SAMBUTAN JUBLI BUAH PUKUL LIAN KE-125 TAHUN


( 5hb Januari 1897 - 5hb Januari 2022 )

Tuesday, August 28, 2012

Kesedihan & Kegembiraan

Bismillahirahmanirahim,

Awal pagi Ahad yang lepas (26/8/2012),Saya dikejutkan dengan dua berita yang mengejutkan.Bercampur baur,Sedih & Gembira.

Sedihnya dalam jam 4 pagi saya menerima panggilan telefon dari adik angkat saya yang juga murid Lian Padukan (Gelanggang Laksamana Shah Alam),iaitu Adinda Mohd Shahril.Beliau memberi perkhabaran sedih.Opah yang menjaganya dari kecil sehingga kini telah menyahut panggilan Illahi..
Innalillahiwainalillahirojiun..Al-Fatihah.Allahyarhamah Opah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21,Shah Alam.Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat keatas rohnya..

Dalam kesedihan ini juga saya turut menerima panggilan telefon dari adinda segelanggang,Cikgu Ahmad Johannes.Beliau mohon restu & doa dari saya sebagai kekandanya kerana beliau melangsungkan pertunangan dengan pilihan hati di Batang Kali.Alhamdulillah syukur kehadratNya.Cikgu Ahmad a.k.a Sammo Hung ni amat berahsia orangnya..namun Allah telah menyatakan kuasaNya menyatukan dua insan yang bakal diijabkabulkan kelak..Tahniah kepada beliau.Insyaallah doa kami berserta tuan....

No comments: