SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Monday, August 30, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-53



Bismillahirahmanirahim..

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada negaraku tercinta yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-53 tahun.Banyak pencapaian luar biasa yang dikecapi hasil perjuangan para pejuang kemerdekaan samada dengan mengangkat senjata ataupun di meja rundingan.Sama-samalah kita sebagai rakyat Malaysia berdoa agar kesenangan dan kemakmuran yang dikecapi hari ini berkekalan hendaknya..Hentikanlah segala provokasi perkauman dan agama kerana buruk padahnya apabila cuba bermain api kebencian dan persengketaan.Ambillah iktibar negara-negara jiran yang sedang atau pernah dilanda kancah perang saudara mahupun pembersihan etnik.

Saya masih memegang congankata yang disemai sejak sekolah "JOHOR NEGERIKU..MALAYSIA NEGARAKU"

Dirgahayu Malaysiaku Tercinta!Hayatilah Lagu Negaraku

"NEGARAKU..TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA"

No comments: