SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Tuesday, November 9, 2010

Pasca Majlis Ujian Peringkat Kebangsaan

Bismillahirahmanirahim..

Syukur kehadrat Allah s.w.t diatas limpah kurniaNya dapat kita menganjurkan Majlis Ujian Kenaikan Tahap Peringkat Kebangsaan 2010.Banyak yang boleh diceritakan sepanjang majlis berjalan.

Kepada semua saudara saudari yang mengambil bahagian didalam penyediaan & penganjuran secara peribadi saya ingin ucapkan tahniah & syabas.Banyak pengalaman& ilmu yang amat bermakna yang kita dapat sebelum,semasa & selepas majlis berlangsung.

Kepada semua yang mengambil bahagian didalam ujian saya juga ingin ucapkan tahniah diatas kejayaan anda setelah berhempas pulas berlatih.Jangan kita selepas grading menyepikan diri dari latihan gelanggang.Banyak pergerakan & latihan perlu diperkemaskan.

Bagi yang dijangka khatam tahun hadapan persiapkan diri anda dari segi persediaan material,fizikal & mental.Bantulah guru-guru gelanggang untuk meningkatkan tahap kefahaman disamping persediaan diri menjadi Cikgu jika diizinkanNya.

No comments: