SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Tuesday, September 17, 2013

KURSUS LIAN SINGKIR TAPAK 100 (Siri 01/13)

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t,

Bersyukur dengan rahmatNya Kontijen Kuala Lumpur/Selangor berjaya menganjurkan Kursus Lian Singkir Tapak 100 pada 15hb September 2013 bersamaan 9 Zulkaedah 1434 bertempat di Studio MMA Madman USJ 21.

Tahniah kepada semua jentera kerja KL/Selangor pimpinan Ayahanda Dr Shahruddin Ahmad a.k.a Ayahanda Dr. Din Misai dan Timbalannya Guru Nur Azhar Hj Nawawi.Kredit juga harus diberikan kepada Cikgu Nor Azri Mokhtar diatas usaha yang tak kenal erti penat lelah dalam memastikan segalanya siap dan berjalan lancar.Terima kasih juga kepada pemilik Studio Madman yang sudi menyediakan tempat dengan suasana & infrastruktur yang amat memuaskan dan selesa.

Penghargaan turut diberikan kepada wakil kontijen Johor iaitu Guru Zaharudin a.k.a Guru Din Gondrong selaku Pengerusi Johor bersama Cikgu Ipman & Cikgu Jefri.Walaupun Cikgu Jefri dalam keuzuran dan Cikgu Ipman masih belum benar2 sembuh dari demam campak namun kesungguhan yang dipamerkan sungguh mengagumkan.

Tidak dilupakan dengan kehadiran Cikgu Aimi & Cikgu Raziiman yang membekalkan makan tengahari kepada peserta kursus dengan menu yang amat menyelerakan iaitu Nasi Penyet ala Mydin...(hehehe)

Tahniah kepada semua peserta iaitu Cikgu Fauzi "Achik Genkey",Cikgu Megat Komeng,Cikgu Addy, Cikgu Pojie Klana Jaya, Cikgu Imran Al Haqeem, Cikgu Luqman,Cikgu Ahmad Sammo Hung,Cikgu Nazri Kaji Cuaca,Cikgu Amir Putrajaya,Cikgu Sir Tokpin Rawang, Cikgu Farid Selayang,Cikgu Rizal Kezma,Cikgu Fahmy "Kacip", Cikgu Bayam,Cikgu Salleh Boss Petronas..


Family Forever







































































































No comments: