SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-118 TAHUN


(5hb Januari 1897-5hb Januari 2015)

Monday, August 18, 2014

BELASUNGKAWA : TN.HAJI MOHD SALLEH PULANG TELAH PULANG KE RAHMAHTULLAH

BELASUNGKAWA
Innalillahiwainnalillahirojiun...
Baru sebentar tadi dalam jam 5.05 pagi saya menerima panggilan telefon dariAyahanda Lian Padukan , Dr. Haji Mohamad Hasyim menyatakan bahawa ayahanda beliau yang tersayang Tn Haji Mohd Salleh telah pulang ke Ramahtullah.Mohon sama-sama mengucapkan takziah kepada beliau dan memfidyahkan Al Fatihah kepada Allahyarham.Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan solehin.
Yang benar,
Juhann F. Sauffi
Setiausaha Agong
Persatuan Seni Silat Lian Padukan Malaysia

Sunday, August 17, 2014

PADUKAN UKHWAH SESAMA KITA

Assalamualaikum WBT & Salam Lian Padukan,

Sempena Aidilfitri ini,saya menyeru semua anak-anak Gelanggang Lian Padukan Malaysia samada yang aktif mahupun pasif (sudah lama tidur) agar mengambil peluang bermaaf-maafan.Amalan kunjung mengunjung tak perlu tunggu mendapat jemputan.Inilah istimewanya Aidilfitri..namun diharap ia dapat terus diamalkan walaupun diluar bulan Aidilfitri.

Bagi anak-anak gelanggang yang telah pasif,ziarahlah gelanggang yang berhampiran anda berpeluh demi kesihatan , keselamatan diri dan keluarga malah mengeratkan silaturahim sesama pelatih.Dapat berkenalan dengan pelatih-pelatih yang baru disamping berkongsi pengalaman.Buangkan ego dan emosi yang lampau.Kini Lian Padukan mempunyai banyak gelanggang terutama disekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Anak-anak gelanggang yang aktif,teruskan latihan tanpa jemu kerana gelanggang wujud untuk anda namun sekiranya anda tidak mempunyai keazaman dan ketabahan ilmu yang bernilai ini tidak bermakna.Sentiasa menjaga diri dalam perhubungan kalian bersama guru serta sesama keluarga pelatih.Jangan lupa membuat bayaran yuran pengajian malah sumbangan ikhlas peribadi kepada guru yang mengajar dan mendidik.Mereka tidak hanya mengorbankan masa peribadi yang boleh dimanfaatkan bersama keluarga tercinta malah pengalaman yang dikongsi amat bernilai.Diharap pelatih-pelatih senior yang telah khatam silibus dapat mengambil peluang keemasan  ini secara aktif membantu dan menziarahi cikgu-cikgu gelanggang yang sedia ada bagi memperolehi pengalaman mendidik didalam gelanggang disamping memasakkan pelajaran yang telah diambil.

Akhir kata peluang bersilaturahim sebenarnya terbuka luas bagi mereka yang memegang pepatah "Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih". Tiada yang rugi jika kita saling bermaafan terutama dengan Ayahanda YDP jika pernah melakukan kesalahan.Sentiasa berfikiran positif dan mahukan kemajuan barulah kita menjadi insan yang berjaya.