SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN 1431 H



Bismillahirahmanirahim..

Salam kepada semua pembaca blog ini samada ahli keluarga Lian Padukan,aliran Buah Pukul yang lain yang muslim mahupun yang bukan muslim saya ingin mengucapkan selamat menyambut dan mengerjakan ibadah puasa dibulan Ramadhan yang mulia.Banyak yang boleh diambil pelajaran dan iktibar semasa mengerjakan ibadah puasa.Kesederhanaan,Menjaga & Memperbaiki disiplin diri,Kesabaran dan yang paling penting ialah menyedari konsep mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakanNya mengikut hisab masing-masing.Bagi yang Kaya dan mampu ingatlah mereka yang miskin dan perlu dibantu.Jangan takut mengeluarkan zakat dan sedekah kerana Allah s.w.t telah menjanjikan ganjaranNya dan ingatlah didalam setiap hasil yang diusahakan terdapat hak orang lain yang perlu kita agihkan..bagi yang selalu ponteng puasa kerana malas nak puasa ingatlah mereka yang berlapar dan tidak mampu memiliki sehidangan makanan dan minuman..

Dibulan ini juga saya berdoa agar mereka yang belum bersyahadah dibukakan pintu hati olehNya menerima hidayah Islam.Islam itu suci..Islam agama yang menganjur perdamaian...Islam adalah Ad din iaitu The Way of Life..Bagi yang terlupa syahadah..bertaubatlah semoga dibulan Ramadhan Al Mubarak ini dibukakan pintu taubat seluas-luasnya bagi mereka yang tersesat dalam mencari jalan sebenar...

Akhir kata buat bloggers yang pernah disakiti secara fizikal,mental dan rohani diatas penulisan artikel-artikel,saya memohon kemaafan dan berdoa agar lembaran baru dapat dimulakan semula.Kepada rakan-rakan bulan Ramadhan teruskan training kerana ia pun riadah dan ibadah.Badan yang cergas akan melahirkan fighter yang cergas..
"Marilah menuju kejayaan..Marilah menuju Kejayaan"(Fahamilah maksud yang ingin disampaikan ketika muazin mengumandangkan Azan)

No comments: