SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Saturday, July 10, 2010

Pelik atau Kelakar




Bismillahirahmanirahim...

Maaf jika ada yang tersinggung namun sebenarnya saya yang tersinggung...huhuuhu..Saya terkejut bila ada yang kata tak kenal Razak Sharif a.k.a Razak Yahudi.Tapi tak mengapalah tak kenal pun...Yang paling terkejut ada yang ngah plan nak tour jumpa guru-guru Buah Pukul turut berniat nak jumpa Razak Yahudi..

Untuk pengetahuan semua pencinta Buah Pukul tak kiralah dari sekolah mana anda datang.Lian Padukan ke..Lian Tekpi ke..Gayang 5 ke..Senjata 8 ke..Lian Gelek Terus Blah ke..Oleh kerana saya adalah orang yang diberi hak eksklusif menerbitkan tentang individu tersebut biarlah saya bercerita sekali lagi secara ringkas namun harap selepas ini tiada lagi isu tentang diri individu terbabit.

Gambar diatas merupakan individu yang saya maksudkan.Nama beliau ialah Abdul Razak Bin Shariff.Berketurunan India Muslim @ Malbari.Semasa hayatnya seorang peniaga ternakan yang berjaya.Dalam Buah Pukul beliau merupakan salah satu lagenda setanding nama-nama besar yang lain seperti Pak Sani Abu Samah,Chu Aman,Pak Atan Air Batu & lain-lain.Beliau yang juga menantu Pengasas Lian Padukan iaitu Allahyarham Mohamad Bin Chik a.k.a Pak Mat Kedidi.Diceritakan beliaulah guru yang pertama berani menggunakan nama Lian Padukan tanpa ragu dan menjamin keutuhan nama serta kualiti permainannya.Menurut lagenda..diusia 28 tahun tiada siapa yang sanggup 'BERDIRI" dengannya.Pada 1982 beliau diarah oleh bapa mentuanya untuk melatih insan yang bernama Mohammed Hasyim Hj Salleh(Guru Utama Lian Padukan Malaysia).

Untuk pengetahuan semua insan yang bertanggunjawab mendidik,mengasuh serta mencorak permainan Guru Utama ini telah 4 tahun meninggal dunia.Beliau meninggal dunia pada tahun 2006.Bagi yang masih berniat nak bertemu silalah menziarahi kuburnya sebagai melepaskan hajat.Al-Fatihah kepada Allahyarham Guru Abdul Razak Sharif a.k.a Abang Yak

6 comments:

New Skool said...

tuan, ada juga yang ingin berjumpa dengan pak mat kedidi... mungkin berita tak sampai ke pendengaran beliau kot...

Combat Satukan said...

mcm mna nk smpai ada katak puru huhu

Juhann Laksamana said...

budak2 LP kalu nak berguru pun dlm LP saje pun dh memadai kerana dizaman Ayahanda Haji Hasyim Cikgu khatam dah merata negeri..sanggup x sanggup jek berdiri dengan dorang kerana setiap mereka ada kelebihan masing2..Tahniah!

Unknown said...

Al-fatihah kpd allahyarham..ttp saya musykil dgn tajuk utama tuan iaitu 'pelik atau klakar'..ape yg hndak dikaitkan dgn allahyarham dgn tajuk utama tuan itu? Ape yg pelik? Ape yg klaka? Bole jelaskn?

Unknown said...

Al-fatihah kpd allahyarham..ttp saya musykil dgn tajuk utama saudara iaitu 'pelik atau klaka'..apakah maksudnye itu? Apa yg hndak dikaitkan tjuk tsbut dgn arwah? Ape yg pelik? Ape yg klaka? bole jelaskn?

Juhann Laksamana said...

pelik dan kelakar kepada yang mengatakan kenal Allahyarham dan berhajat nak g jumpa padahal umum mengetahui bahawa Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah pada 2006.Mereka ini sebenarnya sengaja menggunakan nama arwah ketika itu