SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Wednesday, October 6, 2010

Sudahkah Bersedia Menghadapi Ujian Kenaikan?

Bismillahirahmanirahim..

Baru-baru ini Cikgu gelanggang Kapar & Shah Alam, Cikgu Azhar menghantar sistem pesanan ringkas kepada saya memaklumkan bahawa tarikh grading akan diadakan pada 6hb November 2010 ( Sabtu).Tempat bakal berlangsung dikhabarkan di Dewan Residensi HELP Universiti,Pusat Bandar Damansara (gambar sila rujuk liannewskool.blogspot.com)

Sudahkah anda bersedia & melakukan persediaan untuk menghadapi ujian kenaikan? Saya menyeru kepada rakan-rakan agar kerap melakukan latihan tubi bagi memantapkan teknik serta permainan agar semasa ujian dijalankan anda kurang gugup dan panik.Disamping itu inilah masanya untuk kita diuji setelah sekian lama berlatih bagi mengukur sejauhmana pencapaian diri yang telah dicapai.Rapat-rapatkanlah diri anda dengan cikgu-cikgu khatam bagi membetulkan pergerakan & aplikasi senjata lapan & lian.

Kita ada lebih kurang 30 hari lagi bagi menghadapi ujian.Maka sediakan payung sebelum hujan agar bila hujan tidak basah kuyup hanya kena tempat2nya.ingatan untuk saya sendiri & rakan-rakan "Jangan suka terkinja-kinja,Apa lagi Dijual Dijaja,Jangan Dikeji Jangan Dipuja,Kurangkan Cakap Lebihkan Kerja"...Insyallah kita berjaya.Biarlah ikhlas nanti hati puas..Tingkatkan latihan persediaan agar permainan Cepat,Tangkas,Bisa & Sasa.

No comments: