
Pada hari Ahad yang lepas (13hb Jun 2010) saya dan isteri selamat menerima kehadiran cahaya mata yang kedua.Kali ini Allah s.w.t telah mengurniakan seorang anak lelaki selepas anak perempuan(anak sulong).Syukur Alhamdulillah kehadratNya diatas kurniaan yang tidak terhingga nikmatNya.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara-mara dan sahabat taulan terutama dari Lian Padukan ( Ayahanda Hj Hasyim,Cikgu Azhar Kapar, Saudara Faizal & Saudara Nasrul Liannewskool) kerana tidak putus menghantarkan sms (sistem pesanan ringkas) kepada saya memberi perangsang dan sokongan moral disaat-saat kritikal menyambut kehadiran cahaya mata kedua didalam bilik bersalin.Ya..pengalaman menyambut kelahiran anak amat berharga yang pernah saya lalui..Pengalaman ini mengajar saya lebih menghargai isteri dengan bertarung nyawa melahirkan anak.
2 comments:
tahniah saudara juhann. semoga anak2 menjadi pahlawan agama dan bangsa insyaAllah. :)
Begitulah yang saya impikan..Insyallah akan didik sebaik mungkin agar menjadi insan yang seimbang sahsiah peribadinya.Terima kasih saudara.
Post a Comment