SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Friday, November 26, 2010

Happy Birthday Cikgu Boy Semabok,Melaka!

Bismillahirahmanirahim..

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan & mendoakan selamat ulang tahun kelahiran,dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki selamanya,Insyallah! Amiiinnn..

Saturday, November 20, 2010

Silakan Menyunting Bunga Di Taman...

Bismillahirahmanirahim..

Cakap & Nista saling bertukar..fitnah & dusta menjadi makanan..tamak haloba sentiasa beraja dimata bersultan dihati..Entahlah..apa perkataan lagi yang boleh dilabelkan kepada mereka..tak sudah2..tempohari biadap & kurang ajar..yelah terlupa pula gurunya bak ketam mengajar anak berjalan lurus..patutlah senget jek hingga terbawa-bawa menjadi pembawakan diri.Lebih gemar makan daging saudara sendiri dari makan benda yang halal.Fakta sudah tidak laku malah fitnah laris dijaja.Nauzubillah..

Tapi inilah hakikatnya yang ingin di "highlight".Sedar akan hakikat ilmunya hanya sesiku tapi rasa diri ilmu sudah sehasta..itulah sebabnya habis dipalungkan kentong menjaja fitnah kononnya menyatakan kebenaran yang haq dan menidakkan yang batil.Kononnya tidak suka berkongsi kasih..Chit..Poorah!! (bak kata Rajnikandh). Kononnya hanya mereka saja berhak mewarisi ilmu ini..orang lain tidak berhak..Chit..Poorah!! ( kata Rajnikandh lagi)..Kononnya...banyak kononnya dari realiti..ermm...fikirkanlah wahai orang-orang yang mempunyai akal.Dalam proses berguru,tuisyen,latihan atau apa jua bagi mendalami sesuatu ilmu tidak semestinya seseorang harus menghadiri sesuatu kelas.Dizaman sekarang lagilah..siap ada Open University (Universiti Terbuka)..online jek dapat ilmu..pastu gi menghalus dengan lecturer atau tutor..Tak perlu pun kena jadi macam full timer student..jumpa lecturer adakah masih sama macam dalam kelas?? dah tentu tak sama..ia lebih kepada perbincangan,diskusi secara intelek atau dalam bahasa arabnye..muzakarah..jadi adakah cara ini ditolak sebagai cara mendapatkan ilmu?? kalu jawapannya tidak saya rasa lebih baik yang melontarkan kata-kata start muqadam smula atau senang cerita masuk smart reader kid..cepat skit pandainya..

Dalam para jemaah kita sibuk melontar jamrah di Tanah Suci Mekah,Ada pula disini melontarkan sindiran.Huhuhu..macam-macam ada diorang ni,yek?! Ada pulak jadi lighter ( batu api hanya digunakan oleh zaman kuno)..ajak ramai-ramai nak petik bunga di sebuah taman.Pelik?! Kenapa nak ajak ramai-ramai? Tapi Alhamdulillah itulah Allah nak tunjuk siapa mereka sebenarnya.Apa yang pasti pemilik taman amat mengalu-alukan kedatangan rombongan yang ingin menyunting bunga ditaman..Malah kedatangan rombongan mereka juga akan disambut semeriah-meriahnya.Maklumlah tetamu..tetamu mesti dirai..sebaiknya dengan paluan kompang...Kalau rasa kos tak cukup petik sahaja bunga di laman Lembah Wilayah Tengah..Pemiliknya sama juga.Rasanya lebih manis begitu agar tidak membazir kos.Sebelum nak tempah pakaian lebih baik diukur pada badan takut kelak merana badan pakaian sendat diketawakan orang..Jadi Silalah Menyunting Bunga dan Memetik Buah dilaman kami..Kedatangan anda amat dialukan.

Monday, November 15, 2010

Sarang Tebuan Jangan Dijolok !

Bismillahirahmanirahim..

Rentetan dr artikel sebelumnya saya ingin sarankan kpd yang berkenaan usahlah hendak mencuba berlagak jadi samseng bila diaju soalan.

Jika nak emosi sekalipun tak usahlah umpama marahkan nyamuk kelambu dibakar kelak 1 rumah hangus oleh ulah tangan & perbuatan sendiri. Semuanya akibat berburuk sangka. Kalaulah dah rasa apa yang dipunyai sudah cukup bagus pun tak usahlah melukakan hati orang lain.Tapi jangan sangka air yang tenang tiada buaya berhabitat disitu.. Jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga..

Jika ingin melihat kestabilan didalam pergerakan aktiviti harap sarang tebuan jangan dijolok...

Saturday, November 13, 2010

Pelik !! Masih Ada Ketam Mengajar Anak Berjalan Lurus





Bismillahirahmanirahim..

Adat kehidupan bila terasa diri sesat dalam mencari sesuatu atau jalan keluar pasti bertanya kepada mereka yang difikirkan arif..Namun berbeza pengalaman hamba Allah ni..Sudahlah yang memberi maklumat telah salah memberi info tiada sebarang permohonan maaf dimajukan kepada yang bertanya malah diejek dan dimaki pula..Kenapa pula begitu??

Dalam hidup ni kita harus ada sedikit aturan..yang menjaga sedikit tatasusila diri dari bersikap biadap dan dilabel "Kurang Ajar".Apabila ia tetap berlaku mulalah masyarakat sekeliling beranggapan :-

a) Anak Siapakah yang biadap ini?
b) Adakah tidak diasuh oleh ayah bonda yang menjawab pertanyaan dengan tutur bahasa yang sopan & susila?
c) Adakah tidak diasuh oleh ayah bonda yang menjawab pertanyaan dengan penuh hemah tanpa melukakan orang lain?
d) Adakah ini mencermin ayah bondanya?

Jika Ayah Bonda masih gagal..pastinya guru disekolah atau dimana sahaja dia belajar untuk hidup mengajarnya.Namun masih timbul persoalan :-

a) Anak murid siapakah ini?
b) Apakah Gurunya mengasuh dia menjadi biadap & Kurang Ajar?
c) Apakah akibat dah terlalu pandai atau perasan pandai hingga mengugut mereka yang masih hijau?
d) Atau memang gurunya mengajar anak murid agar begitu?
e) Atau sememangnya gurunya itu sendiri kurang diajar?

Fikir-fikirkanlah....

Nota :

Maka ingatlah..apa jua yang kita buat dimuka bumi ni pasti akan mengambarkan didikan samada Ibu Bapa atau Guru.Kita adalah cermin kepada apa yang mereka didik & asuh.

Tuesday, November 9, 2010

Pasca Majlis Ujian Peringkat Kebangsaan

Bismillahirahmanirahim..

Syukur kehadrat Allah s.w.t diatas limpah kurniaNya dapat kita menganjurkan Majlis Ujian Kenaikan Tahap Peringkat Kebangsaan 2010.Banyak yang boleh diceritakan sepanjang majlis berjalan.

Kepada semua saudara saudari yang mengambil bahagian didalam penyediaan & penganjuran secara peribadi saya ingin ucapkan tahniah & syabas.Banyak pengalaman& ilmu yang amat bermakna yang kita dapat sebelum,semasa & selepas majlis berlangsung.

Kepada semua yang mengambil bahagian didalam ujian saya juga ingin ucapkan tahniah diatas kejayaan anda setelah berhempas pulas berlatih.Jangan kita selepas grading menyepikan diri dari latihan gelanggang.Banyak pergerakan & latihan perlu diperkemaskan.

Bagi yang dijangka khatam tahun hadapan persiapkan diri anda dari segi persediaan material,fizikal & mental.Bantulah guru-guru gelanggang untuk meningkatkan tahap kefahaman disamping persediaan diri menjadi Cikgu jika diizinkanNya.