SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Saturday, November 20, 2010

Silakan Menyunting Bunga Di Taman...

Bismillahirahmanirahim..

Cakap & Nista saling bertukar..fitnah & dusta menjadi makanan..tamak haloba sentiasa beraja dimata bersultan dihati..Entahlah..apa perkataan lagi yang boleh dilabelkan kepada mereka..tak sudah2..tempohari biadap & kurang ajar..yelah terlupa pula gurunya bak ketam mengajar anak berjalan lurus..patutlah senget jek hingga terbawa-bawa menjadi pembawakan diri.Lebih gemar makan daging saudara sendiri dari makan benda yang halal.Fakta sudah tidak laku malah fitnah laris dijaja.Nauzubillah..

Tapi inilah hakikatnya yang ingin di "highlight".Sedar akan hakikat ilmunya hanya sesiku tapi rasa diri ilmu sudah sehasta..itulah sebabnya habis dipalungkan kentong menjaja fitnah kononnya menyatakan kebenaran yang haq dan menidakkan yang batil.Kononnya tidak suka berkongsi kasih..Chit..Poorah!! (bak kata Rajnikandh). Kononnya hanya mereka saja berhak mewarisi ilmu ini..orang lain tidak berhak..Chit..Poorah!! ( kata Rajnikandh lagi)..Kononnya...banyak kononnya dari realiti..ermm...fikirkanlah wahai orang-orang yang mempunyai akal.Dalam proses berguru,tuisyen,latihan atau apa jua bagi mendalami sesuatu ilmu tidak semestinya seseorang harus menghadiri sesuatu kelas.Dizaman sekarang lagilah..siap ada Open University (Universiti Terbuka)..online jek dapat ilmu..pastu gi menghalus dengan lecturer atau tutor..Tak perlu pun kena jadi macam full timer student..jumpa lecturer adakah masih sama macam dalam kelas?? dah tentu tak sama..ia lebih kepada perbincangan,diskusi secara intelek atau dalam bahasa arabnye..muzakarah..jadi adakah cara ini ditolak sebagai cara mendapatkan ilmu?? kalu jawapannya tidak saya rasa lebih baik yang melontarkan kata-kata start muqadam smula atau senang cerita masuk smart reader kid..cepat skit pandainya..

Dalam para jemaah kita sibuk melontar jamrah di Tanah Suci Mekah,Ada pula disini melontarkan sindiran.Huhuhu..macam-macam ada diorang ni,yek?! Ada pulak jadi lighter ( batu api hanya digunakan oleh zaman kuno)..ajak ramai-ramai nak petik bunga di sebuah taman.Pelik?! Kenapa nak ajak ramai-ramai? Tapi Alhamdulillah itulah Allah nak tunjuk siapa mereka sebenarnya.Apa yang pasti pemilik taman amat mengalu-alukan kedatangan rombongan yang ingin menyunting bunga ditaman..Malah kedatangan rombongan mereka juga akan disambut semeriah-meriahnya.Maklumlah tetamu..tetamu mesti dirai..sebaiknya dengan paluan kompang...Kalau rasa kos tak cukup petik sahaja bunga di laman Lembah Wilayah Tengah..Pemiliknya sama juga.Rasanya lebih manis begitu agar tidak membazir kos.Sebelum nak tempah pakaian lebih baik diukur pada badan takut kelak merana badan pakaian sendat diketawakan orang..Jadi Silalah Menyunting Bunga dan Memetik Buah dilaman kami..Kedatangan anda amat dialukan.

No comments: