Bismillahirahmanirahim..
Hari Khamis malam Jumaat yang lalu saya ber'sms' dengan beberapa rakan senior dan sama batch untuk berlatih di Gelanggang Surau Al-Akidah (ada yang tersasul jadi surau Al-Furqan,hehehe..)Gelanggang yang diselia oleh Pengerusi Lian Padukan Kuala Lumpur & Selangor,iaitu Cikgu Shahruddin Ahmad a.k.a Cikgu Din Misai.Sementara saya berborak dengan Cikgu Ha Lurus a.k.a Nasrul dan sambil menunggu Cikgu Misai bertadarus tetiba diri terkejut apabila rakan-rakan junior/pelapis turut muncul.Mereka terdiri daripada sekumpulan sahabat yang datang dari USJ.Mereka dh dikatakan mula berlatih sejak 3 minggu lalu(3 x kelas latihan).Mereka terdiri daripada saudara Aznan,saudara Wan,Saudara Aris dan beberapa lagi sahabat mereka.Meriah la jadi gelanggang Kelana Jaya...
Alhamdulillah..merekalah jadi tempat kami yang senior menajamkan pemahaman yang selama ini dicurahkan..dalam masa yang sama biasalah..adat junior kena dengan senior jadi punching bag(tapi mereka nampak positif dan redha')..Jangan risau ada budak junior lagi pasni korang punye turn lak gasak dorang..Dalam tradisi latihan kita memang begini..kena tibai senior bukan kerana benci atau iri hati tapi kerana ikhlas agar sama-sama merasai ilmu yang diberi.Yang senior dapat berkat memahami yang junior selain dapat rasa tangan dan kaki dapat keakraban dan keikhlasan senior yang ditugaskan.Masing2 mempunyai pemahaman sendiri jadi bercambahlah ilmu...dulu kami pun sama merasai..kena titik dan terpa Cikgu Faizal..kena badik dengan Cikgu Nasrul kena bisa perisai dengan Cikgu Tokpin..
Saya berasal dari Gelanggang Kapar yang dipimpin oleh Cikgu Azhar berasa bertuah kerana diberi peluang dengan izinnya untuk menghalus permainan saya dengan Cikgu Misai.Dah agak lama tidak bertemu sua dan berlatih di Kapar(selepas habis silibus)..Rindu sangat dengan rakan2 disana.Rakan segelanggang dari Kapar yang sering berteman di Kelana Jya adalah saudara Nazri 'Kaji Cuaca'.Insyallah selepas Raya saya akan aktif semula disana disamping terus menghalusi permainan dengan Cikgu Misai.Rakan-rakan diluar sana ambillah peluang berguru dengan setiap cikgu-cikgu Khatam Lian Padukan kerana setiap mereka mempunyai signature masing-masing yang unik.
Kepada sahabat-sahabat dan adik-adik pelapis teruskan berlatih jangan putus asa.Bak kata tokoh Buah Pukul "Buah Pukul ni tidaklah susah sangat kalu tidak tak adalah guru-guru sekarang dan juga tidaklah senang sangat kerana yang dapat pun tidaklah ramai sangat"
Semoga ikatan ukhwah bertaut dengan harmonis dan ikhlas..Insyallah ilmu menjadi berkat dan hijab Buah Pukul terbuka untuk anda yang berkehendak..Hormati Guru dan mereka yang lebih dulu agar penyatuan terus mekar tanpa pengkhianatan dan penderhakaan..
6 comments:
patut la tersedak...
uhuk uhuk uhuk...
ada orang sebut - sebut rupanya...
Baru ku tahu rupa2 berbisa jg perisai aku... Tak pe nnt ku tampah dgn racun ipoh plak.. kekekeke
perisai tu letak le arang ke, celak ke... bila kena baru nampak dia punya efek keluar asap...
kui..kui..kui..semuanya kenangan yang terindah buat den..TQ to all of u
ye la.. patut la aku pun tersedak.. lama gak aku cari puncanya..
nak titik junior camner.. titik ngan perisai pun takde weight lagi.. tak cukup ummph!
Post a Comment