Sebagai seorang penulis universal yang telah lebih sedekad dalam bidang kewartawanan saya berpendapat tulisan beliau kali ini melalui kolum peribadinya amat berat sebelah serta bersifat malafide (berniat jahat).Tidak sepatutnya statement atau kenyataan yang diterbitkan keluar dari mulut seorang businessman dalam bidang penulisan kerana rata-rata pelanggan beliau saya percaya dari perguruan yang disindir.
Kenyataan beliau nyata berat sebelah apabila menyatakan kepimpinan sebuah perguruan buah pukul (walau tidak dinyatakan nama perguruan namun semua yang mengetahuinya arif tentang hal ini) telah menyisihkan jasa seorang lagenda guru buah pukul.Persoalannya, Adakah penulis tahu akan fakta sebenar bagaimana perkara ini berlaku? Adakah beliau tahu fakta sebenar mengapa semasa hayat arwah guru hebat ini yang pernah dipanggil ayahanda dikasihi tiba-tiba buat dirinya "TERSISIH"? Janganlah kita yang mengetahui kebenaran yang Haq terus menerus menyatakan yang batil itu haq.Saya amat yakin bahawa beliau turut mengetahui perkara ini kerana mendapat salinan surat penarikan diri.Seperti yang beliau sendiri jangka bahawa penerbitan artikel beliau bakal mengundang kontroversi.
Dalam isu ini..Siapakah yang pertama sekali mengambil langkah mendulu memutuskan silaturahim antara ayahanda & anakanda? Kenapa beliau memutuskannya tanpa usul periksa? Pernah diajukan soalan ini kepada empunya badan jawabnya jujur lebih kurang ia berbunyi begini "mereka yang sediakan surat itu nak..ayah sign aje.ayah mengaku silap tapi nasi telah menjadi bubur..".Dalang kepada operasi jahat ini adalah orang terlampau bercita-cita tinggi menerajui perguruan.Telah diberi jalan..dilatih..
diasuh sebagai pengganti namun oleh kerana Allah menunjukkan bahawa ketidak layakkan dia kerana tidak cukup syarat maka dia yang pertama derhaka.Suatu ketika diajak rakan-rakannya turut derhaka namun apabila sedar bahawa rakan-rakannya setia kepada kebenaran dia keluar mencari akal.Pelik..kenapa dia seperti anak-anak yang belum mumaiyiz ingin perhatian orang yang pernah menjadi gurunya? Dihasutnya guru yang pangkat atok agar meninggalkan perguruan yang diasas kerana kononnya anakanda atok membelakangi atok.Di janjinya untuk dihantar ke tanah suci menunaikan ibadah haji namun saya percaya sehingga ke akhir hayat tidak ditunaikan janji yang ditabur ibarat habis madu sepah dibuang.Berat sebenarnya menceritakan perkara ini kerana prisipal yang utama dalam hal disebutkan telah pulang kerahmatullah.Tidak baik kita menceritakan tentang dirinya kerana pada saya beliau adalah Bapa Buah Pukul Moden kerana genius melahirkan banyak perguruan.
Kepada penulis pesanan saya, tidak perlulah anda menggunakan isu ini sebagai pelaris majalah anda.Letakkan diri anda agar terus profesional dan neutral dalam sesuatu isu.Jika perlu isu tersebut dibongkar dapatkanlah dari sumber yang benar dan haq bukan dari sumber yang batil.Saya pasti anda akan lebih dihormati sekiranya menyiarkan perkara yang sebenar walaupun pahit diterima oleh golongan 'sahabat baik' anda yang selama ini menjadi 'associates partner' dalam perniagaan.Anda bergelar guru dalam aliran yang anda asaskan pastinya anda tahu bahawa HAKIKAT jika memakan hasil yang batil apa akibatnya kepada perjalanan hidup kita.Perbetulkanlah fakta kerana yang disindir merupakan pewaris yang sah melalui undang-undang.Jangan kerana menjaga sedikit kepentingan perniagaan anda rugi dihadap ke muka pengadilan yang berakhir dengan kekalahan kerana perguruan yang disindir mempunyai bukti yang kukuh sebenarnya mereka yang di'sisih'kan kerana angkara Sang Rajuna Tapa.
Kepada dalang penulisan artikel ini,saya ingin anda hentikanlah perbuatan mengadu domba.Kelak karma yang buruk pasti menghantui diri anda sehingga ke akhir hayat. Saya faham anda umpama anak ayam hilang ibu apabila pemergian penaung perguruan anda namun tidaklah perlu bersifat seperti budak-budak yang inginkan perhatian..umpama suami yang gila talak.Hentikan usaha yang tidak berfaedah dalam perkembangan silat melayu.Jangan jadi sang Rajuna Tapa kerana dendam peribadi habis satu negara diderhakai..memporak perandakan dunia persilatan.Jika anda benar-benar gagah berani sila bersua empat mata dengan kepimpinan perguruan yang anda pernah derhaka.Cari penyelesaian agar perjalanan aliran anda turut mendapat berkat dan tiada permusuhan.
6 comments:
Suatu artikel yg sangat baik dari tuan, syabas :)
salaam sdr juhann. siapa makan cili dia rasa pedas. dan artikel ni kalau tak pedas jugak, taktau la dia 'lidah' apa. haha
tapi saya tertanya-tanya, majalah apa yang keluarkan artikel sebegitu rupa? kalau tak sesuai dikatakan di sini, takpelah.
salam tuan laksamana juhan...satu pekara yang saya tabik kat tuan laksamana ni bila dia tulis artikel.tak keras dan tak lembut tapi tegas.jadi satu saya harap lepas ni klu ada krusus kat KL lagi jgn lupa.......
belanja saya nescafe lagi...hahaha
Admin : Tq kerana sokongan anda
Arif Safwan : U will know who & which mag i meant to.Anyway thanks for the endless support.
Cikgu Ayeen : Saya hnya menganjurkan keamanan sekiranya dia belum dpt hidayah hingga akhiratlah dia begitu.
Cikgu Boy : Tq sir for the sincere praise.No problem nescafe special siap....
mari kita boikot majalah tuh..
p/s: actually memang aku dah boikot lama dah.. :D
Post a Comment