SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Saturday, January 19, 2013

CIKGU ZANI TELAH PULANG KE RAHMATULLAH-AL FATIHAH

Bismillahirahmanirahim..

Jam 6.30 pagi tadi saya menerima berita sedih yang mengejutkan dari kekanda Cikgu Fairus Lian a.k.a Cikgu Megat Komeng dari Gelanggang Selayang yang menyatakan Cikgu Muhammad Shazani Abd Muttalib telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan.

Diminta semua cikgu-cikgu dan sahabat taulan yang mengenali Allahyarham menziarahi beliau dan menghulurkan bantuan seupaya kepada famili Allahyarham yang hilang tempat bergantung. (Allahyarham merupakan tonggak famili).

Mari kita sama-sama menyedekahkan Umul Kitab kepada Allahyarham semoga beliau ditempatkan didalam golongan solehin..Al-Fatihah

Tuesday, January 8, 2013

Selamat Menyambut Sambutan Jubli Emas Buah Pukul Ke 118 Tahun.

Bismillahirahmanirahim,

Kepada semua pengamal-pengamal seni Lian Buah Pukul : Selamat Mengadakan Sambutan Jubli Emas 1895-2013.Sudah lebih kurang 118 Tahun ianya bertapak di bumi tercinta ini..Dari era  Syed Abdul Rahman Yunan sehingga 2013 sudah ramai guru- guru yang menabur bakti mengembangkan Seni Tempur gabungan yang berasal dari Saidina Semaun Al-Radzi.

Guru-guru yang lahir bercambah biak bukti ilmu tempur ini berevolusi dari masa ke masa & sentiasa relevan mengikut peredaran zaman.Di era ini ia dapat dilihat dengan lahirnya banyak sekolah2 latihan berorientasikan Buah Pukul..Lian Padukan,Buah Pukul Mersing,Gayang Lima,Buah Lian,Lian Timur,Gerak Lian,Gayang Lian dan pelbagai lagi yang tidak dapat disebutkan disini mewarnai Dunia Seni Silat Melayu..Menggalakan kembali selera anak2 muda kembali bergelanggang.

Walau dari sekolah mana pun anda marilah menyahut seruan penyatuan agar kita sentiasa dipandang tinggi tidak hnya kerana permainan malah semangat setiakawan serta perpaduan yang dibina..Buang yang keruh ambil yang jernih?mari kita sama2  sedekahkan Al-Fatihah Kepada semua guru2 yang masih hidup mahupun yang yelah kembali ke Rahmatllah.

Terima kasih Kepada Ayahnda Mahaguru,Dr. Haji Muhamad Hasyim, DR. Din Misai, Guru Nur Azhar Kapar Dan sahabat2 Seperjuangan...