SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Monday, June 28, 2010

Lian Glock 19


(Gambar diambil dari Google Images)

Bismillahirahmanirahim...

Jika dulu pakar2 senibeladiri dunia menjadikan senjata tradisi seperti pedang,keris, tekpi,belantan dll sebagai ilham permainan senjata perguruan saya pula berangan memperkenalkan Lian Pistol a.k.a Lian Glock.hehehe...disatu gelanggang senior menggelarkan saya "The Man with Glock 19".Nak tahu kenapa kenalilah diri saya..hahaha..

Sunday, June 27, 2010

Definisi Buah Pukul Mersing / Lian Padukan

Bismillahirahmanirahim..

Maaf sekiranya ia kurang tepat.Kerana saya masih lagi dalam proses belajar & mengkaji. Selalu saya terdengar dari orang-orang buah pukul yang apabila ditanya apakah elemen permainan yang menjadi tunjang Buah Pukul Mersing (BPM) ? Ramai yang mengatakan asal BPM dr hasil adunan permainan Silat Sendeng & Silat Sunting.Namun mungkin mereka terlupa bahawa permulaan terbitnya permainan ini selepas tewasnya 2 pendekar Silat Sendeng (Pak Long Mohd Yasin) & Silat Sunting(Awang Daik)kepada YM Syed Abd Rahman Yunan.Makanya seharusnya definisi tunjang permainan ini adalah adunan Buah Pukul yang digunakan Syed Abd Rahman Yunan dengan kedua-dua permainan yang disebutkan tadi.Jadi defisi yang sepatutnya ialah Buah Pukul Mersing adalah adunan Pukulan Syed Abd Rahman Yunan dengan Silat Sendeng & Sunting.Justeru apabila ia diajar kepada Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar oleh Awang Daik element permainan yang sama menunjangi Lian Paduka.Lian Paduka inilah yang menjadi amalan Askar Tuanku ( JMF & JPF).

Lian Padukan seperti yang umum ketahui diasaskan oleh Allahyarham Mohamad Bin Chik a.k.a Pak Mat Kedidi.Pak Mat Kedidi berguru dengan ramai guru-guru Buah Pukul yang terkenal termasuklah Chu Aman.Dalam masa yang sama mungkin sewaktu itu timbul niat dihati arwah untuk memperbaikkan sistem pertarungan BPM makanya diadunkan permainan tomoi didalam permainan BPMnya.Perbezaan permainannya itulah yang diberi nama Lian Padukan.Namun difahamkan oleh beberapa sumber lisan yang saya perolehi permainan yang ditambah tunjangnya ini mendapat tentangan dari aliran oldskool kerana mengubah permainan asal serta beberapa sebab yang tidak dapat dinyatakan disini.Ia berlanjutan sehingga dibelakangi oleh menantu beliau yang yakin untuk menggunkan nama Lian Padukan.Sewaktu zaman Allahyarham Abdul Razak Sharif juga dipercayai Lian Padukan mengalami satu lagi fasa evolusi penambahbaikkan sistem pertarungannya. Mengikut sumber tidak rasmi ia telah menambah sistem 'Taekwon' bagi memperkemaskan permainannya dengan lahirnya Lian-Lian Asing.Jadi sekali lagi definisi tunjang Lian Padukan berubah dari zaman Pak Mat Kedidi dan Abang Yak.

Kini saya percaya ia turut mengalami perubahan evolusi sistem pertarungan agar lebih relevan dibawah kepimpinan Ayahanda Haji Hasyim.Beliau yang berpengalaman dan berpendidikan banyak aliran senibeladiri termasuklah buah pukul baik dari aliran Ayahanda Pak Atan G5,Ayahanda Pak Raja Ali G5,Pak Majid,Pak Mat Samurai dll lagi pastinya mempadukan permainan Lian Padukan agar lebih bersistematik dan efisyen.Maka bagi yang diluar sana yang masih mencari-cari satu sistem pertarungan yang boleh diandalkan,dipercayai serta efisyen datanglah mencari perguruan Lian Paduekan kerana didalamnya terdapat sistem pertarungan yang evergreen yang relevan sepanjang zaman.

Saturday, June 26, 2010

Port Baru Pelatih Gelanggang Surau Al-Akidah

Bismillahirahmanirahim..

Malam semalam merupakan jadual latihan saya di Surau Al-Akidah,Kelana Jaya.Disinilah mereka yang dari gelanggang asal menghalus permainan masing-masing dibawah asuhan Cikgu Din Misai dibantu oleh beberapa cikgu khatam antaranya Cikgu Faizal & Cikgu Nasrul.Semalam gelanggang masih tidak aktif seperti biasa masing-masing melepaskan rindu berborak2 dengan Cikgu Din Misai & Imran Hakim yang baru pulang dari menunaikan umrah..nak terpecah perut gelak2 dan hilai tawa apabila Cikgu Misai dengan telatahnya menceritakan pengalamannya sekeluarga di Tanah Suci.

Start latihan dah agak lewat jam 10.30 mlm berakhir 12.30 mlm.Selepas Cikgu Din lihat semua macam kurang mood latihan beliau ajak kami tutup gelanggang awal then saya ajak mereka pekena roti canai namun dibantah kerana Cikgu Din nak ajak kami pekena Kuetiaw Goreng(The best in town..) di restoran ala' restoran Singgah Selalu JB.ramai-ramai tumpang Cikgu Faizal dan Saudara Nazri(adik ipar Cikgu Kamal Pahang).Best dengan suasana begini kerana akrabnya persaudaraan.Restoran ini terletak di tapak lama restoran Syed kelana Jaya(sebelah kedai perabot besar).Disini 1 warung yang memang expert Kuetiaw Goreng.Gerai Lau Wan.Mengikut Cikgu Din tokey dia ni memang otai kat KJ.dah lama famili dia berniaga kuetiaw goreng.Macam biasa Imran Hakim menjadi tumpuan kami kerana budak ni walaupun badan kecik selera makannya semangat..hehehehe..terhibur kami dibuatnya.Mana taknye...order sampai 2 pinggan kuetiaw goreng hanya untuk dirinya.Imran..Imran..bak kata ayahnya(Cikgu Misai) secara seloroh..payah nak bawak majlis.Apa pun selain kuetiaw kami makan tahu & sotong bakar.

Diluar gelanggang Cikgu Misai main peranan sebagai bapak,abang dan sahabat..beliau mengambil berat dengan perkembangan murid-muridnya.Lepak punya lepak tak sedar dah hampir jam 3.40pagi..Cikgu Misai kata next week & seterusnya selepas latihan disurau akan lepak minum2 di port yang baru tidak lagi di restoran Syed seperti sebelum ni.Bagi pelawat2 dari gelanggang luar KL/Selangor jika ada kesempatan singgah ke KJ kami akan pelawa anda ke port baru kami..pasti happening.Cikgu Boy nescafe kat sini best + view yang indah ditonton sambil menghirup nescafe.hehehe..datanglah bila ada masa lapang.

Friday, June 25, 2010

Hikmah Taufan Melanda

Bismillahirahmanirahim..

Bersyukur kehadratNya diatas kurniaan kesejahteraan yang harus dihargai oleh semua lapisan masyarakat khususnya terhadap isu terbaru Pantun Buah Pukul.Alhamdulillah akhirnya benang yang terkusut berjaya dileraikan tanpa kekasaran.Umpama menarik rambut didalam tepung.Kejayaan pimpinan kedua-dua perguruan mencapai kata sepakat harus dijadikan contoh dan tauladan bagi yang masih mentah dalam mengejar cita-cita sempit dan belum matang dalam menyelesaikan masalah kritikal.

Diharap isu yang masih berbangkit dapat jua penyelesaiannya seperti yang dicapai.Pemilik/Chief Editor diharap anda juga mendapatkan sumber yang sah dahulu sebelum menerbitkan artikel yang tidak tepat.

P/S : Siapa yang berkesempatan jomla bersama2 saya g nonton "The Legend Is Born : Ipman".

Thursday, June 24, 2010

Artikel Majalah Bersifat 'Malafide'

Sebagai seorang penulis universal yang telah lebih sedekad dalam bidang kewartawanan saya berpendapat tulisan beliau kali ini melalui kolum peribadinya amat berat sebelah serta bersifat malafide (berniat jahat).Tidak sepatutnya statement atau kenyataan yang diterbitkan keluar dari mulut seorang businessman dalam bidang penulisan kerana rata-rata pelanggan beliau saya percaya dari perguruan yang disindir.

Kenyataan beliau nyata berat sebelah apabila menyatakan kepimpinan sebuah perguruan buah pukul (walau tidak dinyatakan nama perguruan namun semua yang mengetahuinya arif tentang hal ini) telah menyisihkan jasa seorang lagenda guru buah pukul.Persoalannya, Adakah penulis tahu akan fakta sebenar bagaimana perkara ini berlaku? Adakah beliau tahu fakta sebenar mengapa semasa hayat arwah guru hebat ini yang pernah dipanggil ayahanda dikasihi tiba-tiba buat dirinya "TERSISIH"? Janganlah kita yang mengetahui kebenaran yang Haq terus menerus menyatakan yang batil itu haq.Saya amat yakin bahawa beliau turut mengetahui perkara ini kerana mendapat salinan surat penarikan diri.Seperti yang beliau sendiri jangka bahawa penerbitan artikel beliau bakal mengundang kontroversi.

Dalam isu ini..Siapakah yang pertama sekali mengambil langkah mendulu memutuskan silaturahim antara ayahanda & anakanda? Kenapa beliau memutuskannya tanpa usul periksa? Pernah diajukan soalan ini kepada empunya badan jawabnya jujur lebih kurang ia berbunyi begini "mereka yang sediakan surat itu nak..ayah sign aje.ayah mengaku silap tapi nasi telah menjadi bubur..".Dalang kepada operasi jahat ini adalah orang terlampau bercita-cita tinggi menerajui perguruan.Telah diberi jalan..dilatih..
diasuh sebagai pengganti namun oleh kerana Allah menunjukkan bahawa ketidak layakkan dia kerana tidak cukup syarat maka dia yang pertama derhaka.Suatu ketika diajak rakan-rakannya turut derhaka namun apabila sedar bahawa rakan-rakannya setia kepada kebenaran dia keluar mencari akal.Pelik..kenapa dia seperti anak-anak yang belum mumaiyiz ingin perhatian orang yang pernah menjadi gurunya? Dihasutnya guru yang pangkat atok agar meninggalkan perguruan yang diasas kerana kononnya anakanda atok membelakangi atok.Di janjinya untuk dihantar ke tanah suci menunaikan ibadah haji namun saya percaya sehingga ke akhir hayat tidak ditunaikan janji yang ditabur ibarat habis madu sepah dibuang.Berat sebenarnya menceritakan perkara ini kerana prisipal yang utama dalam hal disebutkan telah pulang kerahmatullah.Tidak baik kita menceritakan tentang dirinya kerana pada saya beliau adalah Bapa Buah Pukul Moden kerana genius melahirkan banyak perguruan.

Kepada penulis pesanan saya, tidak perlulah anda menggunakan isu ini sebagai pelaris majalah anda.Letakkan diri anda agar terus profesional dan neutral dalam sesuatu isu.Jika perlu isu tersebut dibongkar dapatkanlah dari sumber yang benar dan haq bukan dari sumber yang batil.Saya pasti anda akan lebih dihormati sekiranya menyiarkan perkara yang sebenar walaupun pahit diterima oleh golongan 'sahabat baik' anda yang selama ini menjadi 'associates partner' dalam perniagaan.Anda bergelar guru dalam aliran yang anda asaskan pastinya anda tahu bahawa HAKIKAT jika memakan hasil yang batil apa akibatnya kepada perjalanan hidup kita.Perbetulkanlah fakta kerana yang disindir merupakan pewaris yang sah melalui undang-undang.Jangan kerana menjaga sedikit kepentingan perniagaan anda rugi dihadap ke muka pengadilan yang berakhir dengan kekalahan kerana perguruan yang disindir mempunyai bukti yang kukuh sebenarnya mereka yang di'sisih'kan kerana angkara Sang Rajuna Tapa.

Kepada dalang penulisan artikel ini,saya ingin anda hentikanlah perbuatan mengadu domba.Kelak karma yang buruk pasti menghantui diri anda sehingga ke akhir hayat. Saya faham anda umpama anak ayam hilang ibu apabila pemergian penaung perguruan anda namun tidaklah perlu bersifat seperti budak-budak yang inginkan perhatian..umpama suami yang gila talak.Hentikan usaha yang tidak berfaedah dalam perkembangan silat melayu.Jangan jadi sang Rajuna Tapa kerana dendam peribadi habis satu negara diderhakai..memporak perandakan dunia persilatan.Jika anda benar-benar gagah berani sila bersua empat mata dengan kepimpinan perguruan yang anda pernah derhaka.Cari penyelesaian agar perjalanan aliran anda turut mendapat berkat dan tiada permusuhan.

Sunday, June 20, 2010

Ong Bak 3



Sejurus melalui Jambatan Kelana Jaya saya terlihat papan tanda filem Ong Bak 3 yang bakal ditayang dipawagam berhampiran bermula 13 Julai 2010.Filem ini merupakan kesinambungan Ong Bak 2 yang memaparkan putera Panglima Sidhadeco(Tien) yang ingin membalas dendam diatas kematian kedua orang tuanya yang dibunuh oleh Raja Siam.Cubaan bunuh telah digagalkan oleh Askar Diraja dengan tertangkapnya Tien(Putera Sidhadeco).

Tien telah ditangkap dan disiksa namun beliau kembali...kali ini saksikanlah samada dia berjaya atau tidak dalam membalas dendamnya didalam Ong Bak 3.Bagi pengamal senibeladiri tentunya menjanjikan koreograf seni tempur yang menarik dapat ditonton.

Saturday, June 19, 2010

Khairat Kematian & Kebajikan Ahli Lian Padukan

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirahmanirahim..

Saya ingin mengambil langkah mendulu dan maaf jika ada yang tersinggung.Saya ingin mencadangkan agar setiap cawangan/gelanggang Lian Padukan diseluruh negara agar menubuhkan sebuah jawatankuasa pusat dan peringkat gelanggang bagi Khairat Kebajikan & Kematian bagi ahli-ahli Lian Padukan.Seiring dengan perkembangan Lian Padukan kita sudah tentu memerlukan unit seperti ini agar kebajikan ahli-ahli yang dlm kesusahan mendapat bantuan sewajarnya.

Melalui usaha ini juga Lian Padukan adalah diharap tidak hanya sebuah perguruan senibeladiri yang sterotaip.Kita boleh memperluaskan skop usaha murni khidmat masyarakat agar mereka mendapat manfaat yang sewajarnya dalam usaha/program kebajikan yang dilaksanakan oleh perguruan.

Dalam pada itu saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah diatas usaha setiap gelanggang dalam usaha mengumpulkan dana semasa saudara kita iaitu Saudara Zani (Selayang) mengalami kesusahan.Diharap usaha ini tidak terputus begitu sahaja.Biarlah ia dijadikan amalan setiap ahli Lian Padukan.Usaha Cikgu Sham Giant juga harus diberi pujian dan sokongan(Sila rujuk blog Lian Padukan Academy).

Wednesday, June 16, 2010

Eratnya Silaturahim



(Gambar ini diambil semasa ketibaan YM Ayahanda Pak Raja Ali Raja Salleh (Gayang 5)yang menghadiri Majlis Khatam Lian Padukan Julai 2009)

Ikatan silaturahim yang amat erat terjalin apabila kita benar-benar ikhlas dalam perhubungan.Tiada dendam..iri hati..Maka dapatlah emas sepuluh.Semasa Majlis Khatam tersebut tidak hanya YM Ayahanda Pak Raja Ali sahaja datang memberi sokongan malah rombongan YM Guru Utama Gerak Lian,Guru Nazri a.k.a Pok Yee dan beberapa perguruan silat turut bersama memeriahkan majlis.Inilah yang kita mahu dalam penyatuan aliran. Walau berbeza sekolah namun ikatan tetap utuh kerana datang dari sumber yang sama. Elakkan perselisihan faham, sentiasa berbaik sangka dan ikhlas pasti akan menguntungkan perpaduan umat.

Menerima Kehadiran Cahaya Mata Yang Baru


Pada hari Ahad yang lepas (13hb Jun 2010) saya dan isteri selamat menerima kehadiran cahaya mata yang kedua.Kali ini Allah s.w.t telah mengurniakan seorang anak lelaki selepas anak perempuan(anak sulong).Syukur Alhamdulillah kehadratNya diatas kurniaan yang tidak terhingga nikmatNya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara-mara dan sahabat taulan terutama dari Lian Padukan ( Ayahanda Hj Hasyim,Cikgu Azhar Kapar, Saudara Faizal & Saudara Nasrul Liannewskool) kerana tidak putus menghantarkan sms (sistem pesanan ringkas) kepada saya memberi perangsang dan sokongan moral disaat-saat kritikal menyambut kehadiran cahaya mata kedua didalam bilik bersalin.Ya..pengalaman menyambut kelahiran anak amat berharga yang pernah saya lalui..Pengalaman ini mengajar saya lebih menghargai isteri dengan bertarung nyawa melahirkan anak.

Tuesday, June 8, 2010

Cikgu Din Misai Sekeluarga Menunaikan Umrah


(Gambar ihsan laman web Lian Padukan)
Cikgu Din Misai,Cikgu Wana dan Guru Utama LP Ayahanda Haji Hasyim



Salam kepada semua..

Cikgu Shahruddin a.k.a Cikgu Din Misai akan menunaikan ibadah umrah ke tanah suci.Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur/Selangor akan dijangka bertolak pada pagi Jumaat ini ( 11 Jun 2010).Marilah kita sama-sama mendoakan keberangkatannya sekeluarga agar selamat didalam perjalanan dan peroleh berkah sepanjang menunaikan umrah.Di perjumpaan terakhir kami dekat-dekat 2 minggu yang lepas beliau menyatakan umrah kali ni adalah persediaan kepadanya sekeluarga untuk menunaikan Haji kelak.

Kepada Cikgu Din sekeluarga saya doakan selamat jalan.


Juhann Laksamana

Monday, June 7, 2010

1 Lagi Filem Yang Dinanti akan Ditayangkan



Mari kita sama-sama saksikan The Legend Is Born : Ip Man pada 24 Jun 2010 di pawagam terdekat( Pihak pawagam kena bagi free tiket pada saya ni sebab free advertising.Hehehe....)

Melalui trailer di youtube macam best jek aksi-aksi yang bakal dipertontonkan.
Gelanggang Kapar boleh donate ramai2 then kita ramai2 lepak pawagam Bukit Raja lead by Cikgu Azhar

SEMINAR : Rahsia Pukulan Laju Paling Merbahaya

(PADU LAJU,MENDULU TIDAK MENUNGGU,BERTALU-TALU TAK TUWALU)Berita gembira pada pengiat seni bela diri baik lelaki dan wanita LIANPADUKAN MALAYSIA akan mengadakan seminar bagi bertujuan kesedaran menggalakan orang ramai betapa pentingnya mempelajari seni bela diri,bagi golongan berkerja sepenuh masa BERITA BAIK juga kepada anda di mana seminar kami akan menunjukan teknik paling ringkas yang mungkin anda sendiri tidak akan terfikir untuk melakukan ketahui cara paling ringkas tapi BAHYA.Di samping itu juga teknik siku,penumbuk dan ada beberapa teknik lagi akan di berikan PENYERTAAN ini terhad kepada 20 + +(extra) sila hantar kan penyertaan anda dengan segera sms kan nama penuh dan i/c no, tempat akan saya umum kan..ringkasan sedikit seminar ini(padu laju mendulu tidak menunggu,bertalu-talu tak tuwalu demikian pesanan cikgu-cikgu dan orang-orang tua dulu-dulu,INILAH RAHSIA DAN PETUA BUAH PUKOL MELAYU)

YURAN PENDAFTARAN:RM75.00
YURAN BAGI IPTA:RM55.00
-SIJIL AKAN DI BERIKAN SETELAH TAMAT SEMINAR
-MAKAN JUGA AKAN DI SEDIA KAN
PAKAIAN BEBAS (T SHIRT & SELUAR TRACK)
WANITA DI GALAKAN MEMAKAI SELUAR PANJANG DAN T SHIRT LENGAN PANJANG
(HARAP MAKLUM TARIKH DAN TEMPAT AKAN DI UMUM KAN HANTAR KAN PENYERTAAN ANDA DENGAN SEGERA)

Nota : Sila daftar nama anda kepada LianPadukan Srikandi @ Cikgu Ayeen 012-7535142)

Saturday, June 5, 2010

Lagenda Permainan Lian Paduka Oleh Almarhum Sultan Ibrahim Johor


(Agaknya beginilah Almarhum Sultan Ibrahim berlatih Lian Paduka diatas meja dengan Dato' Awang Daik)

Bismillahirahmanirahim..

Semua tahu bahawa Almarhum Sultan Ibrahim merupakan Raja Melayu yang bertanggungjawab mengarahkan Dato' Awang Ali a.k.a Awang Daik dan Pak Long Mohamad Yassin menguji dan akhirnya berguru dengan Y.M Syed Abdul Rahman Al-Yunani.Tahukah anda bahawa Almarhum Tuanku juga turut menuntut ilmu Buah Pukul ini? Baginda berguru dengan Dato Awang Daik.Diceritakan baginda berlatih diatas meja kerana daulat baginda.Cerita seterusnya fasal Lian Paduka akan dibongkar dan akan diterbitkan esklusif di laman ini akan datang..Insyallah!

DIRGAHAYU TUANKU



Sempena Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah patik hamba sahaya yang tinggal di negara bawah naungan Tuanku merafakkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t diatas kemakmuran dan kesejahteraan semasa pemerintahan Tuanku.Daulat Tuanku..Daulat Tuanku..Daulat Tuanku.

Tuesday, June 1, 2010

Srikandi Buah Pukul

Bismillahirahmanirahim..

Buah Pukul merupakan seni pertempuran & pergaduhan yang dibawa ke Tanah Melayu oleh Syed Abdul Rahman Al-Yunani seorang pedagang serta pendakwah Islam yang berasal dari Yunan,China.Melalui beliau ilmu ini diturunkan kepada 2 tokoh persilatan yang berkhidmat didalam Kerajaan Kesultanan Johor Moden.2 tokoh yang bertanggunjawab tersebut adalah Dato' Awang Bin Ali a.k.a Awang Daik Al-Hakim dan Dato' Mohamad Yassin Bin Yunos a.k.a Pak Long Mohamad Yassin.Melalui keduanya selepas itu lahirlah guru-guru dan pengamal yang majoritinya adalah kaum Adam.Ini disebabkan beberapa faktor fizikal yang membuatkan ia diamalkan oleh kaum Adam antaranya corak permainan yang ganas,zalim dan keras serta memerlukan ketahanan fizikal dan mental pelatih dan pengamal.Tetapi didalam keagresifan seni pergaduhan ini terdapat 3 Srikandi yang tercatat secara dokumen mempelajari,mengamalkan serta bertaraf guru didalam aliran Buah Pukul.

Tokoh yang pertama ialah Syarifah Maimunah Assagof Al-Yunani.Kenalkah anda siapakah empunya nama ini? Saya sendiri pun tidak mengenali beliau..hehehe.Mengikut sumber lisan beliaulah bonda kepada Syed Abdul Rahman Al-Yunani.Makanya beliau bukanlah srikandi Melayu namun dia masih boleh tergolong dalam artikel ini kerana diyakini beliaulah pelopor bagi golongan wanita dalam keagresifan Buah Pukul.Dikatakan juga salah seorang lagenda Buah Pukul tanahair iaitu Pak Teh Mohamad Yassin Kubong berkesempatan menemui beliau ketika Pak Teh berpeluang mengikuti Syed Abdul Rahman pulang ke Yunan.Semasa disana Pak Teh berkesempatan mendalami ilmu Buah Pukul dengan Syarifah Maimunah.Hasilnya Pak Teh membawa pulang Lian Kipas Nandong ciptaan Syarifah Maimunah.Turut diceritakan oleh beberapa sumber aliran Lian mengatakan daripada beliau jugalah lahirnya konsep permainan ibu,bapa dan anak..Selepas beliau aliran Lian Buah Pukul dikuasai oleh kaum Adam sehinggalah lahirnya 2 orang Srikandi Buah Pukul dizaman moden dan terknologi ini.Kedua-duanya melalui adat perkhataman mengikut Istihadat Melayu.

Umum mengetahui bahawa Lian Padukan merupakan salah satu sekolah aliran Buah Pukul.Bagi pengamal aliran Buah Pukul sedar bahawa perjalanan didalam menuntut ilmu pertempuran ini bukanlah semudah yang disangka kerana ada antara kaum Adam sendiri berhenti ditengah jalan kerana setiap latihan yang perlu ditempuhi mengambarkan realiti pertempuran sebenar di jalanan.Pertarungan yang penuh dengan keganasan,tipu helah,kezaliman dan tidak berhati perut.Maka tidak hairanlah ia tidak berapa diminati oleh kaum Hawa.Namun didalam aliran yang majoritinya lelaki masih terdapat 2 kaum hawa yang berjaya mengharungi dengan jayanya didalam mempelajari ilmu tempur ini.Kejayaan mereka diukur melalui kemampuan mereka berdua mengharungi Istihadat Khatam Lian Padukan.Kemampuan mereka diuji semasa sesi 'berdiri' tidak boleh dipandang enteng kerana tidak semua yang mempelajari berakhir dengan khatam.

Guru Buah Pukul wanita yang pertama berjaya dikhatamkan ialah Cikgu Syazwana Shahruddin dari Lian Padukan.Beliau dikhatamkan mengikut adat istihadat Melayu.Mengikut resam khatam Lian Padukan zaman Guru Utama Ayahanda Haji Hasyim seseorang yang dikhatamkan akan melalui proses pemahaman dan di uji kemahiran tempur seseorang pelatih dengan bertarung melawan guru-guru khatam senior.Cikgu Wana yang juga puteri kepada Pengerusi Lian Padukan Selangor/ Kuala Lumpur iaitu Cikgu Din Misai dengan jayanya mengharungi setiap ujian Istihadat Khatam dan kini merupakan salah seorang tenaga pengajar di Surau Al-Akidah Kelana Jaya,Selangor disamping menyumbang bakti sebagai tenaga pengajar Bahasa Inggeris di Pusat Makan Percuma di Seksyen 16,Shah Alam.

Srikandi yang ketiga ini berasal dari Sabah.Mula berjinak-jinak dalam senibeladiri semasa masih kecil dengan menuntut ilmu Kuntau dengan bapanya.Bapanya seorang pemimpin masyarakat yang disegani.Meningkat remaja beliau didedahkan dengan Taekwondo .Srikandi yang dimaksudkan ialah Puan Nuraini Muslim Binti Abdullah atau lebih dikenali oleh warga Lian Padukan dengan panggilan Cikgu Ayeen.Kejayaan beliau dikhatamkan secara adat istihadat turut mencatat sejarah manis bagi Lian Padukan kerana menjadi guru wanita pertama dan tunggal dari Gelanggang Induk.Beliau yang juga isteri Ayahanda Haji Hasyim masih meneruskan pengajian ilmu Buah Pukul dibawah asuhan Ayahanda kini telah mempunyai gelanggang sendiri di Taman Molek,Johor Bahru.

Diharap dengan adanya Cikgu Wana di Kuala Lumpur/Selangor dan Cikgu Ayeen di selatan tanah air (Johor Bahru) membuka lembaran baru buat wanita-wanita diluar sana untuk menceburi seni tempur efisyen yang selama ini dikuasai oleh lelaki.Jika mereka berjaya dan mampu khatam serta menunjukkan kemahiran tempur yang setanding kaum lelaki saya yakin wanita lain turu mampu menyahut cabaran dan meneruskan kesinambungan mereka berdua. Semoga segala usaha mereka dalam mempromosikan Lian Padukan mendapat sokongan padu semua pihak.