SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Tuesday, June 1, 2010

Srikandi Buah Pukul

Bismillahirahmanirahim..

Buah Pukul merupakan seni pertempuran & pergaduhan yang dibawa ke Tanah Melayu oleh Syed Abdul Rahman Al-Yunani seorang pedagang serta pendakwah Islam yang berasal dari Yunan,China.Melalui beliau ilmu ini diturunkan kepada 2 tokoh persilatan yang berkhidmat didalam Kerajaan Kesultanan Johor Moden.2 tokoh yang bertanggunjawab tersebut adalah Dato' Awang Bin Ali a.k.a Awang Daik Al-Hakim dan Dato' Mohamad Yassin Bin Yunos a.k.a Pak Long Mohamad Yassin.Melalui keduanya selepas itu lahirlah guru-guru dan pengamal yang majoritinya adalah kaum Adam.Ini disebabkan beberapa faktor fizikal yang membuatkan ia diamalkan oleh kaum Adam antaranya corak permainan yang ganas,zalim dan keras serta memerlukan ketahanan fizikal dan mental pelatih dan pengamal.Tetapi didalam keagresifan seni pergaduhan ini terdapat 3 Srikandi yang tercatat secara dokumen mempelajari,mengamalkan serta bertaraf guru didalam aliran Buah Pukul.

Tokoh yang pertama ialah Syarifah Maimunah Assagof Al-Yunani.Kenalkah anda siapakah empunya nama ini? Saya sendiri pun tidak mengenali beliau..hehehe.Mengikut sumber lisan beliaulah bonda kepada Syed Abdul Rahman Al-Yunani.Makanya beliau bukanlah srikandi Melayu namun dia masih boleh tergolong dalam artikel ini kerana diyakini beliaulah pelopor bagi golongan wanita dalam keagresifan Buah Pukul.Dikatakan juga salah seorang lagenda Buah Pukul tanahair iaitu Pak Teh Mohamad Yassin Kubong berkesempatan menemui beliau ketika Pak Teh berpeluang mengikuti Syed Abdul Rahman pulang ke Yunan.Semasa disana Pak Teh berkesempatan mendalami ilmu Buah Pukul dengan Syarifah Maimunah.Hasilnya Pak Teh membawa pulang Lian Kipas Nandong ciptaan Syarifah Maimunah.Turut diceritakan oleh beberapa sumber aliran Lian mengatakan daripada beliau jugalah lahirnya konsep permainan ibu,bapa dan anak..Selepas beliau aliran Lian Buah Pukul dikuasai oleh kaum Adam sehinggalah lahirnya 2 orang Srikandi Buah Pukul dizaman moden dan terknologi ini.Kedua-duanya melalui adat perkhataman mengikut Istihadat Melayu.

Umum mengetahui bahawa Lian Padukan merupakan salah satu sekolah aliran Buah Pukul.Bagi pengamal aliran Buah Pukul sedar bahawa perjalanan didalam menuntut ilmu pertempuran ini bukanlah semudah yang disangka kerana ada antara kaum Adam sendiri berhenti ditengah jalan kerana setiap latihan yang perlu ditempuhi mengambarkan realiti pertempuran sebenar di jalanan.Pertarungan yang penuh dengan keganasan,tipu helah,kezaliman dan tidak berhati perut.Maka tidak hairanlah ia tidak berapa diminati oleh kaum Hawa.Namun didalam aliran yang majoritinya lelaki masih terdapat 2 kaum hawa yang berjaya mengharungi dengan jayanya didalam mempelajari ilmu tempur ini.Kejayaan mereka diukur melalui kemampuan mereka berdua mengharungi Istihadat Khatam Lian Padukan.Kemampuan mereka diuji semasa sesi 'berdiri' tidak boleh dipandang enteng kerana tidak semua yang mempelajari berakhir dengan khatam.

Guru Buah Pukul wanita yang pertama berjaya dikhatamkan ialah Cikgu Syazwana Shahruddin dari Lian Padukan.Beliau dikhatamkan mengikut adat istihadat Melayu.Mengikut resam khatam Lian Padukan zaman Guru Utama Ayahanda Haji Hasyim seseorang yang dikhatamkan akan melalui proses pemahaman dan di uji kemahiran tempur seseorang pelatih dengan bertarung melawan guru-guru khatam senior.Cikgu Wana yang juga puteri kepada Pengerusi Lian Padukan Selangor/ Kuala Lumpur iaitu Cikgu Din Misai dengan jayanya mengharungi setiap ujian Istihadat Khatam dan kini merupakan salah seorang tenaga pengajar di Surau Al-Akidah Kelana Jaya,Selangor disamping menyumbang bakti sebagai tenaga pengajar Bahasa Inggeris di Pusat Makan Percuma di Seksyen 16,Shah Alam.

Srikandi yang ketiga ini berasal dari Sabah.Mula berjinak-jinak dalam senibeladiri semasa masih kecil dengan menuntut ilmu Kuntau dengan bapanya.Bapanya seorang pemimpin masyarakat yang disegani.Meningkat remaja beliau didedahkan dengan Taekwondo .Srikandi yang dimaksudkan ialah Puan Nuraini Muslim Binti Abdullah atau lebih dikenali oleh warga Lian Padukan dengan panggilan Cikgu Ayeen.Kejayaan beliau dikhatamkan secara adat istihadat turut mencatat sejarah manis bagi Lian Padukan kerana menjadi guru wanita pertama dan tunggal dari Gelanggang Induk.Beliau yang juga isteri Ayahanda Haji Hasyim masih meneruskan pengajian ilmu Buah Pukul dibawah asuhan Ayahanda kini telah mempunyai gelanggang sendiri di Taman Molek,Johor Bahru.

Diharap dengan adanya Cikgu Wana di Kuala Lumpur/Selangor dan Cikgu Ayeen di selatan tanah air (Johor Bahru) membuka lembaran baru buat wanita-wanita diluar sana untuk menceburi seni tempur efisyen yang selama ini dikuasai oleh lelaki.Jika mereka berjaya dan mampu khatam serta menunjukkan kemahiran tempur yang setanding kaum lelaki saya yakin wanita lain turu mampu menyahut cabaran dan meneruskan kesinambungan mereka berdua. Semoga segala usaha mereka dalam mempromosikan Lian Padukan mendapat sokongan padu semua pihak.

2 comments:

lianpadukan srikandi said...

salam congratulations ingtkan srikandi mna..trima kasih dari kami srikandi wana and ayeen..no wonder la..usaha sdra juhan ni da melangkaui kami semua syabas..

Juhann Laksamana said...

Semoga maju jaya dan lebih ramai lagi lahirnya srikandi..amin.