SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Thursday, September 26, 2013

LATIHAN SELEPAS CUTI PANJANG

Assalamualaikum WBT,

Selepas lama cuti panjang sempena Ramadhan & Aidilfitri Gelanggang Lian Padukan di Laksamana Shah Alam & Alam Megah/Putra Heights dibuka semula pada Jumaat (20/9/2013) & Sabtu (21/9/2013) lepas.

Semakin meriah dengan kehadiran anak-anak Laksamana berlatih dikedua-dua gelanggang.Dalam pada itu gelanggang menerima beberapa ahli keluarga yang baru.Saudara Azhari a.k.a Achik dan Saudara Afiq.secara kebetulan mereka tinggal berhampiran yakni seksyen 20 & sekyen 15 Shah Alam dan kebetulan berasal dari Kota Tinggi,Johor.Alhamdulilah selepas dua kelas sesi 'salam orientasi' mereka masih mahu kekal berlatih dan ingin terus komitmen bergelanggang.

Anak-Anak latihan yang lain turut sama memeriahkan gelanggang memanaskan badan & mengulang kaji silabus-silabus pelajaran bagi menghadapi ujian kenaikan tahap yang bakal diadakan kelak.Antara yang hadir Saudara Yaseer Al Jahsyi,Saudara Hafizuddin Nippon, Saudara Syed Ahmad Rahmat,Saudara Farid Raz, Saudara Aqif Aqie,Saudara Amer Mikhail.

Semoga Yang Dicutikan sempena persiapan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2013) & Penilaian Menengah Rendah (PMR 2013) tidak berkarat kelak apabila mula aktif selepas tamat peperiksaan & semoga mereka beroleh kejayaan yang lebih baik dari batch-batch abang mereka sebelumnya.Sesungguhnya Lian Padukan tidak menjadi liabiliti kerana latihan yang dibuat hanya seminggu sekali.Ia dapat dijadikan senaman atau latihan melepaskan stress dan tekanan dalam membuat persiapan peperiksaan.

Senarai Cuti SPM 2013
Saudara Haziq Yeop,Saudara Izzad Afwat,Saudara Hussien, Saudara Syed Furqan,Saudara Faris Noop,Saudara Kimmy,Saudara Abd Rahman,Saudara Bayya dan lain-lain.

Senarai Cuti PMR 2013(Anak-Anak Angkat)
Anakanda Amirul,Anakanda Sollah,Anakanda Aiman,Anakanda Akmal, Anakanda Alfie,Anakanda Ammar dan lain-lain

Saya doakan kejayaan mereka.Semoga mereka menjadi anak bangsa yang terdidik dan terpelajar serta akan menggunakan setiap ilmu kearah kebaikan dan bermanfaat.

Tuesday, September 17, 2013

KURSUS LIAN SINGKIR TAPAK 100 (Siri 01/13)

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t,

Bersyukur dengan rahmatNya Kontijen Kuala Lumpur/Selangor berjaya menganjurkan Kursus Lian Singkir Tapak 100 pada 15hb September 2013 bersamaan 9 Zulkaedah 1434 bertempat di Studio MMA Madman USJ 21.

Tahniah kepada semua jentera kerja KL/Selangor pimpinan Ayahanda Dr Shahruddin Ahmad a.k.a Ayahanda Dr. Din Misai dan Timbalannya Guru Nur Azhar Hj Nawawi.Kredit juga harus diberikan kepada Cikgu Nor Azri Mokhtar diatas usaha yang tak kenal erti penat lelah dalam memastikan segalanya siap dan berjalan lancar.Terima kasih juga kepada pemilik Studio Madman yang sudi menyediakan tempat dengan suasana & infrastruktur yang amat memuaskan dan selesa.

Penghargaan turut diberikan kepada wakil kontijen Johor iaitu Guru Zaharudin a.k.a Guru Din Gondrong selaku Pengerusi Johor bersama Cikgu Ipman & Cikgu Jefri.Walaupun Cikgu Jefri dalam keuzuran dan Cikgu Ipman masih belum benar2 sembuh dari demam campak namun kesungguhan yang dipamerkan sungguh mengagumkan.

Tidak dilupakan dengan kehadiran Cikgu Aimi & Cikgu Raziiman yang membekalkan makan tengahari kepada peserta kursus dengan menu yang amat menyelerakan iaitu Nasi Penyet ala Mydin...(hehehe)

Tahniah kepada semua peserta iaitu Cikgu Fauzi "Achik Genkey",Cikgu Megat Komeng,Cikgu Addy, Cikgu Pojie Klana Jaya, Cikgu Imran Al Haqeem, Cikgu Luqman,Cikgu Ahmad Sammo Hung,Cikgu Nazri Kaji Cuaca,Cikgu Amir Putrajaya,Cikgu Sir Tokpin Rawang, Cikgu Farid Selayang,Cikgu Rizal Kezma,Cikgu Fahmy "Kacip", Cikgu Bayam,Cikgu Salleh Boss Petronas..


Family Forever