SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Monday, September 9, 2019

PROGRAM MAJLIS MELANGIR SENJATA LIAN PADUKAN 2019 / MUHARAM 1440H

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

Pada 7hb September 2019 Lian Padukan Malaysia Gelanggang Pusat telah menganjurkan program Melangir Senjata Lian Padukan bagi tahun 2019. 

Saya bersama anak kedua saya Qaliph Juhann Sauffi bersama 2 anak murid kanan Gelanggang Laksamana Shah Alam telah bergerak dr Shah Alam selepas Asar 6hb September 2019 (Jumaat) kerana kami ditugaskan untuk mengambil kunci rumah tumpangan (homestay) dr Tuan Rumah.Rumah Tumpangan tersebut yg terletak di Taman Daya,Johor Bahru.Alhamdulillah perjalanan dr Shah Alam ke Johor Bahru dipermudahkan Allah SWT.

Pada Sabtu lebih kurang jam 9pagi rombongan dr Gelanggang Kapar dan Port Klang tiba dan beristirehat sementara menunggu Zohor.Selepas Zohor kami ke Pasar Besar Larkin membeli barangan2 tambahan utk kegunaan program.

Selepas Asar semua ahli rombongan bersiap2 untuk ke lokasi berlangsungnya program iaitu dirumah adat Lian Padukan ,Jalan Rosmerah Johor Jaya.

Apabila semua peserta tiba di lokasi kami disambut oleh Yg Mulia Ayahanda Paktuan Guru Utama dan penyerahan tugas telah diamanah kepada Guru Gelanggang Kapar iaitu Yg Berbahagia Cikgu Tn Haji Nur Azhar sebagai Ketua Program.

Cikgu Tn Hj Nur Azhar telah memberi taklimat ringkas kpd semua peserta mengenai protokol ,disiplin serta prosedur perjalanan program.Beliau turut mengingatkan langkah-langkah keselamatan yg harus diutama serta dititikberatkan agar tidak berlaku perkara yg tidak diingini.

Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah & solat Jamak Isyak (kpd peserta yg berstatus musafir).Solat Jemaah telah diimamkan oleh Saudara Fadzlie (Pak Bilal). Setelah itu program diteruskan dengan acara Tahlil & bacaan Yassin berjemaah dkhususkan kepada semua Guru2 Buah Pukul seperti yg tersenarai di Nukil Lian Padukan serta tazkirah yg diketuai oleh Yg Berbahagia Guru Pengerusi Johor iaitu Pak Dine Gondrong yg turut dibantu oleh Yg Berbahagia Cikgu Bayam.

Setelah selesai acara Tahlil dan Yassin program diteruskan dengan sedikit jamuan kpd tetamu yg tidak ditugaskan untuk acara Melangir Senjata.Jamuan yg disediakan oleh kerabat Ayahanda Paktuan(jutaan terima kasih kpd Bonda Hajjah Fiffy,Chut dan Fateha).

Alhamdulillah program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.Acara Melangir Senjata telah berlangsung selama 4 jam dan tamat pada jam 1 pagi.Selepas acara tersebut peserta mengambil peluang menjamu selera dan mandi limau yg dilakukan oleh Pak Dine Gondrong,Cikgu Hj Nur Azhar, Cikgu Ahmad dan saya sendiri.

Acara seterusnya adalah tazkirah dan tarbiah dr Ayahanda Paktuan bagi peserta yang menzahirkan berbaiah.

Acara selesai selepas solat Subuh berjemaah pada jam 6.30 pagi.

Alhamdulillah acara program seperti ini tidak hanya memberi pendedahan kpd acara tahunan Lian Padukan Malaysia malah mengeratkan silaturahim ikhwanul muslimin antara peserta dari setiap gelanggang.

Berikut antara gambar2 sepanjang perjalanan dr Shah Alam ke Johor Bahru ...perjalanan program dan perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Shah Alam,Kapar dan Port Klang :-





Saturday, August 31, 2019

KOLEKSI GAMBAR LATIHAN LIAN PADUKAN LAKSAMANA

Bismillahirahmanirahim 

Berikut merupakan gambar2 latihan Lian Padukan.


Thursday, July 18, 2019

KUNJUNGAN YDP & PENGISYTIHARAN RASMI

Bismillahirahmanirahim

Pada 12hb Julai 2019 (Jumaat) yg lepas Yg Mulia Yang DiPertua /Mahaguru Utama, Ayahanda Paktuan telah mengambil peluang berkunjung ziarah beramah mesra dgn anak2 Lian Padukan Malaysia. Gelanggang LP Laksamana (cawangan Shah Alam) dibawah pimpinan Paduka Ayahanda Cikgu Johnny telah menjadi tuan rumah.

Dlm pertemuan kali ini Ayahanda Paktuan telah mengumumkan beberapa perkara penting.Perkara pertama, bersaksikan 23 orang tetamu dr kalangan anak2 murid gelanggang Laksamana, Kapar & Port Klang.Perkara seterusnya ialah Paduka Ayahanda Cikgu Johnny telah sekali lagi diberi penghormatan dilantik sebagai Setiausaha Agong LP Malaysia menggantikan Dato Man Tan Sri.

Setelah pengisytiharan dibuat Ayahanda Paktuan berkenan mengendalikan potong limau bagi anak2 Lian Padukan yg mempunyai hajat.Paduka Cikgu Johnny juga menghadiahkan kerambit tempur kesayangannya kepada Che'Puan El Mahsyur.













G

Saturday, June 15, 2019

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2019 DR DIN MISAI

Assalamualaikum wbt

Sesuai suasana Aidilfitri, YM Ayahanda Dr. Din Misai menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri & Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke 60 (12 Jun 1959-12 Jun 2019).Ia berlangsung di kediaman  rasmi & gelanggang induk Lian Padukan Kuala Lumpur / Selangor.

Ramai anak anak murid/ didik Dr.Din Misai hadir dari generasi  kekanda2 saya Cikgu Raziman sehingga generasi terkini.

Sesungguhnya ia pertemuan yg  amat bermakna.Selamat Hari Raya Aidilfitri Abang Besar ku YM Ayahanda Dr. Din Misai , Kak Ida , adinda Cikgu Wana dan adinda Cikgu Imran.Mohon Maaf Zahir & Batin.




Tuesday, June 11, 2019

DEMO EDISI AIDILFITRI 1440H/2019 : LIAN SELAK PENDEK (LIAN 4 LIAN PADUKAN)

Senjata 8 Gayang 5 Ta' Lian Padukan Hilang DiDunia

Edisi Aidilfitri oleh Yg Berbahagia YDP Lian Padukan Malaysia,Ayahanda Paktuan Dr Hj Muhammad Hasyim Hj Muhammad Salleh dlm demo Lian Selak Pendek (Lian 4).
#Senjata8Gayang5
#LianPadukanMalaysia
#GelanggangInduk
#Legasi1897 #WarisanJohor #DaulatRajaRajaBuahPukol #AlFatihahGuruGuruBuahPukol #LegasiSyedAbdRahmanAlYunan  #LegasiTokBertuahKemeyan #LegasiChuAman #LegasiMohamadBinChik
#LegasiAbdRazakShariff #LegasiAyahandaPaktuanDrHjMuhammadHasyim #GelanggangIndukJohorJaya #GelanggangSkudai #GelanggangSeriAlam #GelanggangKlanaJaya #GelanggangKapar #GelanggangLaksamanaShahAlam #GelanggangPortKlang #GelanggangTelokPulai #GelanggangKuantan #GelanggangSemenyih #GelanggangSelayang
#HinaBesiKeranaKaratHinaManusiaTakCukupSyarat #BelajarBiarSedikitDptJadikanTangkal #BuahDagangYatimPiatuSambut2Tanti1 #UkurDanJangkaPerluDipelajariBarulahDiketahuiSyaratBerdiri #Gayang5Senjata8NakMengenaTakNakKena #Gayang5Senjata8WalauApaJuaNamaIanyaTetapLianPadukan


DEMO ISTIMEWA AIDILFITRI 1440 H /2019 : LIAN SINGKAP (LIAN 3 LIAN PADUKAN)

Senjata 8 Gayang 5 Ta' Lian Padukan Hilang DiDunia

Edisi Aidilfitri oleh Yg Berbahagia YDP Lian Padukan Malaysia,Ayahanda Paktuan Dr Hj Muhammad Hasyim Hj Muhammad Salleh dlm demo Lian Singkap Lutut Siku (Lian 3 Lian Padukan)
#Senjata8Gayang5
#LianPadukanMalaysia
#GelanggangInduk
#Legasi1897 #WarisanJohor #DaulatRajaRajaBuahPukol #AlFatihahGuruGuruBuahPukol #LegasiSyedAbdRahmanAlYunan  #LegasiTokBertuahKemeyan #LegasiChuAman #LegasiMohamadBinChik
#LegasiAbdRazakShariff #LegasiAyahandaPaktuanDrHjMuhammadHasyim #GelanggangIndukJohorJaya #GelanggangSkudai #GelanggangSeriAlam #GelanggangKlanaJaya #GelanggangKapar #GelanggangLaksamanaShahAlam #GelanggangPortKlang #GelanggangTelokPulai #GelanggangKuantan #GelanggangSemenyih #GelanggangSelayang
#HinaBesiKeranaKaratHinaManusiaTakCukupSyarat #BelajarBiarSedikitDptJadikanTangkal #BuahDagangYatimPiatuSambut2Tanti1 #UkurDanJangkaPerluDipelajariBarulahDiketahuiSyaratBerdiri #Gayang5Senjata8NakMengenaTakNakKena #Gayang5Senjata8WalauApaJuaNamaIanyaTetapLianPadukan


Monday, June 10, 2019

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

Assalamualaikum wbt

Salam Aidilfitri kpd semua,Mohon Maaf Zahir & Batin.

Saturday, March 30, 2019

MAJLIS PENGIKTIRAFAN TAHAP DLM PERGURUAN

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

Pada 9hb Mac 2019 bersamaan 2 Rejab 1440H bertempat di TH Hotel, Alor Setar Kedah, saya bersama bapa angkat Pak Guru Dr Hj Anwar Ali telah dijemput oleh Yg Berbahagia Pendita Mahaguru Sheikh Zainal Abidin Sheikh Awab bagi menghadiri dan menerima sandang Perguruan Seni Silat Tua Pulau Pinang.

Majlis yg disempurnakan oleh YTM Tunku Mansor Ibni Almarhum Tunku Kassim telah berlangsung dengan penuh istiadat dan gemilang bagi memberi pengiktirafan diatas sumbangan guru guru perguruan khususnya dan guru serta aktivis silat amnya.

Alhamdulillah saya ingin merakam jutaan terima kasih diatas pengurniaan Sandang Guru yg saya kira satu pengiktirafan bagi saya secara peribadi dlm meneruskan menyebarkan dakwah melalui gelanggang silat.

Semoga program atau majlis seumpama ini terus dilangsungkan dimasa akan datang.











  

Wednesday, February 27, 2019

CIKGU NASRUL MENUNAIKAN UMRAH

Bismillahirahmanirahim

Sama2 kita mendoakan abang sperguruan saya Yg Berbahagia Cikgu Ha Lurus a.k.a Cikgu Nasrul yg kini sedang menunaikan ibadah umrah d Tanah Suci dkurniakan kesihatan ,keafiatan  utk menyempurnakan ibadah umrah.

#DoaUtkAbgSeguru

Tuesday, February 26, 2019

VOL.2 VIDEO YDP LIAN PADUKAN MALAYSIA

Assalamualaikum

Berikut adalah vol.2 video YDP Lian Padukan,Ayahanda Paktuan.



VOL.1 VIDEO YDP LIAN PADUKAN MALAYSIA

Assalamualaikum

Video2 ini adalah aplikasi Lian Padukan yg dbuat dlm sebuah bilik hotel di Ibukota Kuala Lumpur bsama anak anak murid Cikgu Hj Azhar(Gelanggang Kapar).






PERSIAPAN MENGHADAPI UJIAN KENAIKAN TAHAP

Assalamualaikum

Pada Jumaat 22/2/2019 yg lepas kelas latihan memfokuskan silibus silibus tinggi ( Lian 9- Lian 16), memberikan tips2 menghadapi Ujian Kenaikan Tahap , Majlis Khatam dan juga aplikasi di jalanan.

Semoga ilmu yg berkat bermanfaat kpd mereka kelak...Insha Allah.






Friday, February 15, 2019

RIWAYAT ALMARHUM RAJA HAJI FISABILILLAH

Assalamualaikum wbt

Al Fatihah kpd semua pejuang pejuang Fisabilillah sejak azali yg mempertahankan Agama,Bangsa & Tanahair kita.

Disini saya mulakan dengan kisah DYAM Raja Haji Fisabilillah Marhum di Ketapang yg mempertahankan tanahair dari penipuan,fitnah serta tipu helah Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC).

Almarhum dan keluarga adalah kerabat Raja Ibrahim (Pengasas Kesultanan Selangor Darul Ehsan)


AYAT KURSI AMALAN MUSTAJAB

Assalamualaikum wbt,

Disini saya ingin berkongsi salah satu amalan yg dianjur dan dididik utk Pendekar Lian Padukan.Amalan yg dimaksudkan ialah Ayatul Kursi.







Selamat beramal(kredit dari Kisah Zakat Malaysia)



RAKAMAN DOKUMENTARI HUMAN WEAPON

Assalamualaikum WBT

Berikut adalah Rakaman Program Human Weapon suatu masa dahulu.Lian Padukan mendapat satu slot sebagai salah satu Seni Tempur/Silat Malaysia didalam program tersebut.


Selamat menonton para pembaca yang setia.

INFORMASI LIAN PADUKAN






Saturday, February 9, 2019

MENZIARAHI BENGKEL SENJATA TRADISI

Assalamualaikum wbt,

Baru2 saya bersama Cikgu Hj Nur Azhar & Cikgu Ahmad ke bengkel pembuatan senjata tradisional di Klang Gate,Ulu Klang Kuala Lumpur.
 Abg Ali yg merupakan pakar pembuatan hulu senjata masih mngenali diri saya.Dia yg menggelarkan saya Juhann 3 Kingdom oleh kerana saya seorg sahaja yg dlm pengalaman karier beliau sebagai pembuat senjata buat senjata beliung  ala2 Guan Dao milik Tiger Jeneral Maharaja Liu Bei ( Guan Yu,Zhang Fei dan Xi Long ).

Kebetulan Abg Zainol yg merupakan pakar pembuatan senjata tradisi melayu keluar mengambil anak sekolah.Jadi terpksa kami tunda niat dan Insha Allah akan kembali dtg semula utk mbincangkan pembikinan senjata baru.

Berikut adalah gambar gambar kenangan yg diambil semasa sesi ziarah :