Pada Allah Diserahkan Untuk Keselamatan Anda [ PADUKAN MELAYU MUSLIM ]
SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN
( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )
Saturday, November 13, 2010
Pelik !! Masih Ada Ketam Mengajar Anak Berjalan Lurus
Bismillahirahmanirahim..
Adat kehidupan bila terasa diri sesat dalam mencari sesuatu atau jalan keluar pasti bertanya kepada mereka yang difikirkan arif..Namun berbeza pengalaman hamba Allah ni..Sudahlah yang memberi maklumat telah salah memberi info tiada sebarang permohonan maaf dimajukan kepada yang bertanya malah diejek dan dimaki pula..Kenapa pula begitu??
Dalam hidup ni kita harus ada sedikit aturan..yang menjaga sedikit tatasusila diri dari bersikap biadap dan dilabel "Kurang Ajar".Apabila ia tetap berlaku mulalah masyarakat sekeliling beranggapan :-
a) Anak Siapakah yang biadap ini?
b) Adakah tidak diasuh oleh ayah bonda yang menjawab pertanyaan dengan tutur bahasa yang sopan & susila?
c) Adakah tidak diasuh oleh ayah bonda yang menjawab pertanyaan dengan penuh hemah tanpa melukakan orang lain?
d) Adakah ini mencermin ayah bondanya?
Jika Ayah Bonda masih gagal..pastinya guru disekolah atau dimana sahaja dia belajar untuk hidup mengajarnya.Namun masih timbul persoalan :-
a) Anak murid siapakah ini?
b) Apakah Gurunya mengasuh dia menjadi biadap & Kurang Ajar?
c) Apakah akibat dah terlalu pandai atau perasan pandai hingga mengugut mereka yang masih hijau?
d) Atau memang gurunya mengajar anak murid agar begitu?
e) Atau sememangnya gurunya itu sendiri kurang diajar?
Fikir-fikirkanlah....
Nota :
Maka ingatlah..apa jua yang kita buat dimuka bumi ni pasti akan mengambarkan didikan samada Ibu Bapa atau Guru.Kita adalah cermin kepada apa yang mereka didik & asuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment