Bismillahirahmanirahim..
Lian Padukan yang suatu masa bermain dan berkembang hanya di sekitar Johor Bahru dan negeri Johor Darul Ta'zim umumnya tapi kini perkembangannya sungguh drastik.Kini gelanggangnya boleh terdapat dimana-mana khasnya disekitar Lembah Kelang serta dilain-lain negeri.Perkembangan sihat ini tidak datang bergolek dan berlaku semalaman.Ianya hasil kerja yang padu dan bersungguh-sungguh guru-guru khatam yang dipimpin oleh Guru Utama,Ayahanda Haji Hasyim.Di Johor Ayahanda dibantu oleh guru-guru khatam yang dipimpin oleh Cikgu Zaharuddin a.k.a Cikgu Din Gondrong,Kuala Lumpur & Selangor oleh Cikgu Shahruddin a.k.a Cikgu Din Misai,Melaka oleh Cikgu Boy,Pahang oleh Dato' Paduka Azmi dan Cikgu Kamal,Pulau Pinang & Utara oleh Cikgu Hisham a.k.a Sham Giant & Terengganu oleh Cikgu Aimi.Insyallah sedikit hari lagi Perak Darul Ridzuan akan menyusul dibawah pimpinan Cikgu Azhar Kapar.Pelbagai ranjau,suka dan duka dalam memperkembangkan seni tempur yang berakar-umbi dari bumi Johor ini hingga terdaftarnya Lian Padukan Malaysia.Satu episod sejarah terlakar.
Usaha yang kini membuahkan hasil tidak harus dihentikan malah harus terus dibajai dengan pelbagai usaha menaiktarafan(upgrade),program-program pembangunan yang lebih holistik dan menarik serta seminar-seminar yang menjurus memperkenalkan seni tempur ini dimata dunia.Kerjasama dengan perguruan yang berpaksikan Lian Buah Pukul juga boleh diambil berat dalam memartabatkan seni tempur Lian Buah Pukul umumnya kepada seluruh peringkat masyarakat.
Pengenalan seni tempur ini kepada penguatkuasa undang-undang negara seperti PDRM,Kastam,Angkatan Tentera dan lain-lain agensi penguatkuasa kerajaan tempatan harus dipergiatkan kerana dewasa ini sudah menjadi trend mereka menjemput Grand Master/Mahaguru dari luar negara bagi melatih anggota-anggota pasukan terbabit dalam seni tempur yang efisyen dalm pertarungan jalanan.Sayang kepakaran didalam negara dianak tirikan tetapi sekiranya langkah-langkah yang wajar diambil pasti trend ini akan kembali kearah tempatan.Justeru itu setiap perguruan Lian Buah Pukul umumnya Lian Padukan khasnya harus mengambil inisiatif yang progresif agar dapat mengubah landskap trend ini...
No comments:
Post a Comment