SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Saturday, June 19, 2010

Khairat Kematian & Kebajikan Ahli Lian Padukan

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirahmanirahim..

Saya ingin mengambil langkah mendulu dan maaf jika ada yang tersinggung.Saya ingin mencadangkan agar setiap cawangan/gelanggang Lian Padukan diseluruh negara agar menubuhkan sebuah jawatankuasa pusat dan peringkat gelanggang bagi Khairat Kebajikan & Kematian bagi ahli-ahli Lian Padukan.Seiring dengan perkembangan Lian Padukan kita sudah tentu memerlukan unit seperti ini agar kebajikan ahli-ahli yang dlm kesusahan mendapat bantuan sewajarnya.

Melalui usaha ini juga Lian Padukan adalah diharap tidak hanya sebuah perguruan senibeladiri yang sterotaip.Kita boleh memperluaskan skop usaha murni khidmat masyarakat agar mereka mendapat manfaat yang sewajarnya dalam usaha/program kebajikan yang dilaksanakan oleh perguruan.

Dalam pada itu saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah diatas usaha setiap gelanggang dalam usaha mengumpulkan dana semasa saudara kita iaitu Saudara Zani (Selayang) mengalami kesusahan.Diharap usaha ini tidak terputus begitu sahaja.Biarlah ia dijadikan amalan setiap ahli Lian Padukan.Usaha Cikgu Sham Giant juga harus diberi pujian dan sokongan(Sila rujuk blog Lian Padukan Academy).

2 comments:

Combat Satukan said...

salam..emm..bagus tu sngt stuju..tp apa2 pun ayahnda hrus di utamakan dulu..sumbangan yg sepatutnya di terima evrey month..hrap kita sume lp pertimbangkan yg ni dahulu..

Juhann Laksamana said...

Itu sudah tentu..Kalu mcmtu 1 unit/jwtnkuasa kewangan pertubuhan harus ditubuhkan agar dpt memantau kutipan yuran gelanggang dpt diselaraskan dan dipantau agar tidak menganiaya kebajikan Ayahanda Guru Utama.