SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Monday, June 17, 2013

PERPADUAN TONGGAK KEMAJUAN LIAN PADUKAN MALAYSIA

Bismillahirahmahirahim...

Assalamualaikum wbt,

PERPADUAN dapat didefinasikan sebagai satu proses yang meyatupadukan seluruh masyarakat atau negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanahair.Disamping itu mengikut Kamus Dewan edisi 1994,Perpaduan membawa maksud proses penggabungan,penyesuaian,perihal berpadu iaitu bersatu,berpakat dan sebagainya sesuai dengan perguruan kita Lian PADUKAN.Mengemaskan yang longgar.

TONGGAK adalah Tiang, Asas kepada kekuatan sesuatu bangunan,premis atau organisasi masyarakat dan negara.Setiap ahli sesebuah keluarga,masyarakat dan rakyat sesebuah negara merupakan tonggak kepada unit-unit perkumpulan yang dinyatakan maka tonggak haruslah kemas dan kuat dalam melaksanakan sebarang agenda perjuangan atau aktiviti.

KEMAJUAN boleh didefinasikan sebagai proses pertambahan,pertumbuhan positif, perkembangan dan kejayaan.

Apabila kita gabungkan atau PADUKAN kata-kata ini maka ia membawa maksud yang sangat besar agendanya.Sangat besar pengorbangan dan langkah yang perlu dilakukan baik dari individu didalamnya dari tingkat pimpinan,ahli-ahli yang terbabit malah kepada keluarga.Kalau ia dirancang dan dilaksanakan sebaik mungkin tanpa perjuangan individualistik maka hasilnya Insha Allah menakjubkan dan akan menjadi contoh dan model.Kepada Allah SWT Kita Berserah & Memohon Pertolongan.Dengan perlantikan baru diperingkat nasional atau kebangsaan dan diperingkat negeri bagi sesi 2013/2015 diharap ia berjalan sewajarnya dan berjaya capai matlamat pergerakan.Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih. Yang perlu berubah diharap lakukan perubahan demi pergerakan, Yang perlu Menghormati dan Dihormati diharap dan berdoa ia dengan keikhlasan.Dalam perbedaan/perbezaan kita berusaha cari titik persamaan agar kita berjaya dalam mencapai matlamat bersama.

Bagi kekanda dan adinda yang sudah khatam marilah kita sama-sama bersatu padu dalam menggerakkan dan mendaulatkan permainan dan pergerakan Lian Padukan.