SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Thursday, June 5, 2014

UJIAN KENAIKAN TAHAP ANJJURAN KL/SELANGOR


Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah setelah lama tidak berblogin kerana sibuk dengan urusan duniawi yang tak pernah lekang dan takkan pernah habis jika tidak diurus masa sebaiknya...Syukur ke hadrat Allah SWT juga Lian Padukan pada tahun ini (2014) melalui cawangan Kuala Lumpur/Selangor menganjurkan Ujian Kenaikan Tahap yang bakal diadakan pada 7hb Jun 2014 bertempat di Dewan HELP Residensi,HELP Universiti,Pusat Bandar Damansara,KL.

Inilah masanya anak-anak murid diuji pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menggunakan silibus-silibus yang diajar di gelanggang.Yang sentiasa turun gelanggang latihan setiap minggu akan berasa teruja kerana inilah harinya mereka akan menguji tahap manakala yang selalu ponteng masa nilah kelam kabut.Apa pun doa restu cikgu-cikgu gelanggang amat penting.

Bagi gelanggang Shah Alam saya menghantar sebanyak 10 orang peserta dari ketiga-tiga cabang/ranting
( SA Utama,SA Alam Megah & SA Putra Heights ).Ramai yang sepatutnya menyertai namun akibat kekangan kewangan,melaporkan diri ke IPTA/IPTS untuk melanjutkan pelajaran membataskan penyertaan mereka.Saya doakan anak-anak gelanggang berikut semoga berjaya :-  Shahril Zhenci a.k.a Kunta Kinte,Syed Ahmad Basri,Daeng Izzad Farhan (Jack),Irfan Atiffe (Lauphan),Abdul Rahman Abd Rahim,Risyad Abd Rahim,Syed Abd Hakeem (John Navy),Nizamuddin (Nizam JB),Ami dan Al Hussein.

kebanyakan mereka mengambil ujian peringkat pengenalan senjata 8 dan buah-buah aplikasi (Jurus 1-4), Lian Peringkat 1 ( Lian 1-4),Lian Peringkat 2 ( Lian 5-8) & Lian Peringkat 3 ( Lian 9-12)

Semoga maju jaya..Lian Padukan Wadah Penyatuan Ukhwah ABATA