SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Sunday, February 28, 2010

Pengalaman Dalam Mencari Seni Pukulan Efisien ( Siri 1 )

Perkenalanku dengan ilmu mempertahankan diri bermula seawal 5 tahun lagi ketika itu di TV ada rancangan Taekwondo tajaan Haliborange.Tapi ketika itu aku masih terlalu muda untuk menyertai mana-mana kelas Taekwondo(Kelas-kelas latihan Taekwondo ketika itu baru mula mencari tapak).Aku berpeluang untuk menceburinya kita aku berusia 9 tahun.Double promotion ketika grading menjadi sasaran aku(seingat aku dapatlah merasa 3 kali double promotion hinggalah aku memegang tali pinggang merah hitam).Selepas mencapai apa yang diidam aku mula sibuk menumpukan kepada pelajaran.

Semasa ditingkatan 2 aku berpeluang melihat kehebatan seni silat.Ketika itu disekitar sekolah menengah Johor Bahru Seni Silat Khalimah sibuk merekrut ahli baru melalui pertunjukkan demo disetiap sekolah.Tapi aku tetap aku masih angkuh dengan pegangan tali pinggang hitamku hingga buku bertemu ruas.Peristiwa itu berlaku disekitar taman perumahan ku,aku dipaksa berentap dengan seorang pengamal pukulan sendeng.Pergerakan ku disekat..ditutup.Erti kata lain aku tewas..Tewasnya aku masih tidak menyedarkan ku untuk mengubah pegangan ku.
Masih dengan permainan yang sama.Akhirnya ketika aku berusia 15 tahun bapa ku menceritakan 1 insiden yang berlaku terhadap pekerjanya.Pekerjanya itu seorang pengawal keselamatan berketurunan Melayu telah dicabar oleh 4 orang pemandu bas kilang.Yang menarik perhatianku adalah statementnya..beliau menyahut cabaran tanpa takut dan gentar.Semenjak dari itu bermulalah perjalanan ku mencari seni pukulan yang efisien.