SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Sunday, August 22, 2010

TUJUAN BUAH

Maksud tujuan buah ada 2

1. Tidak hendak kena
2. Hendak mengena

Maka cara-cara tidak hendak kena dan hendak mengena itulah yang dinamakan BUAH. Contohnya jika kita tengok orang bertumbuk. Si 'A' itu tidak kene penumbuk lawannya, sebaliknya penumbuk si 'A' mengena lawannya. Maka, kita pergi jumpa si 'A' untuk belajar macam mana caranya dia boleh tidak kena dan boleh mengena (BUAH nya), atau dipanggil RAHSIA. Bila si 'A' sudi mengajar kita apa yang ingin kita ketahui tadi, maknanya dia telah membuka RAHSIA dia kepada kita. Sebab itu lah dikatakan RAHSIA murid pada guru dan RAHSIA guru pada murid.
Maka sebab itu lah orang buat gelanggang bertutup dan hanya muridnya sahaja yang boleh tahu RAHSIAnya. Oleh itu, bagi pihak kita (murid)tidak boleh membuka RAHSIA kepada sebarang orang.jika kita buat begitu bukan saja RAHSIA kita terbuka malah RAHSIA rakan2 seperguruan kita, GURU kita dan rakan2 seperguruan GURU kita semuanya turut terbuka sama kalau semua orang tahu itu bukan RAHSIA lagi apa kata kalau yang tahu itu MUSUH kita,oleh sebab itu pada permulaan hendak belajar dulu di kehendaki kita memberi pengeras dan ber emas sepuluh mengaku MURID CONTOH seperti kahwin setelah diijab kabul diberi emas kahwin baru boleh diserah segala RAHSIA Tujuan Buah ialah tidak hendak kena hendak mengena jika tidak hendak kena mesti buat salah satu dari empat perkara:

1. Yang menuju SIMPANG KAN
2. Yang kena tuju BERALIH
3. Ada kan DINDING
4. Jangan beri SAMPAI

(Dipetik dari blog Mat Samurai Berbicara : Untuk Pengetahuan pembaca Pak Mat Samurai @ Guru Suleiman Arifin merupakan Guru Buah Pukul Mersing yang pernah menjadi guru peribadi kepada Guru Utama Lian PAdukan Malaysia,Ayahanda Haji Hasyim.

1 comment:

JOHOR BAHARU said...

Assalamualaikum... Nama saya Mohd Firdaus. Berumur 16 tahun. saya tinggal di Johor Bahru Bandar Baru Uda.

Saya ingin memperlajari silat lianpadukan ini.

bolehkah pihak tuan/puan membantu saya?

email saya: Firdse_stylex95@yahoo.com

Diharap Dapat membantu.