SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Sunday, October 24, 2010

Bahang Ujian Kenaikan Peringkat Kebangsaan

Bismillahirahmanirahim..

Nampaknya bahang ujian kenaikan (grading) amat dirasai oleh setiap gelanggang Lian Padukan seluruh negara.Pihak tuan rumah juga sedang giat bekerja keras memastikan perjalanan keseluruhan program yang bakal berlangsung pada 6hb November 2010 (Sabtu).

Bagi rakan-rakan dari luar Lembah Kelang sila dapatkan informasi terkini dari beberapa blog yang dan website rasmi Program Ujian Kenaikan (Grading) antaranya :-
a) www.liannewskool.blogspot.com
b) www.lianpadukan.com

Wassalam

Monday, October 11, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan

Bismillahirahmanirahim ..

Sempena persiapan Grading Lian Padukan Peringkat Kebangsaan pada 6 November 2010,saya ingin menyenaraikan beberapa tempat makan yang sesuai untuk para peserta lepak-lepak bersama kawan-kawan sejurus tiba di Lembah Kelang.


a) Restoran Makanan Laut Tg Harapan,Port Kelang
b) Berksley Corner,Bukit Raja Kelang
c) Restoran Satay Hut,Tg Karang
d) Nasi Lemak Antarabangsa,Kg Baru
e) Kue Tiaw Kelana Jaya
f) Ayam Kg ala Kelantan di Restoran Hassan Velledrom Cheras,USJ Taipan & Shah Alam
g) Makanan Ala Kelantan di MZ (berhadapan Hotel KL International Kg.Baru)
h) Pusat Makanan Percuma Seksyen 16 Shah Alam
i) Kedai Kopi Shah Alam

Ini antara senarai yang dapat saya sebut tapi jika nak tahu lebih dapatkanlah khidmat saudara angkat (dalam Lian Padukan KL/Selangor) untuk ronda2 cari makan di sekitar Lembah Kelang.

Wednesday, October 6, 2010

Sudahkah Bersedia Menghadapi Ujian Kenaikan?

Bismillahirahmanirahim..

Baru-baru ini Cikgu gelanggang Kapar & Shah Alam, Cikgu Azhar menghantar sistem pesanan ringkas kepada saya memaklumkan bahawa tarikh grading akan diadakan pada 6hb November 2010 ( Sabtu).Tempat bakal berlangsung dikhabarkan di Dewan Residensi HELP Universiti,Pusat Bandar Damansara (gambar sila rujuk liannewskool.blogspot.com)

Sudahkah anda bersedia & melakukan persediaan untuk menghadapi ujian kenaikan? Saya menyeru kepada rakan-rakan agar kerap melakukan latihan tubi bagi memantapkan teknik serta permainan agar semasa ujian dijalankan anda kurang gugup dan panik.Disamping itu inilah masanya untuk kita diuji setelah sekian lama berlatih bagi mengukur sejauhmana pencapaian diri yang telah dicapai.Rapat-rapatkanlah diri anda dengan cikgu-cikgu khatam bagi membetulkan pergerakan & aplikasi senjata lapan & lian.

Kita ada lebih kurang 30 hari lagi bagi menghadapi ujian.Maka sediakan payung sebelum hujan agar bila hujan tidak basah kuyup hanya kena tempat2nya.ingatan untuk saya sendiri & rakan-rakan "Jangan suka terkinja-kinja,Apa lagi Dijual Dijaja,Jangan Dikeji Jangan Dipuja,Kurangkan Cakap Lebihkan Kerja"...Insyallah kita berjaya.Biarlah ikhlas nanti hati puas..Tingkatkan latihan persediaan agar permainan Cepat,Tangkas,Bisa & Sasa.