SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Sunday, June 27, 2010

Definisi Buah Pukul Mersing / Lian Padukan

Bismillahirahmanirahim..

Maaf sekiranya ia kurang tepat.Kerana saya masih lagi dalam proses belajar & mengkaji. Selalu saya terdengar dari orang-orang buah pukul yang apabila ditanya apakah elemen permainan yang menjadi tunjang Buah Pukul Mersing (BPM) ? Ramai yang mengatakan asal BPM dr hasil adunan permainan Silat Sendeng & Silat Sunting.Namun mungkin mereka terlupa bahawa permulaan terbitnya permainan ini selepas tewasnya 2 pendekar Silat Sendeng (Pak Long Mohd Yasin) & Silat Sunting(Awang Daik)kepada YM Syed Abd Rahman Yunan.Makanya seharusnya definisi tunjang permainan ini adalah adunan Buah Pukul yang digunakan Syed Abd Rahman Yunan dengan kedua-dua permainan yang disebutkan tadi.Jadi defisi yang sepatutnya ialah Buah Pukul Mersing adalah adunan Pukulan Syed Abd Rahman Yunan dengan Silat Sendeng & Sunting.Justeru apabila ia diajar kepada Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar oleh Awang Daik element permainan yang sama menunjangi Lian Paduka.Lian Paduka inilah yang menjadi amalan Askar Tuanku ( JMF & JPF).

Lian Padukan seperti yang umum ketahui diasaskan oleh Allahyarham Mohamad Bin Chik a.k.a Pak Mat Kedidi.Pak Mat Kedidi berguru dengan ramai guru-guru Buah Pukul yang terkenal termasuklah Chu Aman.Dalam masa yang sama mungkin sewaktu itu timbul niat dihati arwah untuk memperbaikkan sistem pertarungan BPM makanya diadunkan permainan tomoi didalam permainan BPMnya.Perbezaan permainannya itulah yang diberi nama Lian Padukan.Namun difahamkan oleh beberapa sumber lisan yang saya perolehi permainan yang ditambah tunjangnya ini mendapat tentangan dari aliran oldskool kerana mengubah permainan asal serta beberapa sebab yang tidak dapat dinyatakan disini.Ia berlanjutan sehingga dibelakangi oleh menantu beliau yang yakin untuk menggunkan nama Lian Padukan.Sewaktu zaman Allahyarham Abdul Razak Sharif juga dipercayai Lian Padukan mengalami satu lagi fasa evolusi penambahbaikkan sistem pertarungannya. Mengikut sumber tidak rasmi ia telah menambah sistem 'Taekwon' bagi memperkemaskan permainannya dengan lahirnya Lian-Lian Asing.Jadi sekali lagi definisi tunjang Lian Padukan berubah dari zaman Pak Mat Kedidi dan Abang Yak.

Kini saya percaya ia turut mengalami perubahan evolusi sistem pertarungan agar lebih relevan dibawah kepimpinan Ayahanda Haji Hasyim.Beliau yang berpengalaman dan berpendidikan banyak aliran senibeladiri termasuklah buah pukul baik dari aliran Ayahanda Pak Atan G5,Ayahanda Pak Raja Ali G5,Pak Majid,Pak Mat Samurai dll lagi pastinya mempadukan permainan Lian Padukan agar lebih bersistematik dan efisyen.Maka bagi yang diluar sana yang masih mencari-cari satu sistem pertarungan yang boleh diandalkan,dipercayai serta efisyen datanglah mencari perguruan Lian Paduekan kerana didalamnya terdapat sistem pertarungan yang evergreen yang relevan sepanjang zaman.

No comments: