SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Tuesday, September 7, 2010

BUAH DURIAN BUAH TIMUN IBARAT ISI DENGAN KUKU

Bismillahirahmanirahim...

Ini adalah artikel akhir sebelum kita semua berehat sempena menyambut Aildilfitri yang bakal tiba 2 3 hari lagi.Katanya artikel tempohari telah membuat ramai umpama makan cili teras pedasnya..seperti yang saya katakan dalam artikel tersebut saya ikhlas memberi teguran agar hubungan akrab rakyat dan amirul mukminin kembali bertaut..Alhamdulillah respon yang diterima positif walau responder marah..

Yang baca tajuk kali ini pasti tahu dari mana saya dapat pepatah ini..walau jauh beribu batu namun hubungan anak dan ayah tidak pernah luput.Umpama ikatan saudara sedarah sedaging sentiasa bertanya khabar..walaupun diri tahu masih belum layak bicara senada kekanda yang lain namun dihati ikhlas ingin melihat ayahanda tidak bermuram durja..sedih dan pilu tatkala seorang ayah mengadu nasib umpama dirinya sudah tidak diperlukan kehadiran..dia masih seorang manusia.Walau permainannya ganas dan sasa namun faktanya beliau seorang manusia.Manusia yang mempunyai peribadi luhur hanya dihadapan musuh beliau mengganas inikan pula dihadapan ahli keluarga dan anak-anak yang dikasihi dan disayangi.Umpama kami di Lembah Kelang sentiasa dahagakan kasih sayangnya namun kekanda sulung kami tetap setia memberi kasih dan ilmu..maka terubat seketika rindu bermanja dengan si ayah..Kecewanya bukan kepalang yang jauh menyambutnya yang dekat tidak diturutkan.Mungkin salah faham agaknya sehingga beliau terasa..terasa kata-katanya dipersoal..terasa kata-katanya dipermainkan..kehadirannya tidak disambut dengan kasih mesra..begitulah ayah walau terluka menjentik jauh sekali hanya minta anakanda dirantauan mendengar keluh kesahnya..Semua anak-anaknya pun tahu dia umpama durian yang sedap isinya apabila kena gaya & cara menikmatinya..kalau marah pun bicaranya luhur tanpa tempik dan nista...tanpa berlengan kerana sedar "digelek luka..menggelek pun luka" makanya diminta anakandanya diperantauanlah bicara secara maya agar mereka yang terasa sedar dari alpa...

Berkali-kali dinyatakan sementara hayat dikandung badan..ambillah,rapatlah..berkasih mesralah anak-anak dengannya..usah disekat apa yang selayaknya ingin dibuat..diturunkan..dikatakan..walau berulang-ulang perbuatannya..walau berulang-ulang katanya ambillah ia seikhlasnya..turutilah dia sewajarnya..hormatilah dia sewajibnya..dia arif yang mana baik yang mana buruk...dia arif yang mana layak yang mana tidak...dia ikhlas...sama seperti Almarhum guru-gurnya...Ikhlas baru puas...begitulah dirinya...marilah kita kekanda adinda berbai'ah semula cukup dihati kita bersama-sama menggembirakan dirinya..selayaknya hubungan bapa dan anak...hubungan erat selayaknya seorang anak lakukan..bermesra...bermanja (bukan ngada-ngada)..Keikhlasan dan kasih sayang umpama isi dan kuku..tanpa iri hati ada anak yang diberi lebih..ada anak diberi kasih..ada anak dihantar ke asrama..ada anak dijaga dirumah...semuanya disayangi tanpa ada yang terkecuali cuma setiap orang berbeda punca rezeki...Yang lebih bantulah yang kurang agar harapan ayah sama-sama menikmati bukan seorang anaknya ditinggalkan...

Mohon diri sebelum terlanjur lebih banyak bicara...sempena Aidilfitri yang mulia.Saya ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan bloggers dan pembaca jika terdapat bahasa yang buat diri terasa..Sesungguhnya umpama ayah yang ikhlas saya juga begitu..bukan pangkat dan jawatan yang saya kejarkan hanya hubungan ukhwah ingin dieratkan..Sekiranya ada yang mampir ke Shah Alam jangan segan-segan singgahlah kerumah dihari raya ini.Kepada mereka yang memandu pulang kekampung halaman Ingatlah mereka yang tersayang..Usah kerana emosi kita melukakan hati yang lain..Salam Takzim kepada ayahanda Haji Hasyim dan seluruh keluarga Lian Padukan Johor dan dimana sahaja.Maaf Zahir dan Batin

No comments: