SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Monday, August 2, 2010

Kawan Baru & Persembahan

Bismillahirahmanirahim..

Pada hari Jumaat(30/7/2010) yang lepas saya berpeluang menjalin ukhwah sesama saudara sepermainan di Gelanggang Kondo Casa Rina,Puncak Jalil.Walaupun ketibaan saya agak lewat kerana datang selepas menghadiri menyuarat bersama pelanggan.Tempatnya menarik tepi swimming pool(kata mereka yang tiba awal saya rugi kerana ada free show disitu yang berakhir jam 9.30malam..hehehe)Apa pun ucapan tahniah kepada Cikgu Faizal serta yang lain antaranya saudara Jalimi yang bertindak menjadi tuan rumah dengan menyediakan minuman.Alhamdulillah gelanggang sendiri tidak menumpang.Kali ni mereka pertama kali bertemu dengan Pengerusi LP Kuala Lumpur/Selangor,Cikgu Din Misai.Bagi mereka yang berminat tapi pada malam tu jadi pemerhati mereka diberikan pengenalan tentang apakah Buah Pukul? Bagaimana rupanya permainan Buah Pukul? Apa yang dimaksudkan Lian Padukan..bagaimana Lian Padukan boleh diandalkan dalam pertarungan jalanan..tercengang2 mereka apabila mendapat penerangan Cikgu Misai(seperti biasa bila bertanya kena ada yang berdiri model..maka saudara Salleh yang sudi...) Gelanggang ditutup pada jam 12.30tghmlm.Terdapat gambar kenangan diambil dan akan diuploadkan sedikit masa lagi..

Pada keesokkannya pula (Sabtu 31/7/2010)saya & Salleh membantu Cikgu Misai membuat persembahan dihadapan pengantin.Majlis resepsi anak saudara Cikgu Din Misai ini diadakan di D'Palma Hotel,Ampang berlangsung dengan penuh tradisional kotemparari dan sangat meriah.Akibat lambat,Tauke sulah bising dalam senyum..hehehe..apapun saya dan Salleh take it as a challenge.Presured & Challenge.Setelah rehearse bersama Cikgu Misai dan Imran selama 30 minit kami stop untuk solat Maghrib dan get ready tukar pakaian silat.Selepas solat lega skit..Cikgu Din Misai entertain tetamu..Apabila saat yang dinanti...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...hehe..gugup juga tapi cover..pengalaman yang amat bermakna yang pastinya jadi pengajaran yang amat bermakna bagi saya dan Salleh.

1 comment:

Unknown said...

tari-tumbuk-gerak-kilat