dari evolusi aplikasi oleh petani-petani tersebut.Apa yang penting kena tahu menggunakannya apabila diperlukan.Pernah rakan saya menemplak salah seorang rakannya yang menghina senibeladiri melayu dengan mengatakan lebih baik menggunakan senjatapi dizaman moden ini.Kata rakan saya kalau ada senjatapi sekalipun jika tidak tau menggunakannya pasti senjata makan tuan.Dalam hal ini cara menggunakannya penting..teknik dan taktik perlu dipelajari agar 'Tahu Pakai'.

Didalam konteks Lian Padukan sedar atau tidak semua pelatih diajar cara atau teknik melancarkan serangan,lapis melapis serta penyudah yang bleh diaplikasikan menggunakan senjata tradisional,moden serta apa jua yang boleh dijadikan senjata selain kebergantungan kita kepada Senjata Lapan.Dari sinilah pelatih harus menghayati serta menghargai setiap teknik dan taktik yang diperturunkan semasa latihan di gelanggang masing-masing.Setiap penyampaian ada tersirat setiap rahsia serta cerita.Maka pelajarilah sedalam-dalamnya..Insyallah beroleh apa yang dicita.

Friday, November 26, 2010

Happy Birthday Cikgu Boy Semabok,Melaka!

Bismillahirahmanirahim..

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan & mendoakan selamat ulang tahun kelahiran,dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki selamanya,Insyallah! Amiiinnn..

Saturday, November 20, 2010

Silakan Menyunting Bunga Di Taman...

Bismillahirahmanirahim..

Cakap & Nista saling bertukar..fitnah & dusta menjadi makanan..tamak haloba sentiasa beraja dimata bersultan dihati..Entahlah..apa perkataan lagi yang boleh dilabelkan kepada mereka..tak sudah2..tempohari biadap & kurang ajar..yelah terlupa pula gurunya bak ketam mengajar anak berjalan lurus..patutlah senget jek hingga terbawa-bawa menjadi pembawakan diri.Lebih gemar makan daging saudara sendiri dari makan benda yang halal.Fakta sudah tidak laku malah fitnah laris dijaja.Nauzubillah..

Tapi inilah hakikatnya yang ingin di "highlight".Sedar akan hakikat ilmunya hanya sesiku tapi rasa diri ilmu sudah sehasta..itulah sebabnya habis dipalungkan kentong menjaja fitnah kononnya menyatakan kebenaran yang haq dan menidakkan yang batil.Kononnya tidak suka berkongsi kasih..Chit..Poorah!! (bak kata Rajnikandh). Kononnya hanya mereka saja berhak mewarisi ilmu ini..orang lain tidak berhak..Chit..Poorah!! ( kata Rajnikandh lagi)..Kononnya...banyak kononnya dari realiti..ermm...fikirkanlah wahai orang-orang yang mempunyai akal.Dalam proses berguru,tuisyen,latihan atau apa jua bagi mendalami sesuatu ilmu tidak semestinya seseorang harus menghadiri sesuatu kelas.Dizaman sekarang lagilah..siap ada Open University (Universiti Terbuka)..online jek dapat ilmu..pastu gi menghalus dengan lecturer atau tutor..Tak perlu pun kena jadi macam full timer student..jumpa lecturer adakah masih sama macam dalam kelas?? dah tentu tak sama..ia lebih kepada perbincangan,diskusi secara intelek atau dalam bahasa arabnye..muzakarah..jadi adakah cara ini ditolak sebagai cara mendapatkan ilmu?? kalu jawapannya tidak saya rasa lebih baik yang melontarkan kata-kata start muqadam smula atau senang cerita masuk smart reader kid..cepat skit pandainya..

Dalam para jemaah kita sibuk melontar jamrah di Tanah Suci Mekah,Ada pula disini melontarkan sindiran.Huhuhu..macam-macam ada diorang ni,yek?! Ada pulak jadi lighter ( batu api hanya digunakan oleh zaman kuno)..ajak ramai-ramai nak petik bunga di sebuah taman.Pelik?! Kenapa nak ajak ramai-ramai? Tapi Alhamdulillah itulah Allah nak tunjuk siapa mereka sebenarnya.Apa yang pasti pemilik taman amat mengalu-alukan kedatangan rombongan yang ingin menyunting bunga ditaman..Malah kedatangan rombongan mereka juga akan disambut semeriah-meriahnya.Maklumlah tetamu..tetamu mesti dirai..sebaiknya dengan paluan kompang...Kalau rasa kos tak cukup petik sahaja bunga di laman Lembah Wilayah Tengah..Pemiliknya sama juga.Rasanya lebih manis begitu agar tidak membazir kos.Sebelum nak tempah pakaian lebih baik diukur pada badan takut kelak merana badan pakaian sendat diketawakan orang..Jadi Silalah Menyunting Bunga dan Memetik Buah dilaman kami..Kedatangan anda amat dialukan.

Monday, November 15, 2010

Sarang Tebuan Jangan Dijolok !

Bismillahirahmanirahim..

Rentetan dr artikel sebelumnya saya ingin sarankan kpd yang berkenaan usahlah hendak mencuba berlagak jadi samseng bila diaju soalan.

Jika nak emosi sekalipun tak usahlah umpama marahkan nyamuk kelambu dibakar kelak 1 rumah hangus oleh ulah tangan & perbuatan sendiri. Semuanya akibat berburuk sangka. Kalaulah dah rasa apa yang dipunyai sudah cukup bagus pun tak usahlah melukakan hati orang lain.Tapi jangan sangka air yang tenang tiada buaya berhabitat disitu.. Jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga..

Jika ingin melihat kestabilan didalam pergerakan aktiviti harap sarang tebuan jangan dijolok...

Saturday, November 13, 2010

Pelik !! Masih Ada Ketam Mengajar Anak Berjalan Lurus





Bismillahirahmanirahim..

Adat kehidupan bila terasa diri sesat dalam mencari sesuatu atau jalan keluar pasti bertanya kepada mereka yang difikirkan arif..Namun berbeza pengalaman hamba Allah ni..Sudahlah yang memberi maklumat telah salah memberi info tiada sebarang permohonan maaf dimajukan kepada yang bertanya malah diejek dan dimaki pula..Kenapa pula begitu??

Dalam hidup ni kita harus ada sedikit aturan..yang menjaga sedikit tatasusila diri dari bersikap biadap dan dilabel "Kurang Ajar".Apabila ia tetap berlaku mulalah masyarakat sekeliling beranggapan :-

a) Anak Siapakah yang biadap ini?
b) Adakah tidak diasuh oleh ayah bonda yang menjawab pertanyaan dengan tutur bahasa yang sopan & susila?
c) Adakah tidak diasuh oleh ayah bonda yang menjawab pertanyaan dengan penuh hemah tanpa melukakan orang lain?
d) Adakah ini mencermin ayah bondanya?

Jika Ayah Bonda masih gagal..pastinya guru disekolah atau dimana sahaja dia belajar untuk hidup mengajarnya.Namun masih timbul persoalan :-

a) Anak murid siapakah ini?
b) Apakah Gurunya mengasuh dia menjadi biadap & Kurang Ajar?
c) Apakah akibat dah terlalu pandai atau perasan pandai hingga mengugut mereka yang masih hijau?
d) Atau memang gurunya mengajar anak murid agar begitu?
e) Atau sememangnya gurunya itu sendiri kurang diajar?

Fikir-fikirkanlah....

Nota :

Maka ingatlah..apa jua yang kita buat dimuka bumi ni pasti akan mengambarkan didikan samada Ibu Bapa atau Guru.Kita adalah cermin kepada apa yang mereka didik & asuh.

Tuesday, November 9, 2010

Pasca Majlis Ujian Peringkat Kebangsaan

Bismillahirahmanirahim..

Syukur kehadrat Allah s.w.t diatas limpah kurniaNya dapat kita menganjurkan Majlis Ujian Kenaikan Tahap Peringkat Kebangsaan 2010.Banyak yang boleh diceritakan sepanjang majlis berjalan.

Kepada semua saudara saudari yang mengambil bahagian didalam penyediaan & penganjuran secara peribadi saya ingin ucapkan tahniah & syabas.Banyak pengalaman& ilmu yang amat bermakna yang kita dapat sebelum,semasa & selepas majlis berlangsung.

Kepada semua yang mengambil bahagian didalam ujian saya juga ingin ucapkan tahniah diatas kejayaan anda setelah berhempas pulas berlatih.Jangan kita selepas grading menyepikan diri dari latihan gelanggang.Banyak pergerakan & latihan perlu diperkemaskan.

Bagi yang dijangka khatam tahun hadapan persiapkan diri anda dari segi persediaan material,fizikal & mental.Bantulah guru-guru gelanggang untuk meningkatkan tahap kefahaman disamping persediaan diri menjadi Cikgu jika diizinkanNya.

Sunday, October 24, 2010

Bahang Ujian Kenaikan Peringkat Kebangsaan

Bismillahirahmanirahim..

Nampaknya bahang ujian kenaikan (grading) amat dirasai oleh setiap gelanggang Lian Padukan seluruh negara.Pihak tuan rumah juga sedang giat bekerja keras memastikan perjalanan keseluruhan program yang bakal berlangsung pada 6hb November 2010 (Sabtu).

Bagi rakan-rakan dari luar Lembah Kelang sila dapatkan informasi terkini dari beberapa blog yang dan website rasmi Program Ujian Kenaikan (Grading) antaranya :-
a) www.liannewskool.blogspot.com
b) www.lianpadukan.com

Wassalam

Monday, October 11, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan

Bismillahirahmanirahim ..

Sempena persiapan Grading Lian Padukan Peringkat Kebangsaan pada 6 November 2010,saya ingin menyenaraikan beberapa tempat makan yang sesuai untuk para peserta lepak-lepak bersama kawan-kawan sejurus tiba di Lembah Kelang.


a) Restoran Makanan Laut Tg Harapan,Port Kelang
b) Berksley Corner,Bukit Raja Kelang
c) Restoran Satay Hut,Tg Karang
d) Nasi Lemak Antarabangsa,Kg Baru
e) Kue Tiaw Kelana Jaya
f) Ayam Kg ala Kelantan di Restoran Hassan Velledrom Cheras,USJ Taipan & Shah Alam
g) Makanan Ala Kelantan di MZ (berhadapan Hotel KL International Kg.Baru)
h) Pusat Makanan Percuma Seksyen 16 Shah Alam
i) Kedai Kopi Shah Alam

Ini antara senarai yang dapat saya sebut tapi jika nak tahu lebih dapatkanlah khidmat saudara angkat (dalam Lian Padukan KL/Selangor) untuk ronda2 cari makan di sekitar Lembah Kelang.

Wednesday, October 6, 2010

Sudahkah Bersedia Menghadapi Ujian Kenaikan?

Bismillahirahmanirahim..

Baru-baru ini Cikgu gelanggang Kapar & Shah Alam, Cikgu Azhar menghantar sistem pesanan ringkas kepada saya memaklumkan bahawa tarikh grading akan diadakan pada 6hb November 2010 ( Sabtu).Tempat bakal berlangsung dikhabarkan di Dewan Residensi HELP Universiti,Pusat Bandar Damansara (gambar sila rujuk liannewskool.blogspot.com)

Sudahkah anda bersedia & melakukan persediaan untuk menghadapi ujian kenaikan? Saya menyeru kepada rakan-rakan agar kerap melakukan latihan tubi bagi memantapkan teknik serta permainan agar semasa ujian dijalankan anda kurang gugup dan panik.Disamping itu inilah masanya untuk kita diuji setelah sekian lama berlatih bagi mengukur sejauhmana pencapaian diri yang telah dicapai.Rapat-rapatkanlah diri anda dengan cikgu-cikgu khatam bagi membetulkan pergerakan & aplikasi senjata lapan & lian.

Kita ada lebih kurang 30 hari lagi bagi menghadapi ujian.Maka sediakan payung sebelum hujan agar bila hujan tidak basah kuyup hanya kena tempat2nya.ingatan untuk saya sendiri & rakan-rakan "Jangan suka terkinja-kinja,Apa lagi Dijual Dijaja,Jangan Dikeji Jangan Dipuja,Kurangkan Cakap Lebihkan Kerja"...Insyallah kita berjaya.Biarlah ikhlas nanti hati puas..Tingkatkan latihan persediaan agar permainan Cepat,Tangkas,Bisa & Sasa.

Tuesday, September 28, 2010

LATIHAN : GELANGGANG SHAH ALAM

Bismillahirahmanirahim..

Dengan izin & restu Guru Utama Lian Padukan Malaysia,Ayahanda Haji Hasyim.Dengan doa, restu dan kepercayaan kedua-dua guru Lian Padukan saya iaitu Cikgu Azhar (Gelanggang Kapar) & Cikgu Din Misai ( Pengerusi Lian Padukan KL/Selangor) serta sokongan & restu Setiausaha LP Malaysia Cikgu Sham disamping sahabat-sahabat senior yang lain yang juga Cikgu-cikgu Khatam latihan di Shah Alam akan bermula hari Rabu ini (29/9/2010).Latihan akan diadakan bermula jam 9 malam - 11.30 malam.

Diharap pelatih-pelatih dapat menyediakan pakaian silat berwarna hitam.serta membawa salinan K/P @ passport serta gambar bagi urusan pendaftaran keahlian dan bayaran RM 70.Bagi pelatih yang tidak mempunyai pakaian silat anda boleh membuat tempahan dengan bayaran sebanyak RM 75 sepasang.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Lian Padukan bertambah maju jaya.

"PADA ALLAH DISERAHKAN UNTUK KESELAMATAN ANDA"

LIPUTAN OKTOBER MAJALAH SB : SRIKANDI LIAN PADUKAN







Bismillahirahmanirahim.

Salam Tahniah kepad Cikgu Ayeen diatas penerbitan artikel mengenai pembabitannya didalam Lian Padukan didalam majalah Senibeladiri edisi Oktober 2010.1 lagi manuskrip sejarah tercatat.Dokumen yang penting patut dipelihara agar dapat dijadikan rujukan generasi akan datang.Tahniah juga kepada Cikgu Nasrul a.k.a Cikgu Ha Lurus diatas penerbitan artikel Cikgu Ayeen didalam blognya..

Nantikanlah pula artikel tentang Cikgu Syazwana Din Misai yang juga Srikandi Lian Padukan.Semoga kita dapat terus mempromosikan serta terus merekrut lebih ramai golongan wanita untuk mempelajari Lian Padukan.

Saturday, September 25, 2010

PANTUN YDP AYAHANDA HAJ HASYIM

Bismillahirahmanirahim...

Pantun :

1. TEKPI BUKAN SEBARANG TEKPI
TEKPI LP TEMBAGA KEBANYAKANNYA
BERANI BUKAN SEBARANG BERANI
KECUALI KENA DENGAN CARANYA

2. LEBAH BUKAN SEBARANG LEBAH
LEBAH SABAH BANYAK KHASIATNYA
SEMBAH BUKAN SEBARANG SEMBAH
SEMBAH BAIAH DENGAN TAATNYA

3. DURIAN BUKAN SEBARANG DURIAN
DURIAN SELATAN ENAK RASANYA
LIAN BUKAN SEBARANG LIAN
LIAN PADUKAN BANYAK RAHSIANYA

4. LEPAT DIALAS SI DAUN PALAS
BUAT JAMUAN DIPAGI RAYA
APA YANG DIBUAT MESTILAH IKHLAS
BARULAH HARI MENJADI CERIA.

Wednesday, September 22, 2010

PENGUMUMAN : Pembukaan Gelanggang Lian Padukan di Shah Alam

Bismillahirahmanirahim..

Dengan izin YDP Lian Padukan Malaysia,Ayahanda Haji Hasyim..dengan restu dan doa Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur & Selangor,Cikgu Shahruddin a.k.a Cikgu Din Misai,dengan sokongan & restu Setiausaha Lian Padukan Malaysia,Cikgu Sham Giant serta Guru Gelanggang saya di Kapar,Cikgu Nur Azhar Hj. Nawawi satu lagi gelanggang latihan akan dibuka di rumah saya di Seksyen 12 Shah Alam.

Asalnya ia hanya tertutup kepada kalangan adinda dan para pekerja(merupakan krew keselamatan) yang meminati seni Buah Pukul tapi kini keahliannya ada dari kalangan rakan-rakan pekerja saya.Dengan pembukaan secara sah ini mereka semua akan didaftarkan secara sah dibawah nama Lian Padukan Malaysia.

Gelanggang ini dibawah seliaan saya yang merupakan cabang tanggungjawab Gelanggang Kapar (Cikgu Azhar) serta diawasi & dipantau oleh Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur & Selangor (Cikgu Din Misai). Hari serta masa latihan yang dicadangkan ialah setiap Rabu bermula jam 9 malam - 11.30 malam.

Alamat : No 5, Jalan Panglima 12/2
Off Jalan Laksamana,
Seksyen 12,
40000 Shah Alam,
Selangor


Dengan kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan pucuk pimpinan Lian Padukan Malaysia kepada saya dengan keizinan dan restu membuka cawangan baru gelanggang latihan Lian Padukan.

" PADA ALLAH DISERAHKAN UNTUK KESELAMATAN ANDA"

Tuesday, September 14, 2010

Penggunaan Bahasa Dalam Buah Pukul

Bismillahirahmanirahim..

Salam Aidilfitri kepada semua bloggers dan pembaca..semalam salah seorang dari guru peribadi saya semasa remaja datang bertandang berhari raya..suasana hiba dan meriah sekali kerana sudah hampir 8 tahun tidak bertemu...banyak cerita yang dikongsikan..sedih gembira..suka duka,bercampur baur..begitulah asam garam kehidupan.

Tatkala melihat album2 Lian Padukan koleksi peribadi beliau memberi restu.."tuntutlah apa yang baik untuk pakaian dirimu,nak! "begitulah katanya.Ingatkan dapatlah buah tangan untuk diguna tapi ditinggalkan beberapa pesanan yang saya kira amat berguna dalam melayari kehidupan..antara perkataan penggunaan bahasa yang sering digunakan oleh otai-otai buah pukul :-

1. Anda Gopoh/Gelojoh Anda Roboh..
2. Kuat simpulan kerana ikatan, kuat pendekar kerana kepintarannya
3. Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak
4. Biar pahit di dalam gelanggang tetapi manis di luar gelanggang

Lihatlah bukan setakat pandai akal dalam buah pukul malah bijak meluah kata-kata sesuai perbuatan.Begitu tinggi nilai bahasa Melayu..

Tuesday, September 7, 2010

BUAH DURIAN BUAH TIMUN IBARAT ISI DENGAN KUKU

Bismillahirahmanirahim...

Ini adalah artikel akhir sebelum kita semua berehat sempena menyambut Aildilfitri yang bakal tiba 2 3 hari lagi.Katanya artikel tempohari telah membuat ramai umpama makan cili teras pedasnya..seperti yang saya katakan dalam artikel tersebut saya ikhlas memberi teguran agar hubungan akrab rakyat dan amirul mukminin kembali bertaut..Alhamdulillah respon yang diterima positif walau responder marah..

Yang baca tajuk kali ini pasti tahu dari mana saya dapat pepatah ini..walau jauh beribu batu namun hubungan anak dan ayah tidak pernah luput.Umpama ikatan saudara sedarah sedaging sentiasa bertanya khabar..walaupun diri tahu masih belum layak bicara senada kekanda yang lain namun dihati ikhlas ingin melihat ayahanda tidak bermuram durja..sedih dan pilu tatkala seorang ayah mengadu nasib umpama dirinya sudah tidak diperlukan kehadiran..dia masih seorang manusia.Walau permainannya ganas dan sasa namun faktanya beliau seorang manusia.Manusia yang mempunyai peribadi luhur hanya dihadapan musuh beliau mengganas inikan pula dihadapan ahli keluarga dan anak-anak yang dikasihi dan disayangi.Umpama kami di Lembah Kelang sentiasa dahagakan kasih sayangnya namun kekanda sulung kami tetap setia memberi kasih dan ilmu..maka terubat seketika rindu bermanja dengan si ayah..Kecewanya bukan kepalang yang jauh menyambutnya yang dekat tidak diturutkan.Mungkin salah faham agaknya sehingga beliau terasa..terasa kata-katanya dipersoal..terasa kata-katanya dipermainkan..kehadirannya tidak disambut dengan kasih mesra..begitulah ayah walau terluka menjentik jauh sekali hanya minta anakanda dirantauan mendengar keluh kesahnya..Semua anak-anaknya pun tahu dia umpama durian yang sedap isinya apabila kena gaya & cara menikmatinya..kalau marah pun bicaranya luhur tanpa tempik dan nista...tanpa berlengan kerana sedar "digelek luka..menggelek pun luka" makanya diminta anakandanya diperantauanlah bicara secara maya agar mereka yang terasa sedar dari alpa...

Berkali-kali dinyatakan sementara hayat dikandung badan..ambillah,rapatlah..berkasih mesralah anak-anak dengannya..usah disekat apa yang selayaknya ingin dibuat..diturunkan..dikatakan..walau berulang-ulang perbuatannya..walau berulang-ulang katanya ambillah ia seikhlasnya..turutilah dia sewajarnya..hormatilah dia sewajibnya..dia arif yang mana baik yang mana buruk...dia arif yang mana layak yang mana tidak...dia ikhlas...sama seperti Almarhum guru-gurnya...Ikhlas baru puas...begitulah dirinya...marilah kita kekanda adinda berbai'ah semula cukup dihati kita bersama-sama menggembirakan dirinya..selayaknya hubungan bapa dan anak...hubungan erat selayaknya seorang anak lakukan..bermesra...bermanja (bukan ngada-ngada)..Keikhlasan dan kasih sayang umpama isi dan kuku..tanpa iri hati ada anak yang diberi lebih..ada anak diberi kasih..ada anak dihantar ke asrama..ada anak dijaga dirumah...semuanya disayangi tanpa ada yang terkecuali cuma setiap orang berbeda punca rezeki...Yang lebih bantulah yang kurang agar harapan ayah sama-sama menikmati bukan seorang anaknya ditinggalkan...

Mohon diri sebelum terlanjur lebih banyak bicara...sempena Aidilfitri yang mulia.Saya ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan bloggers dan pembaca jika terdapat bahasa yang buat diri terasa..Sesungguhnya umpama ayah yang ikhlas saya juga begitu..bukan pangkat dan jawatan yang saya kejarkan hanya hubungan ukhwah ingin dieratkan..Sekiranya ada yang mampir ke Shah Alam jangan segan-segan singgahlah kerumah dihari raya ini.Kepada mereka yang memandu pulang kekampung halaman Ingatlah mereka yang tersayang..Usah kerana emosi kita melukakan hati yang lain..Salam Takzim kepada ayahanda Haji Hasyim dan seluruh keluarga Lian Padukan Johor dan dimana sahaja.Maaf Zahir dan Batin

Thursday, September 2, 2010

Pepatah Guru

Bismillahirahmanirahim..

Molek Lian pada Buatan
Molek Belebat pada Buangan
Molek Cekak pada Pukulan
Molek Sendeng pada Larian
Molek Yunan pada Surupan

Jika ada yang faham akan maksud pepatah ini sila email kepada saya di : juhann.ceo@gmail.com

Tinggi nilai bahasa melayu..

DariNya Kita Datang KepadaNya Kita Kembali



Bismillahirahmanirahim..

Salam Takziah kepada keluarga saudara Aidil (bekas pelajar Johor Jaya 2) juga pernah dikenali sebagai Sang Beruang dalam Kumpulan Harimau Kumbang diatas kepulangannya ke Rahmatullah akibat sakit jantung.Beliau merupakan saudara junior saya yang seangkatan Cikgu Ah To semasa zaman persekolahan.Semoga Allah menempat Allahyarham ditempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Al-Fatihah.

Tuesday, August 31, 2010

Majlis Berbuka Puasa Anjuran Pengerusi LP Lembah Kelang


(Gambar ihsan Liannewskool.blogspot.com)

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t majlis yang berlangsung di Surau Al-Akidah,Kelana Jaya berjalan dengan lancar dan meriah.Majlis turut dihadiri oleh ADUN Seri Setia,YB Encik Nik Nazmi Nik Ahmad bersama rombongan rantingnya.Tahun ini majlis turut meraikan Anak-anak Yatim serta Perkumpulan Ibu-Ibu Tunggal Kg Dato Harun.

Setengah jam sebelum berbuka puasa majlis diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan yang diraikan..sayu dan hiba tatkala mendengar rintihan dan luahan hati serta persaan mereka melalui bait-bait nasyid yang didendangkan..Syukur Alhamdulillah sekali lagi kerana Cikgu Misai mejemput saya sekeluarga untuk hadir bersama program ini..walaupun saya sangat aktif dalam pertubuhan kebajikan dan khidmat sosial masyarakat yang dimiliki keluarga namun ini tidak bermakna saya lali dari perasaan sedih apabila mengenangkan nasib mereka yang kurang bernasib baik dan berkemampuan..hampir menitis air matabila mendengar persembahan mereka..

Majlis kali ini juga meriah dengan kehadiran adik beradik Lian Padukan yang sering berlengan dan berkaki disitu.Antara yang hadir ialah senior-senior saya iaitu Cikgu Faizal,Cikgu Nasrul dan Cikgu Sir Tokpin.Disamping itu saudara seangkatan iaitu Khairul 'Catering' dan beberapa sahabat yang lain.Yang paling ringan tulang sahabat junior saya..iaitu Saudara Aznan USJ.Terharu dengan keikhlasan dan keakraban persahabatan yang terpancar dari setiap yang disebut apabila bersua..ada sahaja perkembangan,gelak tawa dan cerita yang dikongsikan seperti lama tak jumpa..begitulah kami.Semoga ikatan ini ibarat air yang dicincang takkan putus..

Banyak gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung diambil oleh saya dan Cikgu Nasrul..cuma belum sempat nak update di blog ini..Insyallah akan muncul sedikit masa lagi..Majlis seumpana ini harus diteruskan dari semasa ke semasa.Terima kasih Abang Din kerana memberi peluang kepada kami pendedahan tanggungjawab sosial kepada masyarakat turut perlu diutamakan tidak hanya tertutup minda dengan hanya berbuah pukul semata-mata.

Monday, August 30, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-53



Bismillahirahmanirahim..

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada negaraku tercinta yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-53 tahun.Banyak pencapaian luar biasa yang dikecapi hasil perjuangan para pejuang kemerdekaan samada dengan mengangkat senjata ataupun di meja rundingan.Sama-samalah kita sebagai rakyat Malaysia berdoa agar kesenangan dan kemakmuran yang dikecapi hari ini berkekalan hendaknya..Hentikanlah segala provokasi perkauman dan agama kerana buruk padahnya apabila cuba bermain api kebencian dan persengketaan.Ambillah iktibar negara-negara jiran yang sedang atau pernah dilanda kancah perang saudara mahupun pembersihan etnik.

Saya masih memegang congankata yang disemai sejak sekolah "JOHOR NEGERIKU..MALAYSIA NEGARAKU"

Dirgahayu Malaysiaku Tercinta!Hayatilah Lagu Negaraku

"NEGARAKU..TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA"

Saturday, August 28, 2010

Pelapis Baru Pelatih di Gelanggang Kelana Jaya

Bismillahirahmanirahim..

Hari Khamis malam Jumaat yang lalu saya ber'sms' dengan beberapa rakan senior dan sama batch untuk berlatih di Gelanggang Surau Al-Akidah (ada yang tersasul jadi surau Al-Furqan,hehehe..)Gelanggang yang diselia oleh Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur & Selangor,iaitu Cikgu Shahruddin Ahmad a.k.a Cikgu Din Misai.Sementara saya berborak dengan Cikgu Ha Lurus a.k.a Nasrul dan sambil menunggu Cikgu Misai bertadarus tetiba diri terkejut apabila rakan-rakan junior/pelapis turut muncul.Mereka terdiri daripada sekumpulan sahabat yang datang dari USJ.Mereka dh dikatakan mula berlatih sejak 3 minggu lalu(3 x kelas latihan).Mereka terdiri daripada saudara Aznan,saudara Wan,Saudara Aris dan beberapa lagi sahabat mereka.Meriah la jadi gelanggang Kelana Jaya...

Alhamdulillah..merekalah jadi tempat kami yang senior menajamkan pemahaman yang selama ini dicurahkan..dalam masa yang sama biasalah..adat junior kena dengan senior jadi punching bag(tapi mereka nampak positif dan redha')..Jangan risau ada budak junior lagi pasni korang punye turn lak gasak dorang..Dalam tradisi latihan kita memang begini..kena tibai senior bukan kerana benci atau iri hati tapi kerana ikhlas agar sama-sama merasai ilmu yang diberi.Yang senior dapat berkat memahami yang junior selain dapat rasa tangan dan kaki dapat keakraban dan keikhlasan senior yang ditugaskan.Masing2 mempunyai pemahaman sendiri jadi bercambahlah ilmu...dulu kami pun sama merasai..kena titik dan terpa Cikgu Faizal..kena badik dengan Cikgu Nasrul kena bisa perisai dengan Cikgu Tokpin..

Saya berasal dari Gelanggang Kapar yang dipimpin oleh Cikgu Azhar berasa bertuah kerana diberi peluang dengan izinnya untuk menghalus permainan saya dengan Cikgu Misai.Dah agak lama tidak bertemu sua dan berlatih di Kapar(selepas habis silibus)..Rindu sangat dengan rakan2 disana.Rakan segelanggang dari Kapar yang sering berteman di Kelana Jya adalah saudara Nazri 'Kaji Cuaca'.Insyallah selepas Raya saya akan aktif semula disana disamping terus menghalusi permainan dengan Cikgu Misai.Rakan-rakan diluar sana ambillah peluang berguru dengan setiap cikgu-cikgu Khatam Lian Padukan kerana setiap mereka mempunyai signature masing-masing yang unik.
Kepada sahabat-sahabat dan adik-adik pelapis teruskan berlatih jangan putus asa.Bak kata tokoh Buah Pukul "Buah Pukul ni tidaklah susah sangat kalu tidak tak adalah guru-guru sekarang dan juga tidaklah senang sangat kerana yang dapat pun tidaklah ramai sangat"

Semoga ikatan ukhwah bertaut dengan harmonis dan ikhlas..Insyallah ilmu menjadi berkat dan hijab Buah Pukul terbuka untuk anda yang berkehendak..Hormati Guru dan mereka yang lebih dulu agar penyatuan terus mekar tanpa pengkhianatan dan penderhakaan..

Sunday, August 22, 2010

TUJUAN BUAH

Maksud tujuan buah ada 2

1. Tidak hendak kena
2. Hendak mengena

Maka cara-cara tidak hendak kena dan hendak mengena itulah yang dinamakan BUAH. Contohnya jika kita tengok orang bertumbuk. Si 'A' itu tidak kene penumbuk lawannya, sebaliknya penumbuk si 'A' mengena lawannya. Maka, kita pergi jumpa si 'A' untuk belajar macam mana caranya dia boleh tidak kena dan boleh mengena (BUAH nya), atau dipanggil RAHSIA. Bila si 'A' sudi mengajar kita apa yang ingin kita ketahui tadi, maknanya dia telah membuka RAHSIA dia kepada kita. Sebab itu lah dikatakan RAHSIA murid pada guru dan RAHSIA guru pada murid.
Maka sebab itu lah orang buat gelanggang bertutup dan hanya muridnya sahaja yang boleh tahu RAHSIAnya. Oleh itu, bagi pihak kita (murid)tidak boleh membuka RAHSIA kepada sebarang orang.jika kita buat begitu bukan saja RAHSIA kita terbuka malah RAHSIA rakan2 seperguruan kita, GURU kita dan rakan2 seperguruan GURU kita semuanya turut terbuka sama kalau semua orang tahu itu bukan RAHSIA lagi apa kata kalau yang tahu itu MUSUH kita,oleh sebab itu pada permulaan hendak belajar dulu di kehendaki kita memberi pengeras dan ber emas sepuluh mengaku MURID CONTOH seperti kahwin setelah diijab kabul diberi emas kahwin baru boleh diserah segala RAHSIA Tujuan Buah ialah tidak hendak kena hendak mengena jika tidak hendak kena mesti buat salah satu dari empat perkara:

1. Yang menuju SIMPANG KAN
2. Yang kena tuju BERALIH
3. Ada kan DINDING
4. Jangan beri SAMPAI

(Dipetik dari blog Mat Samurai Berbicara : Untuk Pengetahuan pembaca Pak Mat Samurai @ Guru Suleiman Arifin merupakan Guru Buah Pukul Mersing yang pernah menjadi guru peribadi kepada Guru Utama Lian PAdukan Malaysia,Ayahanda Haji Hasyim.

Wushu Hung Gar & Muay Boran

Bismillahirahmanirahim...





Sementara menunggu golongan wanita dirumah saya menyiapkan juadah bersahur saya mencari-cari bahan untuk dimuatkan didalam blog ini..berikut merupakan penemuan saya..Dua gambar diatas merupakan antara Seni Tempur Buah Pukul kepada Cina dan Siam..perhatikan gambarnya yang mana ada antaranya terdapat didalam buah pukul Melayu..Sesuai kata-kata Ayahanda Haji Hasyim : " Yang lama usah dibuang yang baru tetap dipadukan"

Selamat Bersahur dan Menjalani Ibadah Berpuasa..

Friday, August 20, 2010

Bergerak Lebih Luas dan Kehadapan

Bismillahirahmanirahim..

Lian Padukan yang suatu masa bermain dan berkembang hanya di sekitar Johor Bahru dan negeri Johor Darul Ta'zim umumnya tapi kini perkembangannya sungguh drastik.Kini gelanggangnya boleh terdapat dimana-mana khasnya disekitar Lembah Kelang serta dilain-lain negeri.Perkembangan sihat ini tidak datang bergolek dan berlaku semalaman.Ianya hasil kerja yang padu dan bersungguh-sungguh guru-guru khatam yang dipimpin oleh Guru Utama,Ayahanda Haji Hasyim.Di Johor Ayahanda dibantu oleh guru-guru khatam yang dipimpin oleh Cikgu Zaharuddin a.k.a Cikgu Din Gondrong,Kuala Lumpur & Selangor oleh Cikgu Shahruddin a.k.a Cikgu Din Misai,Melaka oleh Cikgu Boy,Pahang oleh Dato' Paduka Azmi dan Cikgu Kamal,Pulau Pinang & Utara oleh Cikgu Hisham a.k.a Sham Giant & Terengganu oleh Cikgu Aimi.Insyallah sedikit hari lagi Perak Darul Ridzuan akan menyusul dibawah pimpinan Cikgu Azhar Kapar.Pelbagai ranjau,suka dan duka dalam memperkembangkan seni tempur yang berakar-umbi dari bumi Johor ini hingga terdaftarnya Lian Padukan Malaysia.Satu episod sejarah terlakar.

Usaha yang kini membuahkan hasil tidak harus dihentikan malah harus terus dibajai dengan pelbagai usaha menaiktarafan(upgrade),program-program pembangunan yang lebih holistik dan menarik serta seminar-seminar yang menjurus memperkenalkan seni tempur ini dimata dunia.Kerjasama dengan perguruan yang berpaksikan Lian Buah Pukul juga boleh diambil berat dalam memartabatkan seni tempur Lian Buah Pukul umumnya kepada seluruh peringkat masyarakat.

Pengenalan seni tempur ini kepada penguatkuasa undang-undang negara seperti PDRM,Kastam,Angkatan Tentera dan lain-lain agensi penguatkuasa kerajaan tempatan harus dipergiatkan kerana dewasa ini sudah menjadi trend mereka menjemput Grand Master/Mahaguru dari luar negara bagi melatih anggota-anggota pasukan terbabit dalam seni tempur yang efisyen dalm pertarungan jalanan.Sayang kepakaran didalam negara dianak tirikan tetapi sekiranya langkah-langkah yang wajar diambil pasti trend ini akan kembali kearah tempatan.Justeru itu setiap perguruan Lian Buah Pukul umumnya Lian Padukan khasnya harus mengambil inisiatif yang progresif agar dapat mengubah landskap trend ini...

Wednesday, August 18, 2010

Hero Lian Padukan Selamatkan Orang Tua Kemalangan

Bismillahirahmanirahim..

Baru-baru ini saya tatkala saya sedang teringatkan beliau tetiba saya terima sms dari beliau.Beliau adalah orang yang saya hormati...Sms berbunyi begini..beliau baru sahaja tibai sorang yang kurang ajar kerana melanggar seorang tua dengan cucunya...Terkesima sementara dibuatnya apabila terbaca bait-bait ayat sms terbabit...terdetik dihati masih ganas lagi dia ni..huhuhu...Mengikut kata beliau lagi teruk juga kena si kurang ajar kena penangannya...

Itulah sifat heroik yang harus dicontohi dan diteladani setiap lapisan masyarakat khasnya anak-anak muridnya...Semoga beliau sentiasa sihat walafiat dan dieri kegembiraan sentiasa hendaknya Amin....

P/S : Nak tahu carilah siapakah gerangannya yang diceritakan diatas..

Sunday, August 15, 2010

Legendari Wong Fei Hung




Sudah banyak orang yang tahu bahwa tokoh bahari legendaris asal Cina, Sam Poo Kong alias Muhammad Cheng Ho adalah seorang Muslim. Namun nampaknya masih banyak yang belum tahu bahwa masih banyak tokoh China legendaris yang ternyata beragama Islam. Dua di antaranya ialah Wong Fei Hung dan Judge Bao.

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei Hung diperankan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Pengobatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu pengobatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pasien klinik keluarga Wong yang meminta bantuan pengobatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar biaya pengobatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pasien yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pamrih.

Secara rahasia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarinya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung sukses melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang legendaris. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang lolos dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepang), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli pengobatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berhasil menghajar lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karena ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena istri-istrinya meninggal dalam usia pendek. Setelah istri ketiganya wafat, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung wafat dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Alah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amin.

Wong Fei Hung Adalah Islam………?, Sekarang Malah Punya Nama Arab Lagi FAISAL HUSSEIN WONG dan Wong Fei Hung dipercaya muslim adalah salah satu pendiri atau penyebar agama ISLAM di China malah yang lebih unik lagi katanya ternyata tehnik pengobatan Wong Fei Hung seperti akupuntur / tusuk jarum, totok saraf, sambung tulang, dst………. itu berasal dari Arab atau mungkin nyontek Al Qur’an……

(dipetik dari Fris-Formasi.blogspot.com)

BILA SEORANG PADERI MEMBUKA RAHSIA

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.




Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

* Penulis tidak menyebutkan yang kesembilan (pent.)
** Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah melalui internet, www.gesah.net


NOTA:

Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

(Artikel dipetik dari Amir Alakada.multiply.com)

Saturday, August 14, 2010

AL-BATTAR PEDANG MUHAMMAD RASULULLAH


(Pedang Al-Battar)

l Battar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Pedang ini disebut sebagai ‘Pedangnya para nabi‘, dan di dalam pedang ini terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi : ‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’. Di dalamnya juga terdapat gambar Nabi Daud AS ketika memotong kepala dari Goliath, orang yang memiliki pedang ini pada awalnya. Di pedang ini juga terdapat tulisan yang diidentifikasi sebagai tulisan Nabataean. Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 101 cm. Dikabarkan bahwa ini adalah pedang yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk mengalahkan Dajjal.

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN 1431 H



Bismillahirahmanirahim..

Salam kepada semua pembaca blog ini samada ahli keluarga Lian Padukan,aliran Buah Pukul yang lain yang muslim mahupun yang bukan muslim saya ingin mengucapkan selamat menyambut dan mengerjakan ibadah puasa dibulan Ramadhan yang mulia.Banyak yang boleh diambil pelajaran dan iktibar semasa mengerjakan ibadah puasa.Kesederhanaan,Menjaga & Memperbaiki disiplin diri,Kesabaran dan yang paling penting ialah menyedari konsep mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakanNya mengikut hisab masing-masing.Bagi yang Kaya dan mampu ingatlah mereka yang miskin dan perlu dibantu.Jangan takut mengeluarkan zakat dan sedekah kerana Allah s.w.t telah menjanjikan ganjaranNya dan ingatlah didalam setiap hasil yang diusahakan terdapat hak orang lain yang perlu kita agihkan..bagi yang selalu ponteng puasa kerana malas nak puasa ingatlah mereka yang berlapar dan tidak mampu memiliki sehidangan makanan dan minuman..

Dibulan ini juga saya berdoa agar mereka yang belum bersyahadah dibukakan pintu hati olehNya menerima hidayah Islam.Islam itu suci..Islam agama yang menganjur perdamaian...Islam adalah Ad din iaitu The Way of Life..Bagi yang terlupa syahadah..bertaubatlah semoga dibulan Ramadhan Al Mubarak ini dibukakan pintu taubat seluas-luasnya bagi mereka yang tersesat dalam mencari jalan sebenar...

Akhir kata buat bloggers yang pernah disakiti secara fizikal,mental dan rohani diatas penulisan artikel-artikel,saya memohon kemaafan dan berdoa agar lembaran baru dapat dimulakan semula.Kepada rakan-rakan bulan Ramadhan teruskan training kerana ia pun riadah dan ibadah.Badan yang cergas akan melahirkan fighter yang cergas..
"Marilah menuju kejayaan..Marilah menuju Kejayaan"(Fahamilah maksud yang ingin disampaikan ketika muazin mengumandangkan Azan)

Sunday, August 8, 2010

Filem "The Legend Is Born Ip Man"



Bismillahirahmanirahim..

Ip Man lagi..tu jek filem yang hampir kepada permainan Buah Pukul selain Muay Thai dalam Ong Bak.Saya yang selalu berkempen tetapi oleh kerana tiada tiket free maka terbantut nak tonton filem di pawagam..Semalam adinda ketiga saya,Syafiq yang masak dengan minat saya bagi saya suprise dengan menghadiahkan DVD The Legend Is Born Ip Man.Pergh..suka bukan kepalang..sepatutnya saya punye turn jaga pusat kebajikan sebab adinda ke-4 saya,Omar semalam dari pagi g mancing kat Pulau Ketam..tapi oleh kerana dek syok dapat dvd lupa hasrat...

Jalan citernye menarik gak..menceritakan Ipman dihantar oleh ayahnya bersama saudara angkatnya untuk berguru dengan Chan Wah Shun(aliran ortodox Wing Chun a.k.a oldskool) Selepas kematian gurunya dia dibimbing oleh seniornya Ng Chung Sok.Selepas dia meningkat remaja dia berhijrah ke Hong Kong untuk melanjutkan pelajaran.Disana dia ditakdirkan bertemu dan berguru dengan Sifu Leung Bik yang berfahaman moden a.k.a newskool.Sifu Leung Bik adalah seguru Chan Wah Shun(Guru Ipman yang pertama) yang pernah berguru dengan bapanya iaitu GrandMaster Leung Jan.Leung Bik membawa fahaman yang berbeza dengan gurunya iaitu Leung Jan dan juga seniornya Chan Wah Shun.
Maka disinilah pelajaran yang berbeza diterima dan dipelajari oleh Ipman.Hasil dari kedua-dua aliran inilah yang membuatkan Ip Man berbeza dengan rakan-rakan segurunya yang lain..(perbezaan ketara ialah permainan kaki yang mana aliran oldskool bermain kaki rendah manakala newskool yang diajar oleh Leung Bik bebas bermain kaki tinggi dan lincah)

Nak citer bebanyak karang rugi lak tokey vcd dan dvd so jika sesapa berkesempatan belila dan tontonlah citer ni..pada pendapat saya koreografnya menarik dan realistik sebab koreograf hampir sama dengan buah pukul.

Saturday, August 7, 2010

Buah Pukul

Bismillahirahmanirahim..






Amacam ade persamaan??(mesti ade yang cakap eh..eh..sama lah..)Saja saya publish gambar-gambar ni agar yang baru nak mengenali terbuka minda.Ini baru sebahagian..Nak tahu lebih tentang Buah Pukul umumnya Lian Padukan khasnya gi lah cari gelanggang-gelanggang berhampiran anda.Cuba perhatikan gambar no.4 diatas pasti yang belajar tau..

Thursday, August 5, 2010

Seni Silat Warisan Negeri Johor

Bismillahirahmanirahim..

Jika tidak silap pada tahun 2009 Seni Silat Sendeng Malaysia diiktiraf sebagai warisan Negeri Johor dimana pengiktirafan itu disempurnakan oleh YAB Dato' Menteri Besar.
Tahniah kepada perguruan tersebut namun suka juga saya cadangkan kepada pembaca blog ini yang dari kalangan pembesar/pemimpin,pegawai kerajaan Negeri Johor mahupun dari Kementerian Kebudayaan bahawa Seni Silat seperti Sunting dan Lian Buah Pukul harus juga diberi pengiktirafan yang sama kerana keduanya yang tersebut berakar umbi bermula dari negeri Johor sebelum ia berkembang biak ke negeri lain.

Ia harus mencontohi negeri Perak yang menaungi perguruan Lintau dan Silat Seni Gayong ( Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman)dan Selangor umumnya menaungi Seni Silat Lincah ( Dato' Omar Din Mauju).Khususnya Baginda Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar harus diangkat menjadi penaung aliran Lian Buah Pukul yang pernah dipelajari oleh nenda baginda yang juga penaung Lian Paduka iaitu Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

Monday, August 2, 2010

Kawan Baru & Persembahan

Bismillahirahmanirahim..

Pada hari Jumaat(30/7/2010) yang lepas saya berpeluang menjalin ukhwah sesama saudara sepermainan di Gelanggang Kondo Casa Rina,Puncak Jalil.Walaupun ketibaan saya agak lewat kerana datang selepas menghadiri menyuarat bersama pelanggan.Tempatnya menarik tepi swimming pool(kata mereka yang tiba awal saya rugi kerana ada free show disitu yang berakhir jam 9.30malam..hehehe)Apa pun ucapan tahniah kepada Cikgu Faizal serta yang lain antaranya saudara Jalimi yang bertindak menjadi tuan rumah dengan menyediakan minuman.Alhamdulillah gelanggang sendiri tidak menumpang.Kali ni mereka pertama kali bertemu dengan Pengerusi LP Kuala Lumpur/Selangor,Cikgu Din Misai.Bagi mereka yang berminat tapi pada malam tu jadi pemerhati mereka diberikan pengenalan tentang apakah Buah Pukul? Bagaimana rupanya permainan Buah Pukul? Apa yang dimaksudkan Lian Padukan..bagaimana Lian Padukan boleh diandalkan dalam pertarungan jalanan..tercengang2 mereka apabila mendapat penerangan Cikgu Misai(seperti biasa bila bertanya kena ada yang berdiri model..maka saudara Salleh yang sudi...) Gelanggang ditutup pada jam 12.30tghmlm.Terdapat gambar kenangan diambil dan akan diuploadkan sedikit masa lagi..

Pada keesokkannya pula (Sabtu 31/7/2010)saya & Salleh membantu Cikgu Misai membuat persembahan dihadapan pengantin.Majlis resepsi anak saudara Cikgu Din Misai ini diadakan di D'Palma Hotel,Ampang berlangsung dengan penuh tradisional kotemparari dan sangat meriah.Akibat lambat,Tauke sulah bising dalam senyum..hehehe..apapun saya dan Salleh take it as a challenge.Presured & Challenge.Setelah rehearse bersama Cikgu Misai dan Imran selama 30 minit kami stop untuk solat Maghrib dan get ready tukar pakaian silat.Selepas solat lega skit..Cikgu Din Misai entertain tetamu..Apabila saat yang dinanti...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...hehe..gugup juga tapi cover..pengalaman yang amat bermakna yang pastinya jadi pengajaran yang amat bermakna bagi saya dan Salleh.

Monday, July 26, 2010

PESANAN GURU UTAMA AYAHANDA HAJI HASYIM



Bismillahirahmanirahim..

Dari Usamah B. Zaid berkata : "Ya Rasulullah,Aku tak pernah melihatmu berpuasa di satu bulan seperti engkau berpuasa di bulan Syaaban.Rasulullah menjawab :"Itu adalah bulan yang dilalaikan oleh manusia,diantara Rejab dan Ramadhan,ia adalah bulan dimana amalan-amalannya diangkat kepada Rabbilalamin. Maka aku ingin amalanku diangkat sementara aku dalam keadaan berpuasa" (diriwayatkan oleh An Nasai')

Sunday, July 25, 2010

MUHASABAH : JANGAN BERLAKU SOMBONG

Bismillahirahmanirahim

Lumrah manusia didunia kadangkala tidak terlepas dari melakukan kesilapan.Samada sengaja atau tidak.Kadangkala melukakan hati orang melalui kata-kata atau perbuatan.Kadangkala kerana faktor glamor atau mengejar kuasa kita pangkah orang lain walaupun orang itu guru,ibubapa dan sanak saudara...tergamak kita.Itulah manusia..

Itulah sebabnya kita perlu sentiasa muhasabah diri.Paling baik setiap kali solat fardhu selepas berdoa.Ambil 5-10 minit lihat kembali apa yang telah berlaku diantara waktu..adakah kita ada membuat kerja-kerja yang sia-sia? adakah kita benar-benar melakukan apa yang diamanahkan? adakah kita melukakan sesiapa diatas tindakan kita?? Adakah kita dijalan yang benar? adakah kita muslim/muslimah yang baik?

Saya percaya apabila kita mengambil masa sebegini untuk muhasabah diri kita Insyallah kita tergolong diantara orang-orang yang sentiasa pemaaf,penyabar,bermotivasi dan sentiasa ingin berjaya dan melakukan perkara-perkara positif tanpa melukakan perasaan orang lain serta berfikiran waras...Insyallah.

So jika kita sebelum ini berlaku sombong dengan orang lain samada guru,ibubapa,
saudara dan sahabat taulan hatta masyarakat sekalipun hentikanlah..

Friday, July 23, 2010

Lian Kunta Kinte

Bismillahirahmanirahim..



THE ENEMY HAS DONE A LOT TO STOP US FROM PUBLISHING OR SPEAKING THE FACTS BECAUSE THEY CAN'T HANDLE THE TRUTH.

Thursday, July 22, 2010

Catatan Ringkas Buah Pukul dengan Wushu Muslim Cina

Bismillahirahmanirahim..

Dalam menghargai seni tempur Lian Padukan,saya terdetik bagaimana rupanya permainan asal Syed Abdul Rahman Yunan? lalu melalui internet saya menyusuri wushu yang digunakan oleh umat Islam dinegara China..penemuan yang ditemui terdapat pelbagai form atau gaya yang dipelopori oleh pendekar-pendekar wushu cina muslim antaranya :-
a) Bajiguan
b) Zhaquan
c) Tantui
d) Qishiquan
e) Huihui Shiba Zhou
f) Piquaquan
g) dan lain-lain

fakta yang amat membanggakan ialah seni-seni ini turut sama digunakan oleh Pendekar-pendekar yang berkhidmat sebagai Pengawal Peribadi atau Panglima Peribadi Maharaja China serta Jeneral-Jeneral Tentera terkenal.Sama seperti disini ia digunakan oleh orang-orang kuat Istana Johor.Harapan agar ia turut digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia serta pasukan Polis Diraja Malaysia di masa akan datang.

Monday, July 19, 2010

TAKZIAH KEPADA CIKGU IP-IN A.K.A TOKPIN

Bismillahirahmanirahim..

Salam Takziah ingin diucapkan kepada Cikgu Tokpin diatas bondanya tercinta telah pulang ke Rahmahtullah pada pagi tadi.Berita sedih ini diberitahu oleh Pengerusi Lian Padukan KL/Selangor,Cikgu Din Misai melalui sistem pesanan ringkas (sms).Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Bonda Cikgu Tokpin.Semoga rohnya dicucuri rahmatNya..Amin.

Sunday, July 18, 2010

MUSLIM CHINESE MARTIAL ARTS



(Grand Master Wang Zi Ping 1881-1973)

Introduction Muslim development and participation at the highest level of Chinese Wushu has a long history. Many of its roots lies in the Qing Dynasty persecution of muslims. The Hui chinese muslims started and adapted many of the styles of wushu such as Ba Ji Quan, Pi Gua Zhang, Liu He Quan.. etc. There where specific areas that where know to be centeres of Muslim wushan, such as Cang County in Hebei Province. These traditional chinese martial arts where very distinct from the turkic chinese muslim styles practied in Xinjiang.

The Chinese Muslim practioners where so adept at their martial arts, and there styles such as Pu Yi and Ba Ji Quan, where so renowned, that they formed the backbone of the bodyguards of the Chinese Emperors. Most where students of Li Shu Wen. Such as Huo Diange bodyguard to Pu Yi (the last emperor of China), Li Chen Wu bodyguard to Mao Tsedong and Liu Yunqiao secret agent for the Kuomintang and instructor of the bodyguards of Chiang Kai Shek. As a result Ba Ji Quan became known as the 'Bodyguard' style [1]

BAJIQUAN

Bajiquan (eight extreme fists) was first recorded as being practiced by Wu Zhong a chinese Muslim from the Mong Village in Cang County in Hebei Province during the early Qing Dynasty

According to tradition Wu was taught the style by a Taoist priest Lai, and his disciple Pi. They may well have been anti Qing revolutionaries disguised as wandering priests. Wu spent much of his later life in prison for anti Qing activities, which would seem to support this idea.

It is believed that at this time Bajiquan and Piguazhang (chop-hanging palm) were taught together, or may even have been one style. However, after Wu Zhong’s death, his eldest daughter Wu Rong married a man in Lou Tang village, Cang county. For some reason she only taught Pigua, and in the Mong village they only taught Baji.

A few generations later the teaching of the arts was recombined by Li Shu Wen (1864 CE (1280 AH) -1934 CE (1352 AH)). Nicknamed "God of Spear" for his outstanding ability with the spear, Li Shu Wen learned Bajiquan from Jin Dian Sheng in Mong village, and piguazhang from Huang Si Hai in Lou Tong village. Li had many famous students, including Hue Dian Ge, his first disciple, who was bodyguard to Fu Yi , the last Emperor.

Li’s last closed door disciple was Grandmaster Liu Yun Qiao 1909 CE (1326 AH) - 1992 CE (1412 AH)), who he taught for ten years before his death. Grandmaster Liu was already proficient in long fist and Mizongquan (lost track fist).

The bodyguards of Sun Yat Sen, Chiang Kai Shek and Mao Tsedong were all students of grandmaster Liu. The most famous of grandmaster Liu’s disciples in the west is master Adam Hsu.

Bajiquan is an internal system, more closely related to taijiquan than shaolin. It is a compact and devastating system, featuring much stamping and weight changing , as well as it’s own special method of generating power.

PI GUA ZHANG

Pi Gua Zhang - chopping and hanging fist,

The history and origin of a kung fu style is generally attributed to one person or one location. For baji and pigua, the original founder can generally be attributed to Wu Zhong, a Chinese Muslim from Mong Village, Cang County, Hebei Province. Wu has initially learned the two styles from two Daoist monks Lai and Pi in 1727. Wu then taught his style to his daugther Wu Rong. She is considered to be the second-generation master of this style. She married and taught her martial art to her husband. Her husband and her taught their style as two separate systems: baji and pigua. They only taught pigua quan to her students in the Luo Tong village and the Ba Ji Quan style was taught only at Mong village.

TANTUI

Tantui (spring leg) Martial arts was developed by a Hui Muslim named Chamir (sincised as Cha Shang Mir) form Xinjiang during the Ming Dynasty [1]

CHAQUAN

Cha Kungfu is a Muslim technique from Northern Shaolin also named after a Muslim Kung Fu master - Chamir. Another Muslim master was Cheong Ho, an admiral of the Ming Dynasty[2]

LIUHEQUAN

Xinyi Liuhe Quan (literally - Fist of Mind, Intention and Six Harmonies) is a martial art that has developed in Henan Province among Chinese Hui Muslim nationality. It is considered one of the most powerful and fighting-oriented styles among other Chinese Martial Arts, and for a long time it has been known for its effectiveness in fighting, while very few actually knew the practice methods of the style. Xinyi Liuhe Quan, along with Cha Quan and Qi Shi Quan (Boxing of Seven Postures), have been considered "Jiao Men Quan" ("religious - e.g. Muslim - boxing") meant to protect followers of Islam in China. For more than two centuries the style had been kept secret and transmitted only to very few Muslim practitioners. Only at the beginning of this century first native Chinese (Han nationality) learnt the style, but still up to now the most skilful experts of Xinyi Liuhe Quan can be found within Hui communities in China.[2]

HUIHUI SHIBA ZHOU

Hui Hui Shi Ba Zhou (Hui elbow 8 style) was so secret that it was considered completely lost. That was until 1970 CE (1389 AH) when researches found a teacher Ju Kui who knew the style. Ju Kui (born 1886 CE (1303 AH) was from a Muslim family in Tong Xian County Hebei. At age six he started learning from Sun De Kui of De Zhou Shandong. He trained for 17 years learning 19 types of martial arts. At the age of 33 he also tried to improve himself by studying with the muslim Yang Wan Lu an imam from the Tong Shou Mosque.

CHI SHI QUAN

Also know as 'Chi Shi' or the seven warriors. Originally the name memoralized the seven sains of Islam, but was altered to the seven forms. Starting among Muslims in Henan it eventually reached ShanXi. The style , as the name implies is based on seven essential postures from which sets are constrcuted.[3]

TONGBEIQUAN

In 1949 CE (1368 AH) wushu was completely forbidden in China. Cloisters were closed and some monks moved to Taiwan, the USA and other countries where they started their own schools. Later on, wushu trainings were organized at the National Institute of Athletics. In this organization Wushu was taught in a cut way to avoid the possible martial artists’ collusion against the government. Thus wushu took many gymnastic attributes. The situation hadn’t been changed up to 80s.

However, wushu revival in China after many years of persecution had some hardships. Some masters didn’t want to share their knowledge about wushu, some just made away with manuscripts and school secrets. With economic revival and copying the west style of life, young people started making business with great enthusiasm. Traditions and school secrets were not in favor any more. Only Ma family, “Chinese wushu stars” they call them in China, were able to keep their family secrets during time of persecution. Ma Menta became a history professor, Ma Syanta is known as sport official. Wushu masters were highly respected everywhere. Ma Menta’s son, Ma Leanzhan, decided to be Muslim clergy. Later on, traditional wushu got its support from government. And brothers Ma started work developing family style Tongbei in China, Russia and other countries.

HSING-I

Hsing I is one of the elder systemized forms of Kung Fu, tracing its known roots back to circa 1130 CE (524 AH). and Marshall Yueh Fuei, a famous military General/Hero of the Sung Dynasty. The origin of the Art probably predates this period by quite some time but Yueh's teacher is not recorded in history either written or verbally. Consequently, Yueh is given credit as founder although he himself claimed to have learned the Art from a wandering Taoist Monk. Suffice it to say that this Art form is Ancient and its endurance through the centuries is an attestation to its effectiveness.

There exist three main families of Hsing I that could be considered "commonly" in practice today.

The third of which (synthetic) method which was developed and practiced almost exclusively by the Chinese Muslim community in China. This method is devoid of the Five Element Hsings entirely, and the Animal Hsings have been synthesized to simple one and two step patterns of motion. [4]

(Artikel ini dipetik dari muslimwiki.com)

Saturday, July 10, 2010

Pelik atau Kelakar




Bismillahirahmanirahim...

Maaf jika ada yang tersinggung namun sebenarnya saya yang tersinggung...huhuuhu..Saya terkejut bila ada yang kata tak kenal Razak Sharif a.k.a Razak Yahudi.Tapi tak mengapalah tak kenal pun...Yang paling terkejut ada yang ngah plan nak tour jumpa guru-guru Buah Pukul turut berniat nak jumpa Razak Yahudi..

Untuk pengetahuan semua pencinta Buah Pukul tak kiralah dari sekolah mana anda datang.Lian Padukan ke..Lian Tekpi ke..Gayang 5 ke..Senjata 8 ke..Lian Gelek Terus Blah ke..Oleh kerana saya adalah orang yang diberi hak eksklusif menerbitkan tentang individu tersebut biarlah saya bercerita sekali lagi secara ringkas namun harap selepas ini tiada lagi isu tentang diri individu terbabit.

Gambar diatas merupakan individu yang saya maksudkan.Nama beliau ialah Abdul Razak Bin Shariff.Berketurunan India Muslim @ Malbari.Semasa hayatnya seorang peniaga ternakan yang berjaya.Dalam Buah Pukul beliau merupakan salah satu lagenda setanding nama-nama besar yang lain seperti Pak Sani Abu Samah,Chu Aman,Pak Atan Air Batu & lain-lain.Beliau yang juga menantu Pengasas Lian Padukan iaitu Allahyarham Mohamad Bin Chik a.k.a Pak Mat Kedidi.Diceritakan beliaulah guru yang pertama berani menggunakan nama Lian Padukan tanpa ragu dan menjamin keutuhan nama serta kualiti permainannya.Menurut lagenda..diusia 28 tahun tiada siapa yang sanggup 'BERDIRI" dengannya.Pada 1982 beliau diarah oleh bapa mentuanya untuk melatih insan yang bernama Mohammed Hasyim Hj Salleh(Guru Utama Lian Padukan Malaysia).

Untuk pengetahuan semua insan yang bertanggunjawab mendidik,mengasuh serta mencorak permainan Guru Utama ini telah 4 tahun meninggal dunia.Beliau meninggal dunia pada tahun 2006.Bagi yang masih berniat nak bertemu silalah menziarahi kuburnya sebagai melepaskan hajat.Al-Fatihah kepada Allahyarham Guru Abdul Razak Sharif a.k.a Abang Yak

Thursday, July 8, 2010

ALANG-ALANG MEYELUK PEKASAM




Bismillahirahmanirahim...

Subhanallah..tersentap dada saya apabila membaca komen saudara TM dalam blognya dan komen beberapa orang yang penakut didalam blog Cikgu Sam.Memanglah hak dia nak taip apa saja komen dalam laman blog dia tapi seperti yang beliau sedar bahawa lamannya turut akan dibaca oleh sahabat & lawan.Entahlah...apa motif dia saya tak tahu namun ingin saya katakan disini sudah-sudahlah saudara dengan usaha yang tidak bermanfaat ni.Sepatutnya kita berlumba mengeluarkan artikel berbentuk ilmiah dalam mengembang Ilmu Tempur Buah Pukul bukan bersengketa sesama kita.

Tahniah ayahanda..rupanya Guru Utama saya ni masih terkenal.Boleh saya gelarkan dia Ayahanda Hasyim Al-Haj Al-Masyhur.Dari sudut positif saya lihat beria-ia benar mereka mencari,mengkaji dan mengorek siapa sebenarnya insan yang bernama Hasyim Al- Haj Al-Masyhur ni? Dengan siapa dia berguru sebelum diangkat dan dilantik menjadi Guru Utama? Benarkah beliau berguru dengan guru-guru buah pukul terkenal masa beliau muda? Rupanya ayahanda ku ini dalam pemerhatian dunia buah pukul..rupanya ayahandaku ini ada peminat luar Lian Padukan.Tahniah ayahanda..sememangnya layak nama ayahanda tercatat sebagai pewaris nukil original yang terakhir( bukan senang wo..nak kena tunggu 100 tahun baru ditakdirkan sampai ke tangannya)..Sungguh Istimewa insan yang bernama Mohammed Hasyim B. Salleh Al-Haj ini.

Ada yang mendakwa Haji Hasyim syok sendiri kerana Pak Atan tak ingat namanya...
Gambar diatas menunjukkan bukti hubungan mereka berdua.Lagipun normal bagi seorang guru yang mempunyai beribu murid nak ingat memori sorang-sorang.Memang adatnya lah murid yang berjaya seperti Haji Hasyim mengingati gurunya.Semua orang tahu bahawa Pak Atan mengajar Gayang 5 bukan Lian Padukan.Semua orang tahu Guru Lian Padukan kepada Ayahanda hanya Abdul Razak Sharif a.k.a Abang Yak a.k.a Razak Yahudi dan Pak Mat Kedidi a.k.a Mohamad Bin Chik.Kenapa saya sebutkan nama Razak dahulu bukan PMK?? Kerana secara faktanya Ayahanda Hasyim Al-Haj memang berguru dengan Razak Yahudi selepas diarah oleh Pak Mat Kedidi.Untuk pengetahuan semua yang diluar sana..yang yang menjadikan yang melayakkan Ayahanda menjadi Guru Utama adalah kerana budi orang yang bernama Razak Yahudi!! Ya..Razak Yahudilah yang didik, mengasuh, membimbing dan membuatkan Haji Hasyim layak menjadi salah seorang guru Buah Pukul umumnya Lian Padukan Khasnya..Yang lain-lain seperti Ayahanda Pak Atan,Ayahanda Pak Raja Ali,Pak Talib Nik,Pak Mat Samurai dan lain-lain adalah guru peribadinya.Lagipun ketika beliau belajar dengan guru-guru ni pun dia pergi atas inisiatif sendiri kerana cintakan ilmu Buah Pukul dan antaranya beliau pergi bersama gurunya Razak Sharif a.k.a Razak Yahudi.Ketika itu pun insan yang bernama Mohammed Hasyim Haji Salleh ni masih muda..tidak terlintas ketika itu nak jadi Guru Utama..tiada impian pun..kerana beliau sibuk dengan perniagaan bas yang dimilikinya.Jadi apabila ia sendiri yang menceritakan siapa dan dengan siapa beliau berguru sepatutnyalah yang diluar sana bangga kerana Guru Utama LIAN PADUKAN pernah berguru dengan guru mereka.Bukan cemburu membabi buta...

Selepas ni bagi siapa yang berhajat nak jumpa Pak Mat Samurai silakanlah bak kata Ayahanda Hasyim Al-Haj kerana guru itu memang seorang contoh Guru Buah Pukul yang baik dan patut diteladani.Selepas itu carilah Pak Majid Klinik pulak..kenal-kenallah guru-guru ini.Hulur-hulurlah apa yang patut jangan datang berlenggang saja.Buah habih boreh jo..Maaf dipinta sekiranya terasa.

Thursday, July 1, 2010

Handsomenya Dato' Awang Bin Ali SMJ



Gambar ini saya ambil dari blog keturunan Dato' Awang Daik.Sila layari www.watthafudge.blogspot.com.Pertama sekali saya mohon maaf kerana upload gambar ini tanpa kebenaran tuan punya blogger.Mengikut blogger yang cantik ini Dato Awang Daik merupakan Great-Great Grandfather dia.Inilah dia orang yang bertanggungjawab menjadi guru Buah Pukul Lian Paduka Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Johor.Dari fizikalnya tergambar beliau seorang yang tinggi dan tegap.Lihatlah semasa gambar ini dirakamkan dengan usianya beliau masih lagi bergaya dan tampan.Maklumlah Hakim Daerah Mersing dizaman Almarhum Sultan Ibrahim.

Monday, June 28, 2010

Lian Glock 19


(Gambar diambil dari Google Images)

Bismillahirahmanirahim...

Jika dulu pakar2 senibeladiri dunia menjadikan senjata tradisi seperti pedang,keris, tekpi,belantan dll sebagai ilham permainan senjata perguruan saya pula berangan memperkenalkan Lian Pistol a.k.a Lian Glock.hehehe...disatu gelanggang senior menggelarkan saya "The Man with Glock 19".Nak tahu kenapa kenalilah diri saya..hahaha..

Sunday, June 27, 2010

Definisi Buah Pukul Mersing / Lian Padukan

Bismillahirahmanirahim..

Maaf sekiranya ia kurang tepat.Kerana saya masih lagi dalam proses belajar & mengkaji. Selalu saya terdengar dari orang-orang buah pukul yang apabila ditanya apakah elemen permainan yang menjadi tunjang Buah Pukul Mersing (BPM) ? Ramai yang mengatakan asal BPM dr hasil adunan permainan Silat Sendeng & Silat Sunting.Namun mungkin mereka terlupa bahawa permulaan terbitnya permainan ini selepas tewasnya 2 pendekar Silat Sendeng (Pak Long Mohd Yasin) & Silat Sunting(Awang Daik)kepada YM Syed Abd Rahman Yunan.Makanya seharusnya definisi tunjang permainan ini adalah adunan Buah Pukul yang digunakan Syed Abd Rahman Yunan dengan kedua-dua permainan yang disebutkan tadi.Jadi defisi yang sepatutnya ialah Buah Pukul Mersing adalah adunan Pukulan Syed Abd Rahman Yunan dengan Silat Sendeng & Sunting.Justeru apabila ia diajar kepada Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar oleh Awang Daik element permainan yang sama menunjangi Lian Paduka.Lian Paduka inilah yang menjadi amalan Askar Tuanku ( JMF & JPF).

Lian Padukan seperti yang umum ketahui diasaskan oleh Allahyarham Mohamad Bin Chik a.k.a Pak Mat Kedidi.Pak Mat Kedidi berguru dengan ramai guru-guru Buah Pukul yang terkenal termasuklah Chu Aman.Dalam masa yang sama mungkin sewaktu itu timbul niat dihati arwah untuk memperbaikkan sistem pertarungan BPM makanya diadunkan permainan tomoi didalam permainan BPMnya.Perbezaan permainannya itulah yang diberi nama Lian Padukan.Namun difahamkan oleh beberapa sumber lisan yang saya perolehi permainan yang ditambah tunjangnya ini mendapat tentangan dari aliran oldskool kerana mengubah permainan asal serta beberapa sebab yang tidak dapat dinyatakan disini.Ia berlanjutan sehingga dibelakangi oleh menantu beliau yang yakin untuk menggunkan nama Lian Padukan.Sewaktu zaman Allahyarham Abdul Razak Sharif juga dipercayai Lian Padukan mengalami satu lagi fasa evolusi penambahbaikkan sistem pertarungannya. Mengikut sumber tidak rasmi ia telah menambah sistem 'Taekwon' bagi memperkemaskan permainannya dengan lahirnya Lian-Lian Asing.Jadi sekali lagi definisi tunjang Lian Padukan berubah dari zaman Pak Mat Kedidi dan Abang Yak.

Kini saya percaya ia turut mengalami perubahan evolusi sistem pertarungan agar lebih relevan dibawah kepimpinan Ayahanda Haji Hasyim.Beliau yang berpengalaman dan berpendidikan banyak aliran senibeladiri termasuklah buah pukul baik dari aliran Ayahanda Pak Atan G5,Ayahanda Pak Raja Ali G5,Pak Majid,Pak Mat Samurai dll lagi pastinya mempadukan permainan Lian Padukan agar lebih bersistematik dan efisyen.Maka bagi yang diluar sana yang masih mencari-cari satu sistem pertarungan yang boleh diandalkan,dipercayai serta efisyen datanglah mencari perguruan Lian Paduekan kerana didalamnya terdapat sistem pertarungan yang evergreen yang relevan sepanjang zaman.

Saturday, June 26, 2010

Port Baru Pelatih Gelanggang Surau Al-Akidah

Bismillahirahmanirahim..

Malam semalam merupakan jadual latihan saya di Surau Al-Akidah,Kelana Jaya.Disinilah mereka yang dari gelanggang asal menghalus permainan masing-masing dibawah asuhan Cikgu Din Misai dibantu oleh beberapa cikgu khatam antaranya Cikgu Faizal & Cikgu Nasrul.Semalam gelanggang masih tidak aktif seperti biasa masing-masing melepaskan rindu berborak2 dengan Cikgu Din Misai & Imran Hakim yang baru pulang dari menunaikan umrah..nak terpecah perut gelak2 dan hilai tawa apabila Cikgu Misai dengan telatahnya menceritakan pengalamannya sekeluarga di Tanah Suci.

Start latihan dah agak lewat jam 10.30 mlm berakhir 12.30 mlm.Selepas Cikgu Din lihat semua macam kurang mood latihan beliau ajak kami tutup gelanggang awal then saya ajak mereka pekena roti canai namun dibantah kerana Cikgu Din nak ajak kami pekena Kuetiaw Goreng(The best in town..) di restoran ala' restoran Singgah Selalu JB.ramai-ramai tumpang Cikgu Faizal dan Saudara Nazri(adik ipar Cikgu Kamal Pahang).Best dengan suasana begini kerana akrabnya persaudaraan.Restoran ini terletak di tapak lama restoran Syed kelana Jaya(sebelah kedai perabot besar).Disini 1 warung yang memang expert Kuetiaw Goreng.Gerai Lau Wan.Mengikut Cikgu Din tokey dia ni memang otai kat KJ.dah lama famili dia berniaga kuetiaw goreng.Macam biasa Imran Hakim menjadi tumpuan kami kerana budak ni walaupun badan kecik selera makannya semangat..hehehehe..terhibur kami dibuatnya.Mana taknye...order sampai 2 pinggan kuetiaw goreng hanya untuk dirinya.Imran..Imran..bak kata ayahnya(Cikgu Misai) secara seloroh..payah nak bawak majlis.Apa pun selain kuetiaw kami makan tahu & sotong bakar.

Diluar gelanggang Cikgu Misai main peranan sebagai bapak,abang dan sahabat..beliau mengambil berat dengan perkembangan murid-muridnya.Lepak punya lepak tak sedar dah hampir jam 3.40pagi..Cikgu Misai kata next week & seterusnya selepas latihan disurau akan lepak minum2 di port yang baru tidak lagi di restoran Syed seperti sebelum ni.Bagi pelawat2 dari gelanggang luar KL/Selangor jika ada kesempatan singgah ke KJ kami akan pelawa anda ke port baru kami..pasti happening.Cikgu Boy nescafe kat sini best + view yang indah ditonton sambil menghirup nescafe.hehehe..datanglah bila ada masa lapang.